Terlalu
Ramai Tenaga Buruh Asing Boleh Mengancam Keselamatan Negara
Industri pembinaan
dan juga sektor pertanian di Malaysia amat memerlukan ramai tenaga buruh yang
mahir dan separa mahir untuk menjanakan ekonomi negara. Permintaan guna tenaga
yang tinggi amat diperlukan dalam semua sektor ekonomi negara.
Memang tidak dinafikan
masalah tenaga buruh dalam negara ini amat diperlukan kerana kebanyakan orang
tempatan terutama graduan lepasan pendidikan tinggi lebih suka bekerja ditempat
yang berhawa dingin dibanding dengan bekerja dibawah terik matahari.
Ini adalah antara masalah
yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk bekerja sebagai tenaga buruh
walaupun sekarang ini untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta dalam
bidang pentadbiran pun susah kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga mahir
dalam bidang industri.
Mungkin disebabkan
industri pembinaan dan sektor pertanian amat memerlukan tenaga buruh maka
kerajaan Malaysia mengambil tenaga buruh asing dari Bangladesh seramai 1.5 juta
orang untuk memenuhi permintaan tersebut.
Sarawak juga tidak
terlepas dari masalah kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian
dan juga industri pembinaan. Banyak projek-projek baru yang memerlukan tenaga
buruh yang mahir dan separa mahir dalam bidang tersebut. Walaupun ada juga
penduduk tempatan yang bekerja dalam bidang tersebut tapi ianya amat sedikit
kerana ramai yang bekerja di luar negara seperti negara jiran yang menawarkan
gaji yang lumayan dibanding tawaran bekerja di negara sendiri.
Lebih-lebih lagi
sekarang ini nilai matawang Malaysia jatuh kalau dibandingkan dengan nilai
matawang asing yang tinggi. Kebanyakan penduduk tempatan yang bekerja di luar
negara adalah yang mahir dalam bidang industri. Mereka lebih suka bekerja di
luar negara kerana pendapatan mereka yang tinggi yang dapat menampung
pembelanjaan hidup yang semakin meningkat di dalam negara.
Pengambilan tenaga
buruh asing yang terlalu ramai boleh menjejaskan keselamatan negara terutamanya
apabila mereka datang beramai-ramai dan menjejaskan peluang pekerjaan untuk
penduduk tempatan.
Mereka yang datang
beramai-ramai boleh menubuhkan kumpulan atau persatuan diantara mereka yang
boleh menyebabkan mereka jadi berani dan boleh bertindak sekiranya permintaan
mereka tidak dipenuhi suatu hari nanti.
Apabila perkara ini
tidak dikawal dengan baik menyebabkan penduduk tempatan yang sukar mendapatkan
pekerjaan akan ramai jadi pengangur dan boleh menyebabkan berlaku pergaduhan
antara penduduk tempatan dengan buruh asing.
Mungkin buruh asing
itu sanggup menerima gaji yang rendah berbanding dengan penduduk tempatan maka
akan berlaku ketidakpuasan hati diantara penduduk tempatan dengan buruh asing
boleh mencetuskan rusuhan antara kaum.
Buruh asing yang
terlalu ramai datang ke negara ini juga boleh menyebabkan gejala sosial yang
tidak terkawal. Apabila mereka ini bebas bergerak dan tidak dikawal dengan baik maka mereka akan bebas melakukan
jenayah sekiranya mereka menghadapi tekanan jiwa akibat tekanan hidup dan
sebagainya.
Kita mengesa
kerajaan Sarawak perlu menggunakan kuasa autonomi imigrasi untuk menghalang
perkara ini terjadi kerana masih ramai lagi penduduk tempatan di Sarawak
terutama di luar bandar yang ke bandar mencari pekerjaan. Mereka ini juga
sanggup bekerja sebagai buruh sekiranya kerajaan memberi insiatif dan juga
latihan tenaga buruh yang mahir dalam bidang yang diceburi.
Kerajaan Sarawak
perlu mengawal buruh asing mengawal sektor pertanian dan juga industri
pembinaan di Sarawak kerana ramai lagi penduduk Sarawak yang boleh dilatih
sebagai pekerja mahir dalam bidang berkaitan dengan diberi gaji yang berpatutan
dengan kemahiran mereka.
Kita yakin apabila
kerajaan Sarawak dapat memberi kemudahan asas serta latihan yang sewajarnya
kepada penduduk tempatan yang memerlukan pekerjaan maka kerajaan Sarawak tidak
memerlukan terlalu ramai tenaga buruh asing untuk bekerja di Sarawak apabila
penduduk tempatan sendiri dapat memenuhi pemintaan dalam bidang tersebut.
Kita mengesa
kerajaan pusat mengkaji semula pengambilan buruh asing datang ke Malaysia
dengan pengambilan yang terhad agar peluang rakyat Malaysia untuk bekerja tidak
terjejas dengan kedatangan mereka yang terlalu ramai.
Kesimpulannya
pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai dari Bangladesh tidak
diperlukan bekerja di negara ini sekiranya kerajaan dapat memberi peluang serta
latihan kemahiran yang sewajarnya kepada penduduk tempatan yang masih ramai
menganggur dengan gaji yang berpatutan agar mereka inilah yang boleh digunakan
sebagai menjanakan ekonomi negara.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Too
many foreign Labor Force could be threaten national security
The construction
industry and the agriculture sector in Malaysia require more skilled labor and
semi-skilled workers to generate the national economy. The demand of employment
in which was very much needed in all sectors of the national economy.
There's no denying
the problem of the labor force in this country urgently needed because many
local people, especially graduates of higher education prefer working at the
air-conditioned compared with the work under the scorching sun.
These are among the
problems that caused them to be less interested in working as a labor force
even today to get a job in a private company in administration is also
difficult because most companies require skilled manpower in the industry.
Perhaps due to the
construction industry and the agricultural sector in dire need of labor then
the government took foreign labor from Bangladesh a total of 1.5 million people
to meet the demand.
Sarawak is also not
free from problems of labor shortages especially in the agricultural sector and
the construction industry. There are many new projects that require skilled
labor and semi-skilled workers in the field. Although there are also local
residents who work in that field, but it's very little because many are working
abroad as neighboring countries that offer lucrative salaries than the offer to
work in their own country.
Moreover, the
present value of the Malaysian currency falls when compared with the high value
of foreign currencies. Most of the locals who work abroad are skilled in the
field of industry. They prefer to work abroad because of their high income that
can accommodate rising living expenses in the country.
Intake of foreign
labor that too many can affect national security, especially when they come in
droves and affect employment opportunities for local residents. They are coming
in droves can set up a group or association between them that causes them to be
courageous and can take action if their demands were not fulfilled someday.
When this is not
well controlled causing the local population difficult to get a job will be a
lot of unemployment and can cause a fight between locals and foreign workers.
Perhaps the foreign
workers willing to accept low wages compared with the local population, there
would be discontent among local residents with foreign labor could trigger
riots among the people.
Too many foreign
workers who come to this country can also cause uncontrollable social ills.
When they are free to move and not controlled properly then they will be free
to commit crimes if they face stress due to the pressure of life and so on.
We urge the state
government should use the autonomy of immigration to prevent this happening
because there are still many locals in Sarawak especially in rural areas to the
cities looking for work. They are also willing to work as a laborer if the
government gave the initiative and also training a skilled labor force in their
respective fields.
The Sarawak
government should control foreign labor to control the agricultural sector and
the construction industry in Sarawak as well as many more people in Sarawak who
can be trained as skilled workers in related fields and given a reasonable wage
for their skills.
We are confident
that when the state government can provide basic facilities and appropriate
training to local residents who need work the Sarawak government does not need
too many foreign labors to work in the state when the local population itself
can meet the demand in these areas.
We urge the federal
government to review the employment of foreign workers come to Malaysia with a
limited intake so that the opportunity for Malaysians to work is not affected
by the arrival of those who are too many.
In conclusion, the
intake of foreign labor force that is too many from Bangladesh is not required
to work in this country if the government can provide opportunities and
appropriate skills training to locals that there are still many unemployed with
a reasonable salary so these can be used as generating the country's economy.
0 Comments Received
Post a Comment