Bantuan
bulanan warga emas tidak diberi perhatian
MIRI - Kampung
Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass atau nama asalnya 'Pujut Rail' merupakan
penempatan setinggan di pinggir bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk di situ
berbangsa Melayu Miriek, Melanau, orang Ulu dari Baram dan juga Iban.
Kebanyakan penduduk
di situ adalah peribumi Sarawak dan sudah menetap di situ lebih dari 50 tahun.
Walaupun bandaraya Miri merupakan sebuah bandaraya peranginan yang indah dan
menarik tetapi masih terdapat lagi rakyat dan penduduk pribumi yang kurang
bernasib baik tinggal dalam keadaan daif disebabkan mereka tidak mampu memiliki
rumah yang mampu milik.
Bukan saja rumah
terlalu mahal dan mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan asas yang
disediakan oleh pihak kerajaan termasuk elektrik dan bekalan air bersih. Mereka
seolah-olah dianggap sebagai golongan kelas bawahan disebabkan mereka tinggal
diatas tanah kerajaan dan dianggap sebagai setinggan walaupun mereka adalah
penduduk asal dan juga warganegara Malaysia.
Penduduk asal yang
sepatutnya menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah tetapi dipinggirkan
disebabkan mereka tidak mampu bersaing dengan pelabur luar yang kaya raya serta
mampu membeli tanah dari pihak kerajaan yang sepatutnya penduduk asal diberi
geran tanah.
Mereka sudah lama
memohon kemudahan asas tersebut tetapi malangnya pemohonan mereka ditolak
disebabkan mereka tinggal di penempatan setinggan. Mereka terpaksa menyambung bekalan elektrik
dan air dari rumah sebelah yang ada kemudahan tersebut.
Mereka memohon pada
PAS agar masalah mereka dapat disampaikan kepada pihak berkuasa untuk diberi
kemudahan asas tersebut kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia yang berhak
menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah.
Jambatan papan kayu atau titian yang usang menuju ke rumah mereka yang dibina dipinggir sungai juga tidak begitu selamat untuk digunakan sekiranya tidak berhati-hati. Rumah mereka juga dibina menggunakan papan kayu dan papan lapis yang terpakai dan mereka amat memerlukan bantuan dari pihak berkuasa untuk membina rumah yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.
Kita juga mendapat
aduan dari warga emas yang masih belum mendapat bantuan bulanan dari badan
kebajikan. Mereka sudah lama memohon tetapi tiada sebarang jawapan sehingga
kini.
Antara mereka ialah
Encik Helmi Bin Majid dan isteri beliau Puan Rashidah Binti Johni dari Kampung
Pujut Padang Kerbau, dan juga Encik Pa Bin Keri dari Kampung Pujut Tanjung Batu
Jalan Miri Bypass pernah memohon bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat di Miri tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari
Jabatan Kebajikan berkenaan.
Kita mengesa pihak
berkuasa dan pihak yang berkenaan dapat segera membantu serta menyelesaikan
masalah penduduk yang berkenaan dengan sebaiknya kerana mereka adalah
sebahagian dari rakyat Malaysia yang berhak diberi tempat tinggal yang selesa
serta bantuan yang sewajarnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk
mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Monthly
aid of senior citizens are not given the attention
MIRI - Kampung
Pujut Tanjung Batu, Jalan Miri Bypass whose original name was 'Pujut Rail' is a
squatter settlement on the outskirts of Miri city. Most of the residents are
Malays Miriek, Melanaus, the Ulu from Baram and Iban.
Most of the
residents are natives in Sarawak and had lived there for more than 50 years.
Though Miri is a lovely and interesting resort city but there are still more
citizens and the indigenous population of the less fortunate live in poor
conditions because they cannot afford to have an affordable home.
Not only the house
is too expensive and they also cannot enjoy the basic facilities provided by
the government including electricity and clean water supply. They seem to be
regarded as a group of lower classes because they live on government land and
considered as squatters even though they were the original inhabitants and also
a Malaysian citizen.
The original
inhabitants should enjoy the basic facilities from the government but being
marginalized because they are not able to compete with outside wealthy
investors and can afford to buy land from the government which should the
original inhabitants given the land grants.
They have long
applying the basic facilities but unfortunately their applications rejected
because they live in squatter settlements. They had to connect to electricity
supply and water from the house next door that have the facilities.
They appealed to
PAS so that their problems can be submitted to the authorities to be given the
basic facilities because they are Malaysians who are entitled to the basic
facilities of the government.
Wooden Planks
Bridge or an obsolete bridge heading to their homes built alongside a river is
not very safe to use if not careful. Their house was also built using wooden
planks and recycled plywood and they urgently need help from the authorities to
build a comfortable and safe place to stay.
We also received
complaints from the senior citizens who still have not received a monthly aid
from the charities. They have long applying but there is no response to date.
Among them were Mr.
Helmi Bin Majid and his wife Mrs. Rashidah Binti Johni from Kampung Pujut
Padang Kerbau, and also Mr. Pa Bin Keri from Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan
Miri Bypass ever applied welfare assistance from the Social Welfare Department
in Miri but to date no answers received from the Welfare Department concerned.
We urge the
authorities and the parties concerned to immediately help and solve the problem
of population concerned wisely because they are part of Malaysians who deserved
a place to stay and appropriate assistance. Cooperation with the parties
concerned to address this issue is greatly appreciated.
Apo nk d kato..... Ini lah hadinya kalu parti pemerintah terlalu kuat dan pihak pembangkang terlalu lemah. Lebih 50 tahun, msih x nmpk dan x peduli nasib setinggan bangsa sendiri. X mmpu nk bagi umah free sbiji sorang. Mna pegi duit minyak,duit balak. Duit duit..... Dmna kau duit
Apo nk d kato..... Ini lah hadinya kalu parti pemerintah terlalu kuat dan pihak pembangkang terlalu lemah. Lebih 50 tahun, msih x nmpk dan x peduli nasib setinggan bangsa sendiri. X mmpu nk bagi umah free sbiji sorang. Mna pegi duit minyak,duit balak. Duit duit..... Dmna kau duit