Kembalikan
semula Biasiswa kepada Pelajar Cemerlang
Baru-baru ini
pengubahsuaian bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri
Najib Razak pada 28 Januari 2016, telah memutuskan perkara-perkara yang
berkaitan isu penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Berikut adalah
antara perkara yang disentuh:-
•Program Biasiswa
Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian
di universiti terkemuka seluruh dunia;
•Program Khas
Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis;
•Program Lepasan
Bursary diteruskan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di
Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam negara;
dan
•Pengambilan baharu
seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang
ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
Namun beberapa
minggu selepas berita kemasukkan 1.5 juta tenaga buruh dari Bangladesh ke
Malaysia diumumkan, kerajaan telah mengumumkan yang penajaan atau biasiswa
boleh ubah dalam bentuk pinjaman.
Semua penajaan baru
JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme
perjanjian pinjaman seperti berikut:
a) Pinjaman boleh
diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya
graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
b) Graduan
dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk
bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan
c) Graduan
dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk
tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.
TIndakan ini agak
menyusahkan para graduan yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan ini adalah
tindakan sangat zalim, dan membuktikan kegagalan kerajaan Barisan Nasional
dalam mentadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.
Kerajaan telah
bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti
butiran berikut:
Program-program
Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan
Nasional (PPN);
b. Program Khas
Kejuruteraan;
c. Program Ijazah
Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan
Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.
Sekiranya pihak
kerajaan meneruskan rancangan untuk ubah biasiswa dalam bentuk pinjaman, ianya
pasti membebankan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar balik
disebabkan tiada pekerjaan tetap setelah keluar dari pusat pengajian tinggi.
Baru-baru kita
terbaca akan nasib tiga orang adik beradik di bandaraya Miri yang terpaksa
berjalan kaki dari rumah ke sekolah mereka seawal pagi disebabkan masalah
kewangan.Keluarga mereka tergolong dalam kategori miskin tegar bandar dan tidak
mampu untuk memberi pembelanjaan anak-anak untuk ke sekolah.
Bayangkan dengan
kisah yang berlaku seperti tiga anak kecil ini, apa akan terjadi pada nasib
rakyat sekiranya kos bayaran untuk pendidkan terlalu tinggi dan tidak mampu
dibayar oleh rakyat yang hidup dalam kesusahan.
Kalau masa lalu ada
juga skim bantuan pelajar miskin dan diberi percuma. Tapi sekarang semuanya
memerlukan duit, sudahlah harga barang naik dengan adanya GST 6%, kenapa pula
biasiswa pendidkan ditukar menjadi pinjaman dan rakyat jadi mangsa.
PAS mengesa
kerajaan mengkaji semula dasar tersebut demi menjaga kebajikan pelajar yang
cemerlang terutama dari golongan yang susah untuk mendapatkan pendidikan yang
terbaik dengan lebih terjamin
untuk masa depan
negara.
Dalam keadaaan
rakyat dihimpit dengan kos sara hidup tinggi, ramai pengangguran, rakyat dan
masa hadapan pelajar cemerlang jadi mangsa. Ini semua akibat dari pengurusan
kewangan yang tidak efisien dan amanah sehingga negara menanggung kerugian
besar.
Kebajikan rakyat
perlu diberi keutamaan jangan disebabkan masalah hutang dan kewangan negara
yang tidak diurus dengan cekap dan amanah menyebabkan rakyat terus hidup dalam
penderitaan.
Kerajaan perlu
memandang serius masalah rakyat dan pelajar yang cermerlang ini. Mereka
sebenarnya akan jadi aset kepada negara sekiranya diberi kemudahan serta tempat
yang terbaik untuk mereka membina kehidupan yang terbaik buat diri dan juga
pada negara pada masa hadapan.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Reverts
the Scholarships to excellent students
Recently the
recalibrated budget 2016 presented by Prime Minister Dato 'Sri Najib Razak on
Jan. 28, 2016, has resolved matters relating to the issue of the Public Service
Department scholarship. Here is some of matter affected: -
• National Scholarship Programmed for the 20 best SPM students to study at top universities around the
world;
• Special Programmed for 200 engineering students to Japan, Korea, Germany and France;
• Graduate Bursary
Program continued to pursue a Bachelor's Degree in Public Universities and
Institutions of Higher Learning (IPTS) in the country; and
• Acquisition of 8
thousand new students will be given scholarships to pursue studies prescribed
in the National First Degree.
But a few weeks
after the news of the entry of 1.5 million labor forces from Bangladesh to
Malaysia was announced, the government has announced a sponsorship or
scholarships may change in the form of loans.
All new sponsorship
JPA began in 2016 is in the form of a loan with a variable mechanism of the
loan agreement as follows:
a) loan can be
converted into scholarships and are exempted from repayment if graduates
serving in the public service;
b) Graduates are
required to repay 50% of the loan amount if choose to work with
government-linked companies (GLC); and
c) Graduates are
required to repay the entire loan amount if chose not to serve in the Civil
Service or GLC.
This action is
quite troublesome and difficult for graduates to get a job and this is very
unjust actions, and the failure of the Barisan Nasional government in
administering the country's concern for the welfare of the people.
The Government has
agreed with New Model
Sponsorship of the
Public Service Department (JPA) as following details:
PSD sponsorship
programs for 2016 are:
a. National
Sponsorship Program (PPN);
b. Special Programs
of Engineering;
c. Master's Program
in the State; and
d. Postgraduate
Bursary Program in Higher Education Institutions in the Country.
If the government
went ahead to change the scholarships in the form of a loan, it definitely
burden students who cannot afford to repay because no permanent employment
after leaving the high school.
Recently we read
about the fate of three siblings in Miri who had to walk from home to school
early in the morning due to financial problems. Their families categorized as
hardcore poor urban and not able to give children expenses for school.
Imagine the story
of three young children like this, what will happen to the fate of the people
if payments for education costs are too high and not affordable to the people
who live in hardship.
If the past there
was also a poor student aid scheme and were given free. But now all require money,
Instead the price of goods rose by 6% GST, why should education scholarships
converted into a loan and the people become victims.
PAS urged the
government to review the policy in order to safeguard the welfare of
outstanding students, especially from those who are hard to get the best
education with more assured for the future of the country.
In the
circumstances the people squeezed by the high cost of living, many unemployed
people and future of top students become the victim. All this as a result of
inefficient financial management and trust until the country suffered heavy
losses.
Welfare of the
people should be given priority not because of debt problems and the country's
financial which is not managed efficiently and trust lead the people continue
to live in misery.
The government
should take seriously the problems of the people and the brightest students.
They actually will become an asset to the country if given the facilities and
the best place for them to build a good life for them and also for the
country's future.
Read more...