Imigresen
Sarawak perlu guna sistem talian sepenuhnya
MIRI - Setiap tahun
pemohon Pas Lawatan (Sosial) mesti mendapat pengesahan atau cop dari pegawai
kerajaan yang telah dilantik untuk mendapatkan tandatangan, cop Mahkamah
Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah yang membenarkan seseorang warganegara
asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan berada di
Malaysia.
Pihak pemohon atau
penaja akan mengisi borang yang telah disediakan dan setelah diisi pemohon
perlu mendapatkan Surat Akuan pengesahan dengan tandatangan, cop Mahkamah
Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah daripada pegawai yang berkenaan.
Untuk mendapatkan
surat pengesahan berkenaan, pemohon kena pergi ke Pejabat Residen atau Mahkamah
Seksyen. Sudah pasti ianya menyusahkan pemohon yang terpaksa keluar semula
daripada jabatan imigresen semata-mata untuk mendapatkan surat pengesahan
tersebut.
Kadang-kadang
pemohon terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan surat pengesahan dari pegawai
yang berkenaan terutama dari Pejabat Residen kerana pegawai bercuti tanpa ada
pegawai lain yang boleh diberi kuasa untuk mengesahkan surat berkenaan.
Kita mengesa pihak
Imigresen Sarawak di Miri boleh melantik seorang pegawai dalam jabatan
Imigresen yang diberi kuasa mengesahkan Surat Akuan dengan tandatangan, cop
Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah tanpa perlu pergi ke Jabatan
yang berkenaan.
Pihak Imigresen
Sarawak juga perlu menggunakan sistem dalam talian sepenuhnya untuk memudahkan
orang ramai yang ingin memohon Pasport Malaysia antarabangsa dan mengurangkan
kesesakan di jabatan Imigresen seluruh negeri.
Pihak Imigresen
boleh mengurangkan kesesakan dan memudahkan orang ramai dengan menggunakan sistem
dalam talian apabila memohon Visa, Pasport Antarabangsa, Permit Masuk dan
sebagainya.
Pemohon hanya
datang ke pejabat Imigresen selepas permohonan itu diluluskan oleh pegawai
Imigresen tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang di pejabat imigresen.
Mungkin sistem ini
sudah ada tapi tidak digunakan sepenuhnya tanpa pengetahuan orang ramai dan
pihak Imigresen perlu memberi penerangan atau menempatkan sistem dalam talian
di jabatan berkenaan untuk orang ramai menggunakannya terutama mereka yang
tidak mempunyai kemudahan tersebut.
Kita harap pihak
Imigresen dapat membaik pulih sistem berkenaan dengan lebih mesra pengguna. Ini
bukan saja memudahkan pengguna tetapi akan mengurangkan bebanan tugas pegawai
Imigresen dalam menguruskan pemohonan orang ramai dengan lebih cekap dan
lancar.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Sarawak
Immigration must use a fully online system
MIRI - Each year
the applicants of Visit Pass (Social) must be certified or stamped from the
government officials who have been appointed to get the signature, stamp of
Court / Magistrate / Commissioner of Oaths which allows a foreign citizen that
is non Malaysian citizen class to enter and reside in Malaysia.
The applicant or
sponsor will have to complete a form available and once filled the applicant
must obtain letter of Confirmation with signatures, stamps Court / Magistrate /
Commissioner of Oaths of the officer concerned.
To obtain a letter
of confirmation, the applicant had to go to the Resident Office or Court. Of
course it's inconvenient the applicant who had to go out again of the
immigration department just to get the confirmation letter.
Sometimes applicants
have to wait long to get a letter from the officials concerned, especially from
the Resident Office because of officials on leave without any other officer
shall be authorized to verify the letter.
We urge the Sarawak
Immigration in Miri may appoint an officer in the immigration department being
duly authorized verify a declaration letter with signature, stamp of Court /
Magistrate / Commissioner of Oaths without having to go to the relevant
department.
The Immigration
Sarawak should also use fully online system to facilitate the public who wish
to apply for an international passport and reduce congestion at the Immigration
department across the country.
The Immigration can
ease congestion and make it easier for the public to use the online system when
applying for a visa, international passport, entry permit and so forth.
Applicants only
come to the Immigration office after the application is approved by the
Immigration official without having to wait in long queues at the immigration
office.
Perhaps this system
already exists but is not fully used without the knowledge of the public and
the immigration authorities should give an explanation or put online system at the
relevant departments for the public to use it, especially those who do not have
these facilities.
We hope that the
Immigration Department can refurbish the system more user friendly. This not
only makes it easy for users but will reduce the workload on Immigration
officials in managing the public applications more efficiently and smoothly.
Read more...