Miri, Ramadhan, 13 - Satu pemandangan yang tidak sepatutnya telah menarik perhatian. Lokasi kejadian adalah di Bazar Ramadhan Stadium Tertutp Miri. Ketika pengunjung muslim tengah sibuk mencari juadah untuk berbuka puasa, ramai juga pengunujung yang bukan beragama Islam turut mencari juadah untuk santapan.

Termasuk yang hadir ke Bazar Ramadhan tersebut adalah seorang menteri kabinet Malaysia yang merupakan ahli parlimen Miri dan beberapa orang ADUN di parlimen Miri. Agak terkilan bila mana ahli parlimen tersebut tidak menghormati pengunjung-pengunjung yang beragama Islam dengan makan di khalayak ramai.


Mungkin ini interpatasi 1Malaysia yang digagahi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan dan pandangan orang lain.