Assalamualaikum W.H.T. dan Salam Perjuangan.
PAS Kawasan Miri ingin memberi beberapa cadangan atau pandangan tentang SEMINAR Politik Memperkasakan Parti baru-baru ini agar dapat diberi perhatian untuk semua pendokong serta penyokong PAS dan Pakatan.
Setiap perkara yang berlaku dalam PAS dan Pakatan sekarang ini tentu ada hikmah disebaliknya, Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui setiap kejadian, jadi kita sebagai ahli PAS jangan mudah melatah bila mendengar sesuatu berita yang kita sendiri belum mendapat kepastian tentang kebenarannya berita tersebut. PAS dan Pakatan harus berhati-hati dengan media pro kerajaan@Bn jangan sekali-kali mempercayai terus berita-berita yang disampaikan dari media pro Bn tanpa usul periksa terlebih dahulu.
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Al Hujuraat:6]
Dengan adanya Seminar Politik Memperkasa Parti ini kita telah dikejutkan dengan berbagai-bagai perkara yang selama ini tersembunyi dari pengetahuan ahli-ahli serta penyokong kita selama ini. Tentang kelemahan dalam pentabiran serta kelemahan organisasi kita.Marilah kita sama-sama memperbaiki apa-apa juga kelemahan kita dari sekarang tanpa menunggu hari esok@PR13.
PAS dan Pakatan mutakhir ini telah diserang oleh segenap Media BN supaya PAS dan Pakatan nampak sudah berpecah-belah dalam menghadapi krisis-krisis dalaman parti masing-masing. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab yang menjadi puncanya.
PAS dan Pakatan jangan sekali-kali mengeluarkan apa-apa kenyataan atau perkara-perkara yang bercangah antara satu sama lain, kiranya ada apa-apa masalah gunakan saluran yang betul untuk menyampaikan ketidakepuasan dalam apa juga masalah yang dihadapi.
Ahli-ahli PAS jangan suka membesar-besarkan masalah khilafiyah demi kebaikan jamaah. Islam memang tidak pernah sepi dari aliran-aliran dan mazhab-mazhab, baik fikih atau akidah. Pada masa kebangkitan Islam seperti yang didengung-dengungkan, banyak pihak yang berupaya melakukan kajian-kajian dalam rangka melakukan pendekatan-pendekatan antara mazhab. Dulu aliran-aliran ini penuh dengan konflik dan pertikaian, apalagi ketika aliran-aliran itu menerjunkan diri dalam kancah politik dan perebutan kekuasaan.
Karena itulah Allah menurunkan surat Ali ‘Imran ayat 103: "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu masa Jahiliyah bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya…" [Ali ‘Imran:103]
PAS dan Pakatan hendaklah sepakat dalam menghadapi apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat. Umpamanya masalah kehidupan harian rakyat yang semakin mencabar ini dimana rakyat miskin bertambah miskin yang kaya bertambah kaya. Contohnya habis tanah-tanah rakyat telah diceroboh oleh golongan koporat yang rakus untuk menambah kekayaan mereka tanpa menghirau kesusahan kehidupan rakyat marhean.
PAS dan Pakatan mesti menunjukan yang mereka mampu mengtabir kerajaan mengantikan Bn dalam PR 13 nanti dengan mengubahkan presipsi rakyat terhadap PAS dan PAKATAN. Tumpukan perhatian sepenuhnya dalam negeri-negeri yang di perintah oleh PAKATAN tanpa menghirau atau terlalu melayan kerenah BN. Tunaikan janji-janji yang pernah ditaburkan semasa PR12 yang lalu agar rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Semoga rakyat malaysia dapat mengubah presipsi dari takut kepada sayang pada PAS dan Pakatan.
Semoga ALLAH sentiasa memberi pentunjuk dan hidayahNya kepada kita semua dalam menjalankan amanah yang berat ini.
Semoga yang berat jadi ringan yang susah jadi senang senang akhirnya.
Niatkan kerja kita kerana ALLAH semata-mata
Sekian wasalam
YDP Kasawan Miri
0 Comments Received
Post a Comment