Rang
Undang-Undang 355 perlu dibahas dulu sebelum ditolak
Kenyataan beberapa
pemimpin Melayu dan Bukan Islam yang tidak bersetuju dengan RUU (Rang
Undang-Undang) 355, yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah adalah dikesali.
Apabila RUU 355
dibawa ke sidang parlimen untuk dibahaskan maka ianya bukanlah melanggar Perlembagaan
Persekutuan seperti yang dituduh oleh sesetengah pemimpin. Kalau ianya
bercanggah dengan perlembangaan maka ianya tidak perlu dibahas dan hanya perlu
dilaksanakan tanpa dibawa ke sidang parlimen.
RUU 355 hanya untuk
menaik taraf undang-undang syariah selari dengan undang-undang sivil dan ianya
khas untuk Muslim yang melakukan kesalahan jenayah mengikut perundangan Islam.
Mengapa masih ada
orang mempertikaikan undang-undang Islam sedangkan ianya bertujuan untuk
mencegah penjenayah dari melakukan kekacauan dan keharmonian di negara ini. Alasan
mereka sebab mengapa perlu ada dua hukuman yang berlainan sedangkan mereka
melakukan jenayah yang sama.
Kalau hanya ikut satu
set undang-undang saja maka mengapa perlu ada mahkamah syariah dan juga
Undang-Undang pada Tanah Adat Bumiputera di Sarawak sebagai contoh. Mengapa
tidak selaraskan saja satu rang undang-undang negara, biar sama-sama menerima
hukuman yang sama tanpa mengira bangsa dan agama.
Tentu ramai yang
tidak setuju disebabkan berlainan fahaman dan kepercayaan, jadi sebaiknya bagi
mereka yang tidak tahu hak dan adat budaya sesuatu kaum sepatutnya jangan
mencampuri urusan agama dan adat sesuatu kaum kalau mahu melihat rakyat dalam
negara ini hidup bersatu dan harmoni.
Kita juga mengesa
kepada Mufti Sarawak agar dapat memberi nasihat dan teguran kepada umat Muslim
yang jahil dengan agama Islam agar jangan bercakap sesuatu perkara yang boleh
merosakkan akidah mereka.
PAS Sarawak
menyokong penuh RUU 355 ini agar dapat diberi peluang dibahaskan di sidang
parlimen agar mereka yang tidak faham atau tidak puas hati dengan RUU 355 ini
diberi peluang untuk berdebat.
Kepada yang bukan
Islam tolong hormati hak umat Muslim dan jangan cuba mencampuri urusan agama
Islam seperti mereka juga tidak suka kita mencampuri urusan agama mereka. Kita
perlu sering hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kita mempunyai
kepercayaan yang berlainan .
Negara ini
mengamalkan sistem demokrasi, mengapa mesti menyekat hak sesuatu kaum dan agama
daripada mengamal
ajaran agama mereka. Ini adalah hak umat Muslim untuk melaksanakan tuntutan
agama mereka dan kita juga menyeru pemimpin umat Muslim tanpa mengira bangsa
dan fahaman politik sama-sama memberi sokongan pada RUU355 ini.
Sebagai seorang
penganut agama Islam sepatutnya mereka tahu hak mereka sebagai penganut agama
Islam tanpa perlu takut akan kedudukan mereka kerana jawatan dan kuasa itu
boleh hilang bila-bila masa. Mereka tidak sepatutnya ikut arahan manusia tanpa memikir kesan dari perbuatan mereka di
akhirat kelak. Allahua’lam
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Bill
of 355 must be discussed first before rejected
The statement some
of Malay and Non Muslim leaders who do not agree with Bill 355, which aims to
increase the jurisdiction of the Sharia Court, is regrettable.
When the Bill 355
brought to parliament for debate, so it's not a violation of the federal
Constitution as alleged by some leaders. If it conflicts with the constitution
it does not need to be discussed and should only be executed without being
brought to parliament.
355 Bill just to
upgrade Sharia law in line with civil law and it is typical for Muslims who
commits a criminal offense according to Islamic jurisprudence.
Why there are still
those disputing the laws of Islam, while it seeks to prevent criminals from
making chaos and harmony in the country.
Their reason why there should be two different punishments while they
commit the same crime.
If you only follow
one set of laws then why should there be Sharia courts and also the Law on
Native Customary Land in Sarawak as an example. Why not just synchronize one of
the national bill, let both accept the same punishment, irrespective of race and
religion.
Of course, many do
not agree because of different faiths and beliefs, so it is recommended for
those who do not know the rights and culture of a people should not meddle in
the affairs of religion and customs of a people if wants to see the people in
this country live in unity and harmony.
We also urge the
Sarawak Mufti to give advice and counsel to the ignorant Muslims with Islam in
order not to speak anything which could harm their faith.
Sarawak PAS fully
support this bill 355 in order to be given the opportunity to be debated in
parliament that those who do not understand or dissatisfaction with bill 355 is
given the opportunity to argue.
To the non-Muslims
please respect the rights of Muslims and do not try to interfere with the
Islamic religion as they do not like us to interfere in their religious
affairs. We should always respect each other despite our different beliefs.
Malaysia practices
the democratic system, why must restrict the right of a people and a religion from
practicing their religion. This is the right of Muslims to perform their
religious obligation and we also call upon the Muslim leaders regardless of
race and political affiliations are equally supportive of this bill 355.
As a Muslim should
they know their rights as Muslims without fear of their position as the
position and the power it can disappear at any time. They should not follow the
instructions of human without thinking of the effect of their deeds in the
hereafter. Allahua'lam (Only Allah Knows)
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS
Commissioner cum Miri PAS Chief
Read more...