Saliran air tersumbat menyebabkan kawasan pertanian dilanda banjir 


MIRI – Hujan setiap hari di Bandaraya Miri menyebabkan ramai tukang kebun mengadu bahawa tanaman mereka habis kerana air yang bertakung di tanaman mereka. Mereka mengadu bahawa parit di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo di kawasan South Lake, Permyjaya ditumbuhi rumput yang menyekat aliran air ke sungai Miri.

Parit tersebut seharusnya dibersihkan supaya air dari kawasan tanaman mudah mengalir keluar dan tanaman mereka tidak akan dibanjiri air yang bertakung semasa musim hujan. Sekarang musim memungut hasil tanaman dan banyak buahnya yang rusak terendam di air yang bertakung.

Tukang kebun telah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera membersihkan dan memperdalam saluran air di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo di kawasan South Lake. Mereka telah bekerja sepanjang bulan untuk mendapatkan produk mereka dan pada saat musim memungut kira-kira separuh tanaman mereka musnah oleh air yang bertakung.

Mereka telah lama terkurung oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tentu saja, mereka mahukan hasil yang mereka kerjakan dapat meringankan beban mereka dengan menjualkan hasil tanaman mereka.

Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera untuk membersihkan parit penuh dengan rumput di sepanjang jalan di kawasan pertanian untuk membolehkan saliran air mengalir ke dalam sungai berdekatan. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan adalah penting untuk menyelesaikan isu ini dengan segera adalah amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak



English version

Water drainage blocked causes agricultural areas hit by floods

MIRI – Daily rains in Miri City have caused many gardeners to complain that their crops are depleted because of stagnant water in their crops. They complained that the drain along the Pan Borneo Highway in the South Lake area of Permyjaya was overgrown with grass that blocked the flow of water to the river Miri.

The drains should be cleaned so that the water from the crop area flows easily and their plants will not be flooded with stagnant water during the rainy season. Now the season picks up the crop and many of the damaged fruit is submerged in stagnant water.

The gardeners have appealed to local authorities to immediately clean up and deepen the drainage along the Pan Borneo Highway in the South Lake area. They had been working all months to get their products and by the time of harvest about half their crops had been destroyed by stagnant water.

They have long been confined by the Movement Control Order (MCO) and, of course, want the results they produce to ease their burden by selling their crops.

We urge the authorities to take immediate action to clear the full drainage of grass along the road in the agricultural area to allow water to flow into nearby rivers. Collaboration with local authorities is essential to resolve this issue immediately is very much appreciated.



Read more...