Pembunuhan kejam ahli politik perlu diambil tindakan tegas

MIRI – Pembunuhan seorang ahli PKR di Miri amat mengejutkan ramai pihak. Bill Kayong, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, telah ditembak pada kira-kira 9 pagi tadi ketika beliau berhenti di persimpangan yang sibuk di hadapan pusat komersial E-Mart di Senadin.

PAS mengesa pihak polis dapat menyiasat apa punca kes pembunuhan ini berlaku keatas ahli politik. Kes tembak dan lari pernah berlaku sebelum ini di bandaraya Miri dan sehingga ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Tindakan tegas seharusnya diambil keatas mereka yang melakukan dan mereka yang mengupah pembunuhan kejam ini.

Sebelum ini mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke13 lalu di parlimen Sibuti. Beliau merupakan seorang pejuang yang komited untuk memperjuangkan hak bumiputera di Sarawak. Kita kehilangan seorang rakan seperjuangan yang komited dalam memperjuangkan hak bumiputera Sarawak.

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah dan simpati keatas keluarga mangsa. Semoga mereka sabar menghadapi ujian yang berat ini dengan tabah.  Kita harap pembunuh tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke muka keadailan untuk dihukum dengan sewajarnya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

The brutal murder of politician needs to be taken decisive action

MIRI – The murder of a member of the PKR Miri extremely shocked many people. Bill Kayong, political secretary to Miri MP Dr Michael Teo, was shot at about 9 am this morning when he stopped at a busy intersection in front of a commercial center of E-Mart in Senadin.

PAS urged the police to investigate what the cause of this murder case happens to politicians. Shootings and run is unprecedented in this Miri city and so no arrests were made.

Strict action should be taken against those who do and those who employ this brutal murder.

Before this the victim ever helped PAS in the 13th general election in Sibuti parliament. He is a fighter who is committed to fight for the rights of indigenous peoples in Sarawak. We lost a comrade who is committed to fight for the rights of indigenous Sarawak.

Sarawak PAS expressed condolences and sympathy to the families of the victims. Haply they are patient facing a severe test with fortitude. We hope that the killer is caught and brought to justice to be punished accordingly.