Penduduk
Perumahan tidak selesa dengan masalah longkang dan sampah
MIRI - Masalah
longkang tersumbat dan sampah yang tidak pungut boleh menjejaskan kesihatan
penduduk di kawasan perumahan. Perkara ini berlaku di kawasan RPR Bandar Baru
Permyjaya Miri.
Penduduk di kawasan
perumahan sudah mengadu masalah ini kepada pihak yang berkenaan untuk bertindak
tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil. Sampah yang
bertimbun dan berselerak menyebabkan longkang berdekatan dipenuhi oleh sampah
sarap sehingga ianya tersumbat.
Longkang tersumbat
serta bau sampah yang tidak diurus dengan baik itu menyebabkan penduduk di
kawasan perumahan RPR Bandar Baru Permyjaya lorong 5 rasa tidak selesa.
Mereka takut
kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka terjejas sekiranya longkang itu
dipenuhi oleh sampah yang menyebabkan air longkang tersumbat. Air bertakung
boleh membiak nyamuk aedes dan menyebabkan penyakit denggi. Penduduk perumahan
di kawasan tersebut amat mengharap masalah ini dapat diberi perhatian dari
pihak berkuasa tempatan.
Kita mengesa pihak
Majlis Bandaraya Miri dan pihak yang berkaitan dapat mengatasi masalah ini
dengan segera agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak terganggu
dengan bau sampah dan parit tersumbat itu. Kerjasama dengan pihak yang
berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Housing
residents uncomfortable with drains and garbage problem
MIRI - Problem of
clogged drains and garbage not collected can affect the health of residents in
residential areas. This happened in the RPR Permyjaya Miri.
Residents in
neighborhoods already complained this issue to the relevant authorities to act
but to date no action has been taken. Garbage is piled and strewn cause nearby drain
filled with rubbish until it's clogged.
Clogged drains and
the smell of garbage that is not managed properly it causes the population in
residential areas of RPR Bandar Baru Permyjaya lane 5 feel uncomfortable.
They fear the
health and safety of their children be affected if the drain was full of
garbage which causes the water drain blockages. Stagnant water can breed
mosquitoes and causes dengue. A resident of housing in the area is hoping for
this problem can be addressed by local authorities.
We urge the Miri
City Council and relevant parties can resolve this problem immediately so that
the neighborhood is not disturbed by the smell of garbage and clogged drains.
Cooperation with the relevant authorities to address this issue is greatly
appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment