Penghuni
rumah usang memerlukan bantuan
MIRI – Masalah penduduk
miskin dan mereka yang kurang berkemampuan untuk tinggal di rumah selesa dan
selamat masih lagi jadi isu utama di bandaraya Miri. Walaupun Barisan Nasional
(BN) Sarawak menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu tapi masih lagi
tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan bantuan.
Menurut penduduk
yang ditemui ada wakil rakyat BN yang datang ke rumah mereka mengambil gambar serta
maklumat keluarga tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk
membantu keluarga yang memerlukan bantuan.
Salah seorang
penduduk kampung di Pujut Padang Kerbau mengadu mereka sudah lama menanti janji
pihak yang berkenaan untuk membaik pulih rumah pusaka ayah mereka yang sudah
lebih 40 tahun.
Puan Noraini Hassan
mengadu masalah mereka kepada pihak PAS agar masalah mereka dapat diberi
perhatian oleh pihak berkuasa. Mereka mengadu masalah rumah mereka yang sudah
agak usang dan perlu dibaik pulih terutama dibahagian dapur. Keadaan dapur
mereka sudah rosak teruk dimana lantai serta dinding dan atap sudah bocor.
Beliau tinggal
bersama suami dan 6 orang anak berserta menantu dan 2 orang cucu. Dua daripada
anaknya masih belum bersekolah sebab suaminya tiada mempunyai pendapatan tetap.
Disebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan
tetap mereka amat mengharap masalah rumah mereka ini dapat dibaiki sepenuhnya.
Mereka berharap
pihak berkuasa dapat memberi bantuan membaik pulih rumah mereka itu dengan
segera. Hari Raya Idul Fitri sudah hampir tiba dan keadaan rumah mereka juga
tidak begitu selamat sekiranya terlalu ramai pengunjung datang pada musim
perayaan ini.
Kita mengesa pihak
jabatan kebajikan serta Baitulmal dapat membantu meringankan bebanan yang
ditanggung oleh keluarga tersebut terutama disaat mereka juga ingin merayakan
hari raya Idul fitri tidak lama lagi.
Kita akan sentiasa
turun padang dan cuba membantu mengatasi masalah rakyat tanpa mengira waktu.
Kerjasama dengan
pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan segera amat
dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Occupants
of dilapidated houses need help
MIRI – The problem
of the poor and the less fortunate to live in a comfortable and safe home is
still a major issue in Miri. Although the Barisan Nasional (BN) won big in the
last general election but still cannot solve the problem of people who need
help.
According to
residents interviewed there are BN representatives who came to their house to
take pictures and family information, but so far no action has been taken to
help families who need help.
One of the
villagers in Pujut Padang Kerbau complain they have long been waiting for the
promise of the parties concerned to restore the ancestral home of their father,
who has more than 40 years.
Puan Noraini Hassan
complains their problems to PAS so that their problems can be addressed by the
authorities. They complain that their home had been somewhat obsolete and need
to be repaired, especially in the kitchen. Condition of their kitchen was badly
damaged where the floor and wall and roof is leaking.
She lives with her
husband and 6 children together with in-law and two grandchildren. Two of her
children still do not attend school because her husband has no regular income. Because
they do not have a steady income they are expecting their house problems can be
repaired completely.
They hope the
authorities can help repairing their homes immediately. Eid are around the
corner and their home situation is not very safe if too many visitors come
during the festive season.
We urge the welfare
department and the Baitulmal could help ease the burden of the family,
especially when they also want to celebrate Idul Fitri soon.
We will always down
to the ground and try to help solve the problems of the people, regardless of
time.
Cooperation with
the parties concerned to resolve the people's problems immediately is much
appreciated.
Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (eleazardiaz536@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
Regards,
Eleazar Diaz pasukan pelaburan