Hapuskan
kegiatan perjudian keseluruhannya
MIRI – Kegiatan
perjudian siber dan lain-lain bentuk perjudian semakin menular sekiranya tiada
tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa khususnya pihak keselamatan dalam
negeri.
Judi boleh
membuatkan seseorang itu ketagih. Ia juga membuatkan seseorang lupa tentang
tanggungjawabnya terhadap keluarganya akibat suka berjudi. Ianya juga membawa
masalah sosial kepada masyarakat. Bukan sedikit masalah yang berlaku akibat
dari kegilaan terhadap perjudian ini sehingga kehidupan penagih judi ini hidup
melarat dan tidak terurus.
Berapa ramai
keluarga menjadi berantakan akibat dari bapa yang kalah judi sehingga sanggup
merompak harta isteri dan anak-anak sendiri. Bukan sedikit kes ragut, bunuh
dari kaki judi yang terpaksa mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah
untuk mendapatkan duit untuk dilaburkan ke meja judi.
Judi bukan saja
boleh merosakan hubungan kekeluargaan tapi ianya boleh merosakkan masa depan
remaja terutama sekali mereka yang suka melepak di pusat perjudian.
Dalam Al Quran
sendiri ada menjelaskan bahawa judi itu adalah sesuatu yang haram. Haram
bermaksud perkara yang dilakukan pasti membawa kesan keburukan didalam
kehidupan. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 219 “Mereka bertanya kepadamu
(Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada
dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya
lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang
mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa)
yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.” (Al-Baqarah 2:219) |
Kita mengesa pihak kerajaan
mengharamkan terus apa saja bentuk perjudian dalam negara ini agar rakyat tidak
hidup dalam khayalan semata-mata ingin mendapat kekayaan sekelip mata tanpa
bekerja keras untuk menyara kehidupan diri dan keluarga mereka. Judi juga boleh
membebankan kehidupan serta menyebabkan kaki judi menanggung hutang yang
berpanjangan sekiranya mereka kalah dalam perjudian.
Pihak kerajaan
sepatutnya mengharamkan semua bentuk kegiatan perjudian dengan tidak memberi
sebarang lesen kepada mana-mana premis kerana ianya lebih banyak memberi
kerosakan dari kebaikan kepada masyarakat.
Kejayaan pihak
Polis di bandaraya Miri memerangi habis-habisan sarang kegiatan perjudian siber
amat dihargai. Kita yakin sekiranya perkara ini terus dibanteras dari awal
ianya boleh membendung kegiatan perjudian siber secara berleluasan terutama
dikalangan remaja dan juga orang dewasa yang kaki judi sebagai kegiatan mereka.
Pihak Polis juga
perlu memperhebatkan operasi terhadap aktiviti-aktiviti perjudian di bandaraya
ini dari terus merebak terutama judi dalam bentuk siber. Kita mahu menjadikan
bandaraya Miri betul-betul bebas dari sebarang bentuk pusat perjudian.
Negara dan rakyat
akan aman dan selamat tanpa judi. Judi boleh merosakkan masa depan anak-anak
muda dan juga generasi akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati kalau
bukan sekarang bila?
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Eliminate
the overall gambling activities
MIRI - Cyber
gambling activities and other forms of gambling is becoming more serious if no
stern action is taken by the authorities in particular the internal security.
Gambling can make a
person addicted. It also makes a person forget about responsibilities against
their families as a result love to gamble. It also leads to social problems to
society. Not a few problems occurred as a result of this gambling craze until
the gambling addict's life destitute and unmanageable.
How many families
fall apart as a result of parents who lost gambling are willing to rob the
property of his wife and children. Not a few cases of thefts, murder of a
gambler who had to take the easy way out by committing crimes to get the money
to be invested to the gaming table.
Gambling may impair
not only family relationship but it can ruin the future of young people,
especially those who like to hang out at the gambling center.
In the Qur'an have
explained that it is a gambling is illegal. Illegal means what it does definitely
lead the effect of disadvantages in life. Allah says in surah Al-Baqarah: 219
“They ask you about intoxicants and games of chance. Say: In both of them there
is a great sin and means of benefit for men, and their sin is greater than
their benefit. And they ask you as to what they should spend. Say: What you can
spare. Thus does Allah make clear to you the communications that you may
ponder?
We urge the
government to carry on to ban any form of gambling in this country so that
people do not live in purely imaginary want to get rich overnight without
working hard to earn a living. Gambling can also burdensome life as well as
causing a gambler prolonged debt if they lose in gambling.
The government
should ban all forms of gambling by not give any license to any premises
because it gives more damage than good to society.
The success of the
police in Miri city fight all over the cyber gambling nests is highly
appreciated. We believe if this matter continues to be eradicated from the
beginning it can curb cyber gambling for a massive scale, especially among
adolescents and even adults who gambler as their activities.
The police also
needs intensify operations against gambling activities in the city from
spreading mainly in the form of cyber gambling. We want to make Miri city truly
free of any form of gambling.
The country and
citizens will be safe and secure without gambling. Gambling can ruin the future
of young people and future generations. Prevention is better than cure, if not
now when?
0 Comments Received
Post a Comment