Sistem saliran tersumbat dengan
sampah menyebabkan banjir kilat
MIRI: Hujan
lebat sepanjang hari di bandaraya Miri menyebabkan beberapa kawasan perumahan
dan kampung dilanda banjir kilat. Hujan lebat serta air pasang besar yang
melanda di kawasan pantai turut menjejaskan kawasan kampung Batu Satu dan
beberapa kampung yang berdekatan.
Terdapat
penduduk yang terpaksa berpindah sementara menunggu air surut, terutamanya
mereka yang tinggal berhampiran pantai. Terdapat juga rumah-rumah dan kenderaan
yang rosak akibat banjir kilat kerana mereka tidak sempat untuk menyelamatkan
kenderaan mereka dari terperangkap dalam banjir.
Banjir
kilat juga melanda beberapa kawasan di Pujut terutama Pujut Padang Kerbau di
mana penduduk mengadu perparitan yang tersumbat penuh dengan sampah dan air
bertakung melimpah keluar dari parit dan masuk ke rumah-rumah mereka.
Sebelum
ini, jarang berlaku banjir kilat di kawasan kediaman mereka tapi kali ini ianya
agak teruk kerana mereka terpaksa berjaga-jaga pada waktu hujan lebat kerana
mereka yakin selagi parit yang tersumbat penuh dengan sampah itu tidak
dibersihkan maka selagi itulah banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kami
mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkaitan segera membersihkan sampah
sarap dan mendalamkan lagi parit yang terdapat di kawsan terbabit. Mereka yang
tinggal berdekatan dengan parit atau sungai seharusnya menjaga kebersihan serta
tidak membuang sampah ke dalam parit atau sungai untuk mengelak berlakunya
parit tersumbat dengan sampah dan bahan buangan.
Kami
menyeru agar semua pihak yang terbabit dapat bekerjasama dan dapat menjaga
kebersihan dipersekitaran tempat tinggal mereka dari ancaman penyakit
berjangkit dan banjir kilat akibat pembuangan sampah yang tidak teratur.
Sekali
lagi, kami menyeru agar pihak yang bertanggungjawab dalam urusan yang
berkaitan, segera membersihkan kawasan yang terbabit untuk mengelak berlaku
banjir kilat dan penyakit berjangkit. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan
amat dihargai.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
The drainage system is clogged
with garbage causes flash floods
MIRI: Heavy
rain all day in Miri City caused several housing areas and villages hit by
flash floods. Heavy rains and high tide that swept the coastal areas also
affected the village of Batu Satu and several nearby villages.
There
are residents who have to be relocated while waiting for the low tide,
particularly those who live near the coast. There were also houses and vehicles
damaged by flash floods as they did not have time to save their vehicle from
being caught in the flood.
Flash
floods also hit several areas in Pujut especially Pujut Padang Kerbau where
residents had complained of a clogged drainage full of garbage and stagnant
water spilling out of the ditch and went into their houses.
Previously,
there was a rare flash flood in their residential area but this time it was
quite bad because they had to be careful when it was heavy rain as they were
confident that as long as the drainage trench was full of rubbish and it was
not cleaned it will flash floods can happen at any time.
We urge
all parties involved to work together and to maintain the cleanliness of their
residences from the threat of infectious diseases and flash floods due to irregular
waste disposal.
Once
again, we urge that the responsible party in the relevant business, immediately
clean up the affected areas to avoid flash floods and infectious diseases.
Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment