Pesakit buah pinggang dan pesakit kanser tahap 4 memerlukan perhatian


Lina Anyie adalah salah seorang pesakit buah pinggang di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri (MRCDC) sejak 10 Julai 2008. Seorang ibu tunggal dan tidak bekerja.

Membiayai rawatan dialisisnya 3 kali seminggu seumur hidup di bawah subsidi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dia adalah penerima bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM200 & pencen hilang upaya PERKESO mendiang suaminya sebanyak RM300 sebulan.

Dia tinggal di rumah yang sama dengan anak perempuan dan menantunya (pesakit barah tahap 4) dan cucu angkat.

Ong Ching Chai 46 tahun juga merupakan pesakit barah tahap 4 (Tahun 2020). Telah menerima rawatan kemoterapi di hospital Kuching sebanyak 6 sesi (Feb - September 2020)

Dia dulu bekerja sebagai mekanik tetapi sejak dia sakit dia tidak lagi dapat bekerja. Bantuan RM400 dari MAKNA (Majlis Kanser Nasional) selama 6 bulan. Bermula dari September 2020-Februari 2021. Dalam proses memohon pencen hilang upaya dari PERKESO. Mempunyai isteri dan anak angkat (6 tahun). Tinggal di rumah bersama Lina Anyie (ibu mertua).

Mereka mengadu masalah mereka dengan PAS Miri agar pihak berwajib dan pihak berkenaan mengambil tindakan segera. Antara masalah yang perlu diatasi dengan segera adalah: -

1.      Kerana menantunya (Ong Ching Chai) disahkan oleh doktor dengan barah tahap 4 dan dia terpaksa berhenti bekerja. Kesannya, mereka tidak mampu membayar sewa (RM550) sebulan.

2.      Mereka terpaksa berpindah ke rumah abang angkat Lina Anyie di kawasan setinggan Piasau utara, Miri, Sarawak. Rumah ini telah lama tidak didiami dan usang.

3.     Keadaan rumah itu sangat usang dan tidak ada bekalan elektrik. Sementara itu mereka berkongsi paip air dengan jiran mereka di sebelah.

4.      Kos pengangkutan Lina Anyie (pesakit buah pinggang di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri (MRCDC) berulang-alik dari rumah ke MRCDC (3 kali seminggu / 12 @ 13 kali sebulan) dengan kos RM300 sebulan.

5.      Kos setiap rawatan kemoterapi Encik Ong Ching Chai di hospital Kuching, Sarawak. Lebih kurang RM600 - RM700 (tambang tiket bas dan perbelanjaan makanan dan minuman selama 2 minggu). Puan Penny akan menemani suaminya setiap kali menjalani kemoterapi di hospital Kuching.

Ini adalah keluhan mereka kepada PAS Miri, keadaan rumah yang usang perlu segera diperbaiki dan mereka juga telah memohon tanah dari jabatan tanah dan ukur dan juga dari Temenggong Ketua masyarakat kaum Kayan bahagian Miri untuk skim PPRT apabila ada pemberian tanah. Begitu juga, kos pengangkutan rawatan mereka sangat diperlukan untuk meringankan beban mereka.

Kami menggesa pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkenaan untuk segera membantu menyelesaikan masalah ini tanpa mengira bangsa dan agama. Kerjasama dengan pihak yang terlibat amat dihargai.

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS Sarawak

 

English version

Kidney patients and stage four cancer patients need attention

Lina Anyie is one of the kidney patients at the Miri Red Crescent Dialysis Center (MRCDC) since July 10, 2008. A single and unemployed mother.

Financing her dialysis treatment three times a week for a lifetime under the subsidy of the Ministry of Health Malaysia (MOH). She is a recipient of monthly assistance from JKM of RM200 & her late husband's SOCSO disability pension of RM300 per month.

She lives in the same house with her daughter and son-in-law (a stage four cancer patients) and an adopted grandchild.

Ong Ching Chai 46 years old is also a stage four cancer patients (the year 2020). Already received chemotherapy treatment at Kuching hospital for six sessions (February - September 2020)

He used to work as a mechanic but since he got sick he can no longer work. Assistance RM400 from MAKNA (National Cancer Council) for 6 months. Starting from September 2020-February 2021. In the process of applying for a disability pension from SOCSO. Have a wife and adopted child (6 years). Stay at home with Lina Anyie (mother-in-law).

They complained about their problems with PAS Miri for the authorities and those concerned to take immediate action. Among the problems that need to be addressed immediately are:-

1. Because his son-in-law (Ong Ching Chai) was diagnosed by a doctor with a stage four cancer, and he had to quit his job. As a result, they cannot afford to pay to rent (RM550) a month.

2. They had to move to Lina Anyie's adopted brother's house in the northern Piasau squatter area, Miri, Sarawak. This house has long been uninhabited and dilapidated.

3. The condition of the house is very dilapidated and there is no electricity supply. Meanwhile, they share a water pipe with their neighbor next door.

4. The cost of transporting Lina Anyie (kidney patient at Miri Red Crescent Dialysis Center (MRCDC) commuting from home to MRCDC (Three times a week/12 @ 13 times a month) at a cost of RM300 per month.

5. Cost of each chemotherapy treatment Mr. Ong Ching Chai at Kuching hospital, Sarawak. Approximately RM600 - RM700 (bus ticket fare and food and drink expenses for 2 weeks). Mrs. Penny will accompany her husband every time he undergoes chemotherapy at the Kuching hospital.

This is their complaint to PAS Miri, the condition of dilapidated houses need to be repaired immediately and they have also applied for land from the land and survey department and also from Temenggong Chief of Kayan Miri division of PPRT scheme efforts when there is a land grant. Similarly, the cost of transporting their treatment is very necessary to lighten their load.

We urge the authorities and the relevant parties to immediately help solve this problem regardless of race and religion. Cooperation with the parties involved is greatly appreciated.

 


Read more...