Sarawak
memerlukan pembangkang untuk semak dan imbang
Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Adenan Satem
membayangkan bahawa Pilihan Raya umum Sarawak dijangka diadakan pada
bulan Mac depan dengan menghapuskan semua tol. Beliau juga telah mendapatkan persetujuan
daripada pimpinan Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke
Sarawak. Dengan itu beliau juga harap tiada calon parti pembangkang dari
Semenanjung di Sarawak.
Katanya lagi,
beliau sudah tunaikan janjinya dengan memansuhkan semua tol di Sarawak dan mahu
melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga
bulan lagi seperti kenyataan beliau dalam media massa.
PAS Sarawak ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem kerana telah
memansuhkan semua tol di Sarawak. Memang Sarawak tidak perlu tol pun sebab
jalanraya dan lebuh raya di Sarawak memang tidak mengikut piawaian lebuhraya
antarabangsa. Ada rakyat Sarawak mengatakan
kalau jalanraya di Sarawak penuh dengan lobang sana sini dan bengkang bengkok sama seperti mereka yang
tidak lurus dalam menjalankan amanah rakyat.
Setelah Adenan
Satem mengambil alih kuasa dari Pehin Sri Taib Mahmud memang tidak dinafikan
ada sedikit perubahan dari segi corak pentadbiran pemerintahan tapi masih lagi
mengekalkan menteri kanan. Walaupun tol
dihapuskan tapi masalah keperluan rakyat masih lagi memberi tekanan kepada
kehidupan rakyat biasa.
Contohnya tariff
elektrik Sarawak menurun tetapi GST masih dikenakan dan harganya lebih kurang
sama saja. Begitu juga dengan tempat tinggal masih ramai rakyat Sarawak tidak
memiliki rumah sendiri disebabkan kemiskinan dan tidak memilik hak milik tanah.
Isu tanah yang
sentiasa menjadi isu rakyat kerana Sarawak yang mempunyai keluasan tanah
sebesar Semenanjung Malaysia sepatutnya sudah mampu menyelesaikan masalah
penduduk asal tanpa tanah dan tidak memilik hak keatas tanah pusaka moyang
mereka. Mengapa sampai sekarang sukar bagi penduduk asal mendapatkan hak milik
mereka sedangkan pemaju dengan mudah mendapat hak milik tanah dari penduduk
asal.
Kerajaan Sarawak
masih memberi keutamaan kepada pemaju untuk memiliki tanah rakyat dengan
membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah
dan sederhana. Inilah beberapa isu rakyat yang perlu Adenan Satem ambil
perhatian.
Semasa PAS
memerintah Terengganu dulu, PAS memansuhkan tol dan memberi hak milik tanah
kepada rakyat. Kita juga mengesa kerajaan Sarawak memansuhkan semua GST dan
lain-lain cukai yang membebankan rakyat.
Kerajaan juga perlu
membina jambatan dekat pangkalan Feri untuk memendekan perjalanan penduduk
kampung yang terpaksa berbaris panjang untuk menyeberangi sungai. Kembalikan
semula biasiswa untuk rakyat Sarawak yang memerlukan bantuan pelajaran sama ada
di dalam dan luar negara.
Kita mengesa Tan
Sri Adenan Satem dan kerajaan Sarawak perlu mengambil perhatian dengan masalah
rakyat sepenuhnya bukan hanya sekadar untuk menghadapi Pilihan Raya dengan
melakukan sesuatu yang memberi manfaat untuk semua tanpa mengira bangsa dan
agama.
Sarawak masih
memerlukan pembangkang yang boleh memberi pandangan membina dan sebagai semak
dan imbang agar tidak berlaku penyalahguna kuasa dan sentiasa mengambil
perhatian terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.
PAS sebagai sebuah
parti Islam amat diperlukan di Sarawak sebagai pengimbang antara keperluan di
dunia dan di akhirat. PAS bukan saja sebagai parti politik tapi juga sebagai
parti dakwah dan tarbiyah (Pendidikan dan Asuhan).
Tiada isu parti PAS
hanya untuk Semenanjung yang sering dijadikan hujah untuk menyingkir
parti dari Semenanjung ke Sarawak. Jangan terlalu bersikap perkauman dan
kenegerian sehingga sukar untuk menerima teguran dan cadangan dari pihak
pembangkang walaupun berlainan ideologi politik sepatutnya Ketua Menteri
Sarawak bersikap terbuka untuk mendengar teguran dan nasihat dari pihak
pembangkang.
Dalam isu moral dan
kurang pendidikan agama Islam di Sarawak maka PAS dapat membantu menyebarkan
syiar Islam di kalangan penduduk Muslim
di Sarawak.
Kita semua mahu hak
rakyat Sarawak diberi keutamaan sebab itulah Sarawak perlu pembangkang yang
sentiasa menyuarakan masalah rakyat disamping sebagai pengimbang dan semak
untuk kerajaan Sarawak.
Adenan Satem
jangan takut dengan pembangkang kalau
mahu melihat Sarawak mencapai kemajuan dan setanding dengan negara lain dalam
menghadapi zaman yang penuh dengan cabaran ini.
Tanpa pembangkang,
suara rakyat kurang mendapat perhatian.
Adenan Satem perlu berani bersuara dan mempertahankan hak rakyat Sarawak
tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS
Sarawak
English version
Sarawak
requires opposition to checks and balances
Chief Minister of
Sarawak Tan Sri Adenan Satem hinted that the Sarawak General Election to be
held next March with eliminate all toll. He has also received endorsement from
Umno leaders that the party would not spread its wings to Sarawak. With that he
also hopes no opposition candidates from Peninsula in the state.
He said he had
fulfilled his promise with abolish all tolls in Sarawak and want to see the
people of Sarawak also fulfill its promises to the government within three
months like his statement in the media.
Sarawak PAS would
like to thank Tan Sri Adenan Satem because has abolished all tolls in Sarawak.
It is also Sarawak does not need toll because roads and highways in the state
are not in accordance with international highway standards. There are people of
Sarawak say if the roads in Sarawak full of holes here and there and crooked as
they are not upright in the exercise of the people's trust.
After Adenan Satem
took power from Pehin Sri Taib Mahmud, it is undeniable there is little change
from government administration pattern but still retains senior ministers.
Although the toll was abolished but the problem of people's needs still put
pressure on the lives of ordinary people.
For example Sarawak
electricity tariff decreased but GST still apply and its priced is about the
same. Similarly residences of Sarawakians there are still many do not own their
own homes due to poverty and do not have land titles.
The land issue has
always been the issue of people because Sarawak has a total land area as big as
Peninsular Malaysia should have been able to solve the problem of indigenous
people without land and have no rights over their ancestral lands. Why until
now difficult for indigenous people get their property rights while developers
easily get land titles from indigenous people.
The Sarawak
government is giving priority to the developer to have people's land with build
a house that is not affordable for people with low incomes and medium. Here are
some people's issues that need Adenan Satem pay attention.
During PAS rule
Terengganu, PAS abolish tolls and grant land titles to the people. We also
urged the state government to abolish the GST and all other taxes that burden
the people. The government also needs to build a bridge near the Ferry terminal
for shorten journey of the villagers that had to wait in long queues to cross
the river. Return the scholarships for
the people of Sarawak that require educational assistance either within the
country and abroad.
We urge Tan Sri
Adenan Satem and Sarawak governments need to take care with people's problems
completely not just to cope with election by doing something that is beneficial
to all, regardless of race and religion.
Sarawak still needs
the opposition that can give constructive opinions and as a checks and balances
to prevent abuse of power occurs and always takes care of people who need help.
PAS as an Islamic
party in Sarawak is needed as a counterbalance between the needs of the world
and in the hereafter. PAS is not only as a political party but also as a
missionary party and tarbiyah (Education and Upbringing).
No issues PAS only
for Peninsular that is often used as an argument to remove the party from
Peninsular to Sarawak. Do not be more racist and parochialism until difficult to
accept criticism and suggestions from the opposition despite different
political ideologies, the Chief Minister of Sarawak should be open to hearing
criticism and advice from the opposition.
In moral issues and
lack of Islamic education in the state, the PAS can help spread greatness of
Islam among the Muslim population in Sarawak.
We all want the
people of Sarawak be given priority that is why Sarawak need opposition that
always expressed the people's problems besides as a counterbalance and check to
the state government.
Adenan Satem do not
fear opposition if want to see Sarawak progress and on a par with other
countries in facing a period of great challenge. Without opposition, voice of
the people received less attention. Adenan Satem need speak up and defend the
rights of the people of Sarawak, regardless of race, religion and political
affiliation.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS
Commissioner cum Miri PAS Chief
0 Comments Received
Post a Comment