Warga
Tua lumpuh perlu bantuan bulanan
LAMBIR - PAS Lambir
yang diketuai oleh Penyelaras PAS DUN Lambir Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
telah melakukan lawatan ke sebuah rumah di Kampung Jagus di Lambir beberapa
hari lepas. Hasil lawatan tersebut, pihak PAS Lambir telah bertemu dengan
Pakcik Nanta (KP: 360317135093) seorang warga tua yang lumpuh.
Dia kini tinggal
bersama-sama dengan anaknya dan keluarganya di kampung Jagus. Menurut anak
beliau, mereka pernah menghantar surat permohonan untuk mendapatkan bantuan
bulanan untuk Pakcik Nanta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun
permohonan tersebut belum mendapat maklum balas daripada pihak JKM.
Menurut anak
beliau, pendapatan keluarga mereka untuk menampung perbelanjaan harian amat
terhad dan tempat kediaman mereka pun berada dalam keadaan yang tidak sempurna.
Tambah beliau lagi, ayahnya terpaksa menggunakan lampin dewasa sepanjang masa
akibat daripada ketidakupayaan beliau untuk bergerak. Mereka sekeluarga
terpaksa menanggung beban untuk menyara kehidupan harian mereka sekadar apa yang
ada.
Mereka amat
mengharapkan bantuan dari badan kebajikan untuk meringankan bebanan
perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Oleh yang demikian PAS Lambir memohon
dan mengesa badan kebajikan dan pihak JKM agar dapat menghulurkan bantuan
bulanan serta menyemak semula permohonan keluarga tersebut dengan segera.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
The
Elderly paralyzed need monthly assistance
He is now staying
together with his son and his family in Jagus village. According to his son,
they have sent letter of application for monthly assistance for Uncle Nanta
through the Social Welfare Department (SWD), but the application has not
received a response from the department.
According to his
son, the family income to cover their daily expenses are very limited and their
abode also in imperfect condition. He added that his father had to use adult
diapers all the time as a result of his inability to move. The family had to
bear the burden for their livelihood just what it is.
0 Comments Received
Post a Comment