Anjing berkeliaran mencemarkan kawasan perumahan

Terdapat banyak anjing liar dan terbiar yang berkeliaran di kawasan Tudan Desaras yang boleh mencemarkan dan mengancam keselamatan penduduk. Anjing liar dan anjing terbiar berkeliaran mencari makanan di tong sampah dan membuang najis menyebabkan penduduk Tudan Desaras tidak tahan bau kotoran anjing di kawasan kediaman mereka.

Kawasan yang dulu bersih tidak lagi wujud setelah banyak anjing liar ini mulai berkeliaran dan menjadikan kawasan itu sebagai habitat baru bagi mereka. Anjing liar ini perlu segera ditangkap untuk mengelakkannya terus berkembang biak.

Mereka juga meninggalkan bau yang sangat busuk di kawasan tersebut sehingga dapat dihidu di kawasan rumah penduduk walaupun tempat-tempatnya berjauhan antara satu sama lain. Dengan itu, penduduk mula mempersoalkan keselesaan kediaman mereka yang tidak lagi terjaga.

Aduan telah dibuat berkali-kali, tetapi sehingga kini masalah anjing liar yang mengganggu keselesaan penduduk Tudan Desaras di sini belum dapat diselesaikan. Sebilangan penduduk Tudan Desaras mengadu kepada PAS Miri mengenai masalah anjing terbiar yang sering berkeliaran di kawasan rumah penduduk.

Sudah tentu, anjing ini mempunyai pemiliknya dan semasa operasi, tidak ada anjing yang ditangkap kerana pemiliknya tidak melepaskan anjing mereka semasa operasi kecuali anjing liar, kata penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan.

Penduduk mengatakan bahawa mereka takut keluar kerana takut diserang oleh anjing liar yang bertindak agresif setiap kali bertemu manusia. Pada satu ketika, penunggang motosikal itu dikejar oleh seekor anjing liar menyebabkannya mengalami kemalangan. Mereka juga risau sekiranya terdapat anjing liar yang dijangkiti virus rabies (rabies). Salah satu penyebab penyebaran rabies (penyakit anjing gila) yang dialami oleh kebanyakan anjing liar.

Kami menggesa MBM (Majlis Bandaraya Miri) dan pihak-pihak yang berkaitan untuk meningkatkan pembuangan sampah haram agar sisa pepejal tidak menjadi sumber makanan anjing liar.

Pemilik anjing berlesen perlu mengubah sikap membiarkan anjing mereka berkeliaran sesuka hati tanpa kawalan harus bertanggungjawab terhadap anjing peliharaan mereka.

Antara lain, permintaan penduduk adalah untuk membina "speed bump" dan "speed humps" terutama untuk mengelakkan golongan muda yang menunggang motosikal dengan berkelajuan tinggi ke kawasan perumahan.

Kami sangat berharap agar kerjasama dengan MBM dan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi perhatian dan menyelesaikan masalah ini dengan segera, amat dihargai.

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS Sarawak





 

English version

Dogs roam polluting residential areas  

There are many wild and stray dogs roaming the Tudan Desaras area that can contaminate and threaten the safety of the population. Wild dogs and stray dogs roam in search of food in the trash and throw feces causing the residents of Tudan Desaras can't stand the smell of dog feces in their residential area.

The once clean area no longer exists after many of these stray dogs began to roam and make the area a new habitat for them. This wild dog needs to be caught immediately to prevent it from continuing to breed.

They also, leave a very foul odor in the area so that it can be inhaled in the area of the residents' homes even though the places are far from each other. With that, residents began to question the comfort of their homes that were no longer awake.

Complaints have been made many times, but until now the problem of wild dogs that disturbed the comfort of Tudan Desaras residents here has not been resolved. Some Tudan Desaras residents complained to PAS Miri about the problem of stray dogs that often roam in the area of the residents' houses.

Of course, these dogs have their owners and during the operation, no dogs were caught as their owners did not release their dogs during the operation except wild dogs, said residents who did not want their names published.

Residents say they are afraid to go out for fear of being attacked by wild dogs that act aggressively every time they meet humans. At one point, the motorcyclist was chased by a wild dog causing him to have an accident. They are also worried if there are wild dogs infected with the rabies virus (rabies).One of the causes of the spread of rabies (mad dog disease) experienced by most wild dogs.

We urge MCC (Miri City Council) and related parties to increase the illegal garbage dump so that solid waste does not become a source of wild dog food.

Licensed dog owners need to change their attitude of letting their dogs roam at will without control should be responsible for their pet dogs.

Among other things, the demand of the residents is to build "speed bumps" and "speed humps" especially to prevent young people from riding motorcycles at high speeds to residential areas.

We sincerely hope that the cooperation with MCC and the relevant parties to pay attention and resolve this issue immediately is greatly appreciated.


Read more...