Sistem saliran tersumbat dengan sampah menyebabkan banjir kilat


MIRI: Hujan lebat sepanjang hari di bandaraya Miri menyebabkan beberapa kawasan perumahan dan kampung dilanda banjir kilat. Hujan lebat serta air pasang besar yang melanda di kawasan pantai turut menjejaskan kawasan kampung Batu Satu dan beberapa kampung yang berdekatan.

Terdapat penduduk yang terpaksa berpindah sementara menunggu air surut, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran pantai. Terdapat juga rumah-rumah dan kenderaan yang rosak akibat banjir kilat kerana mereka tidak sempat untuk menyelamatkan kenderaan mereka dari terperangkap dalam banjir.

Banjir kilat juga melanda beberapa kawasan di Pujut terutama Pujut Padang Kerbau di mana penduduk mengadu perparitan yang tersumbat penuh dengan sampah dan air bertakung melimpah keluar dari parit dan masuk ke rumah-rumah mereka.


Sebelum ini, jarang berlaku banjir kilat di kawasan kediaman mereka tapi kali ini ianya agak teruk kerana mereka terpaksa berjaga-jaga pada waktu hujan lebat kerana mereka yakin selagi parit yang tersumbat penuh dengan sampah itu tidak dibersihkan maka selagi itulah banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa.

Kami mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkaitan segera membersihkan sampah sarap dan mendalamkan lagi parit yang terdapat di kawsan terbabit. Mereka yang tinggal berdekatan dengan parit atau sungai seharusnya menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah ke dalam parit atau sungai untuk mengelak berlakunya parit tersumbat dengan sampah dan bahan buangan.

Kami menyeru agar semua pihak yang terbabit dapat bekerjasama dan dapat menjaga kebersihan dipersekitaran tempat tinggal mereka dari ancaman penyakit berjangkit dan banjir kilat akibat pembuangan sampah yang tidak teratur.

Sekali lagi, kami menyeru agar pihak yang bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan, segera membersihkan kawasan yang terbabit untuk mengelak berlaku banjir kilat dan penyakit berjangkit. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The drainage system is clogged with garbage causes flash floods

MIRI: Heavy rain all day in Miri City caused several housing areas and villages hit by flash floods. Heavy rains and high tide that swept the coastal areas also affected the village of Batu Satu and several nearby villages.

There are residents who have to be relocated while waiting for the low tide, particularly those who live near the coast. There were also houses and vehicles damaged by flash floods as they did not have time to save their vehicle from being caught in the flood. 

Flash floods also hit several areas in Pujut especially Pujut Padang Kerbau where residents had complained of a clogged drainage full of garbage and stagnant water spilling out of the ditch and went into their houses.

Previously, there was a rare flash flood in their residential area but this time it was quite bad because they had to be careful when it was heavy rain as they were confident that as long as the drainage trench was full of rubbish and it was not cleaned it will flash floods can happen at any time.

We urge the authorities and those concerned immediately clean up rubbish and deepen the trenches in areas that are affected. Those who live near the river or canal should keep clean and not throw garbage into drains or rivers to avoid the ditch clogged with garbage and waste.

We urge all parties involved to work together and to maintain the cleanliness of their residences from the threat of infectious diseases and flash floods due to irregular waste disposal.

Once again, we urge that the responsible party in the relevant business, immediately clean up the affected areas to avoid flash floods and infectious diseases. Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.


Read more...