Bebaskan
KWSP dari pelaburan yang tidak patuh syariah (Riba)
Menurut laporan
Akhbar Harian baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan
melancarkan dana patuh Syariah sepenuhnya pada Januari 2017 sebagai pilihan
kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh
Syariah sepenuhnya. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan), Datuk
Mohamad Nasir Abd Latif, berkata saiz awal dana itu dijangkakan antara RM100
bilion dan RM120 bilion. "Dana itu akan berasaskan 'siapa cepat dia dapat'
kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang. "Kami menyasar kurang daripada RM120
bilion. Ia hanya anggaran," katanya kepada pemberita pada taklimat media
baru-baru ini.
Memang ini satu
berita yang baik bagi pencarum Muslim yang ada simpanan dalam KWSP tetapi
masalahnya sekarang ini mengapa ianya terhad dan tidak secara menyeluruh. Umat
Islam yang sudah sekian lama mencarum dan melabur dalam KWSP amat terkejut
mengetahui statistik pelaburan aset KWSP setakat 31 Disember 2014 yang 60%
tidak patuh Syariah.
Umat Islam amat
bimbang hasil pendapatan mereka bercampur dengan pelaburan yang tidak patuh
syariah. Selama ini mereka fikir pelaburan KWSP bebas dari unsur-unsur
pelaburan yang tidak patuh syariah.
Baru-baru ini juga
kerajaan telah memberi pilihan kepada pencarum untuk memilih samaada
mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8% caruman kepada KWSP. Ada yang
berpandangan bahawa haram dan berdosa memilih caruman 11% setelah KWSP membuat
penawaran PILIHAN antara mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8%, maka
ruang untuk MEMILIH wujud pada setiap pencarum Muslim.
Di sini kita
siarkan pandangan pihak tersebut yang mengatakan ada dua implikasi:
Pertama: Jika kita
sebagai pencarum Muslim memilih untuk mengekalkan caruman kepada 11%, maka
ruang pelaburan dana caruman terhadap instrumen yang tidak patuh syariah adalah
lebih besar dan dibuat atas dasar pilihan kita sendiri. Maka, pilihan sebegini
dianggap kurang menepati sifat wara' dan taqwa seorang Muslim kerana membiarkan
ruang pelaburan kepada instrumen tidak patuh syariah lebih besar.
Kedua: Jika
pencarum memilih untuk menukar kepada jumlah caruman 8%, maka ruang pelaburan
di instrumen tidak patuh syariah secara amnya telah berkurangan sebanyak 3% (11%-8%
= 3%). Ini adalah kerana kita berkuasa dan dibenarkan untuk MEMILIH jumlah
caruman. Maka pilihan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid
Syariah (antaranya menjaga harta dari kebinasaan dan sumber haram) dan
mengurangi risiko pelaburan lebih banyak dibuat menerusi instrumen tidak patuh
syariah.
Justeru, pilihan
ini adalah lebih aslam (selamat) dan sesuai dengan kedudukan individu Muslim
yang mementingkan urusan kewangannya sentiasa menepati atau menghampiri
kepatuhan terhadap syariah. Jadi lebihan 3% dari gaji bulanan telah terselamat
dari pelaburan yang berisiko haram di KWSP dan kita berpeluang menggunakannya
(kerana ia akan kekal dalam gaji bulanan yang diterima setiap bulan) samada
untuk disimpan atau dilaburkan ke instrumen lain yang patuh syariah atas
pilihan masing-masing.
Itu menurut pandangan seorang Eksekutif Kanan Unit
Dakwah dan Pemasaran Khas AJK Teknikal Syariah PPZ MAIWP.
Kalau ianya HARAM,
mengapa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak bersuara melarang umat Islam dari terus
menyimpan dan melabur ke dalam KWSP. Mereka harus berani mengeluarkan fatwa
melarang umat Islam dari terus terjerumus dalam perkara yang jelas Haram di
sisi syariat Islam.
Persoalan: Adakah
KWSP dapat memberi jaminan bahawa pelaburan patuh syariah 100% apabila pencarum
memilih 8%? Pandangan yang mengatakan menukar kepada 8% adalah lebih menepati
kepada Maqasid Syariah hujahnya kurang kuat kerana ianya masih lagi bercampur
dengan pelaburan tidak patuh syariah. Mengapa tidak mendesak KWSP melabur 100%
patuh syariah agar tiada lagi unsur riba?
Ramai pencarum
Muslim musykil dengan masalah pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah sehingga
menyebabkan hasil pendapatan mereka dalam KWSP bercampur dengan perkara syubhah
( tidak jelas halal atau haramnya).
Kami menggesa
Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai peraturan mencarum dan
menerima dividen daripada keuntungan pelaburan di KWSP. Bolehkah dikatakan
bahawa keadaan darurat bagi umat Islam untuk mencarum dalam KWSP sedangkan
majoriti pengurusan atasan terdiri daripada orang Islam.
Sebagai seorang
Muslim sepatutnya perkara ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan
KWSP untuk membersihkan unsur-unsur riba dari hasil pelaburan KWSP agar
pendapatan pencarum umat Islam tidak dicemari oleh unsur-unsur yang dilarang
dalam syariat Islam.
Majoriti pencarum
sangat berharap dapat mengekalkan 11% kerana hasil dividen dan juga simpanan pencarum akan
meningkat kalau dibandingkan hanya 8%. Walaupun dipotong 3% untuk menambah
pendapatan bulanan tetapi pada setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) akan mengenakan cukai pendapatan yang lebih keatas pencarum. Ini
bermakna adalah lebih baik mengekalkan caruman 11% dalam KWSP dari mengurangkan
3% untuk bayaran cukai pendapatan.
Kita juga mengesa
pihak KWSP mengasingkan pelaburan pencarum Muslim dengan bukan Muslim untuk
mengelak dari termakan hasil riba yang dilarang dalam agama Islam. Dengan
mengambil pendekatan “pengasingan” ini, tidak akan timbul isu 11% atau 8%,
kerana pelaburan pencarum Muslim akan dilabur mengikut instrumen patuh syariah
100%. Bagi yang bukan Islam juga tidak
perlu bimbang kerana mereka bebas memilih pelaburan yang mereka yakini boleh
memberi keuntungan kepada pelaburan mereka.
Dengan pengasingan
pelaburan itu nanti sekurang-kurangnya simpanan umat Islam dalam pelaburan KWSP
bebas dari pelaburan tidak patuh syariah. Mereka boleh membayar zakat
pendapatan setelah mereka mengeluarkan semua simpanan dari caruman mereka
setelah mencapai usia 55 tahun.
Bagi umat Islam
yang telah mencarum sekian lama sudah tentu mereka mahu hasil pendapatan mereka
bersih dari riba. Sekiranya simpanan umat Islam
dalam KWSP terpaksa dipotong dari hasil riba sudah tentu simpanan mereka
selama ini akan berkurangan untuk membersihkan pendapatan dari riba. Sedang
yang bukan Islam mendapat hasil simpanan yang penuh berbanding dengan umat
Islam melainkan umat Islam tersebut tidak ambil peduli tentang hasil pelaburan
mereka. Pihak KWSP seharusnya memikirkan masalah ini sekiranya mereka ingin
umat Islam patuh dengan syariah dan bebas dari riba.
Harap masalah ini
dapat diberi perhatian oleh pihak KWSP dan juga pihak berkuasa untuk
mengelakkan pencarum Muslim terlibat dengan riba. Kerjasama dengan pihak
berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Exempt
EPF from investments which is not comply with shariah (Usury)
According to the
Daily Press reports recently, the Employees Provident Fund (EPF) is expected to
launch a fully Shariah compliant funds in January 2017 as an option for
contributors who are interested in converting their savings to fully
Shariah-compliant status. Deputy Chief
Executive Officer (Investment), Datuk Mohamad Nasir Abd Latif, said the initial
size of the fund is expected to be between RM100 billion and RM120 billion. “The
fund will be based on 'first come first serve' because I do not think we can
accommodate everyone." We are targeting less than RM120 billion. It's just
the budget, "he told reporters at a media briefing recently.
It is good news for
the Muslim contributors who have savings in the EPF but the problem now is why
it is limited and not comprehensive. The Muslims who have long been
contributing and investing in the Fund are surprised to find out investment
statistics of the EPF assets as at December 31, 2014 of which 60% is non
Shariah-compliant.
The Muslims are
concerned, their incomes mixed with investment of Shariah non-compliant. All
this while they think EPF investments is free from elements that are Shariah
non-compliant investments.
Recently, the
government has also given the option to contributors to choose whether to
retain 11% or reduce it to 8% contribution to the EPF. There is a view that
illicit and sinful choose 11% after EPF contributions made offerings CHOICE
between retaining 11% or reduce it to 8%, then the space to CHOOSE exist on
every Muslim contributors.
Here we publish the
views of those who say there are two implications:
First: If we as
Muslim contributors decided to maintain the contribution to 11%, then the space
investment of contributions to Shariah non-compliant instruments are larger and
are made on the basis of our own choice.
Second: If the
contributor chooses to convert to a total contribution of 8%, then the freedom
investment in instruments Shariah non-compliant generally have decreased by 3%
(11% -8% = 3%). This is because we are able and allowed to CHOOSE total contributions.
The option to switch to 8% is more faithful to the concept of shariah (which
keep the property from destruction and illegal sources) and reduce the risk of
further investment is made through Shariah non-compliant instruments.
Thus, this option
is more aslam (safe) and in accordance with the position of Muslim individuals
who are concerned with the financial arrangements always meet or approaching
adherence to shariah. So a surplus of 3% of their salaries has survived from
risky investments in EPF illicit and we have a chance to use it (as it will
remain in the monthly salary received per month) for either saved or invested
to other Sharia-compliant instruments of their choice.
This is the view of
a senior executive Da'wah Unit and the Special Committee of Technical Marketing
of PPZ Sharia MAIWP.
If it HARAM, why
the National Fatwa Committee voiceless prohibits Muslims from continuing to
save and invest in the Fund. They must have the guts to issue a fatwa banning
Muslims from further fall in which clearly Haram on the side of the Islamic
Shari'a.
Question: Will EPF
be assured that Sharia-compliant investment 100% if the contributor chooses 8%?
The views that change to 8% are more faithful to the concept of syariah is less
strong argument because it is still mixed with Shariah non-compliant investments.
Why not urge EPF invest 100% Shariah-compliant so there is no element of usury?
Many Muslim
contributors abstruse with the problem of EPF investments that are Shariah non-compliant,
that causing results of their income in EPF Mixed with the syubhah (no clear
halal or haram).
We urge the
National Fatwa Council issued a fatwa about regulation contribute and receive
dividends from the profits of the investment in the EPF. Can it be said that
state of emergency for Muslims to contribute in EPF while the majority of top
management consists of Muslims.
As a Muslim should
this matter be given due attention by the management of EPF to clean the
elements of usury of the Fund's investment income so that Muslim contributors are
not mixed by elements that are forbidden in Islamic law.
The majority of
contributors are hoping to retain 11% as yield of dividend and also savings of
contributors will increase if compared to only 8%. Although cut 3% to increase
monthly income but every year the Inland Revenue Board (IRB) will impose income
taxes on the contributors. This means that it is better to maintain the
contribution of 11% in EPF than reducing 3% for the payment of income tax.
We also urged the
EPF segregate Muslim contributor’s investment with non-Muslims to refrain from
ingestion of usury which is forbidden in Islam. By taking the approach of
"seclusion" this will not issue of 11% or 8%, because Muslim
contributors investment will be invested in accordance with Shariah-compliant
instruments 100%. For non-Muslims also do not have to worry because they are
free to choose the investment that they believe may give a profit to their
investment.
With the separation
of the investment will at least Muslims savings in the EPF investments are free
from the investment of non Shariah-compliant. They can pay tithe after they
withdrew all of their contributions after reaching the age of 55 years.
For Muslims who
have contributed for so long of course they want their income net from usury.
Should savings of
Muslims in EPF had to be cut from yield usury of course their savings all this
while will be reduced to clean the income of usury. While non-Muslims get the
full savings compared with the Muslims unless the Muslims are really do not
care about the results of their investment. The EPF should think about this
issue if they want the Muslims compliant with shariah and free from usury.
Hope that this
problem can be addressed by the EPF and the authorities to prevent the Muslim
contributors involved in usury. Cooperation with the relevant authorities to
resolve this issue immediately is much appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment