Mengapakah sukar bagi penduduk pribumi Sarawak / Bumiputera memperoleh hak milik tanah?

 

Ramai penduduk pribumi / Bumiputera yang telah lama tinggal di kawasan yang diterokai oleh nenek moyang mereka selama berabad-abad hingga sekarang sukar mendapatkan hak milik atas tanah mereka. Selama bertahun-tahun mereka mengajukan permohonan pemilikan tanah mereka di Jabatan Tanah dan Ukur, selalu jawapan yang diterima sangat mengecewakan. 

Antara jawapan yang selalu diterima adalah "permohonan anda sedang dalam proses", “Kerajaan ketika ini juga menggalakan pembangunan pertanian secara komersial dan ingin tanah kerajaan dibangunkan secara usahasama dengan agensi-agensi yang berkaitan” dan “permohonan anda tidak diluluskan”. 

Terdapat penduduk pribumi / bumiputera yang memiliki tanah leluhur daripada nenek moyang mereka yang tidak mempunyai geran tanah boleh hilang sekelip mata kerana dimiliki oleh syarikat tertentu. 

Persoalannya sekarang, mengapa sukar bagi penduduk pribumi / Bumiputera memperoleh hak milik tanah mereka sendiri selain daripada syarikat tertentu? Adakah kerana penduduk pribumi  / Bumiputera tidak dapat membayar ganjaran tertentu atau kerana mereka tidak tahu bagaimana menuntut tanah tersebut maka tanah tersebut bertukar tangan kepada mereka yang mempunyai kepentingan. 

Ramai penduduk pribumi di daerah Baram terutama kawasan Pujut kehilangan tanah warisan mereka dan tanah mereka dipindahkan ke syarikat tertentu yang mempunyai ribuan hektar tanah. Mereka mengadu bahawa ada surat penyerahan dari nenek moyang kepada waris mereka yang lengkap dengan jumlah lot dan luas tanah yang diukur pada masa lalu telah hilang dalam sistem data tanah di jabatan tanah dan ukur dan terdapat juga telah ditukar kepada nama syarikat tertentu. Terdapat juga pihak yang mendakwa bahawa tanah peribumi Sarawak dengan mudah diluluskan kepada syarikat asing. 

Kami mengesa jika ini berlaku pihak berkuasa yang berkenaan perlu menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa. 

Adalah malang sekiranya tanah pusaka yang seharusnya diwarisi oleh penduduk pribumi / Bumiputera jatuh ke tangan syarikat asing dan syarikat tertentu yang mempunyai kepentingan untuk menguasai tanah penduduk pribumi Sarawak. Malangnya, banyak dari mereka yang pernah menuntut tanah ini telah meninggal dunia dan waris mereka tinggal di kawasan setinggan kerana tanah mereka telah jatuh ke tangan orang lain atau telah ditukar menjadi nama syarikat tertentu. 

Kami menyarankan pemerintah untuk membantu penduduk pribumi / Bumiputera yang menghadapi kesukaran dalam menuntut hak milik tanah mereka untuk diberi


peluang mengembangkan tanah warisan ini dengan pembangunan pertanian secara komersial. 

Masalah tindakan pemilikan tanah seperti yang termaktub di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri seharusnya telah diselesaikan lama dahulu. Jangan biarkan hak pemilikan tanah penduduk pribumi / Bumiputera hilang dan jatuh ke tangan syarikat tertentu dan syarikat asing. Beri peluang kepada penduduk pribumi / Bumiputera untuk mengembangkan tanah warisan mereka sendiri secara komersial. 

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkaitan untuk menyiasat dan bertindak tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera sangat dihargai.

 

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS Sarawak

 

English version 

Why is it difficult for indigenous people/Bumiputeras to acquire land ownership? 

Many indigenous/Bumiputera residents have long lived in areas explored by their ancestors for centuries until now find it difficult to get ownership of their land. Over the years they have applied for their land ownership at the Department of Lands and Surveys, always the answers received are very disappointing. 

Among the answers that are always accepted are "your application is in the process", "The government is now also driving commercial development and wants government land to be developed together with the relevant agencies" and "your application is not approved." 

There are indigenous/Bumiputera residents who own ancestral land from their ancestors who do not have a land grant can disappear in the blink of an eye because it is owned by a certain company. 

The question now is, why is it difficult for the indigenous people/Bumiputera to acquire their own land ownership other than certain companies? 

Many indigenous people in the Baram district especially the Pujut area lost their heritage land and their land was transferred to certain companies that have thousands of hectares of land. 

They complain that there is a letter of submission from the ancestors to their heirs complete with the number of lots and land area measured in the past has been lost in the land data system in the land and survey department and some have also been changed to certain company names. 

We urge that if this happens, the relevant authorities will need to investigate and take firm action against those who abuse power. 

It is unfortunate if the heritage land that should be inherited by the indigenous people/Bumiputera falls into the hands of foreign companies and certain companies that have an interest in controlling the Sarawak indigenous land. Unfortunately, many of those who once claimed this land has died and their heirs live in squatter areas because their land has fallen into the hands of others or has been changed to the name of a particular company. There are also those who claim that Sarawak's indigenous land is easily approved to foreign companies. 

We urge the government to help the indigenous people/Bumiputera who are having difficulty in claiming their land ownership to be given the opportunity to develop this heritage land with the development of commercial agriculture. 

The problem of land ownership action as enshrined under Section 18 of the State Land Code should have been resolved long ago. Do not let the indigenous/Bumiputera land ownership rights disappear and fall into the hands of certain companies and foreign companies. Provide opportunities for indigenous/Bumiputera residents to develop their own heritage land commercially. 

Cooperation with the authorities and related parties to investigate and act decisively against those who abuse power can solve this problem immediately is greatly appreciated.

 



Read more...