Read more...
Pelancaran Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri
Miri, 27 Feb 2010 - Alhamdulillah pagi ini PAS Miri mara gagah setapak lagi dalam membawa Masyarakat Miri kearah perubahan politik baru . Pejabat PAS Miri telah dirasmikan oleh YB Drs Khalil Idham Lim;Ketua Penerangan PAS Perak yang jua merupakan ADUN Titi Serong. Lebih manis;pejabat PAS Miri juga menyaksikan lagi kukuhnya kerjasama Pakatan Rakyat Miri dengan hadirnya keempat empat pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat En Edwin Dundang (SNAP), En Fong Pau Teck(DAP), Dr Micheal Teo (PKR) dan YDP PAS Kawansan Tuan Haji Jofri.
YB Khalil dalam ucapan perasmiannya mengajak semua ahli PAS menggerakkan kerja dakwah kearah memasyarakatkan PAS dalam masyarakat tempatan menerusi kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan. PAS seharusnya berada dalam saf hadapan dalam memastikan prinsip Negara Berkebajikan dinikmati setiap insan di muka bumi Miri ini. Bertitik tolak roh perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ;usaha dakwah dan kebajikan berterusan ini pasti akan membawa sinar perubahan pada seluruh masyarakat.
Pada malamnya;seluruh pemimpin Pakatan Rakyat Miri bergerak ke rumah Dr Micheal Teo, Ketua PKR Bahagian Miri bagi meraikan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri. Hampir 1,000 hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Pakatan Rakyat Miri. Majlis dihangatkan lagi dengan ucapan dari YB Drs Khalil Idham Lim yang fasih berbahasa Cina yang berjaya menarik perhatian hadirin. Dengan adanya program seumpama ini, mampu memecahkan tembok perbezaan di antara PAS dan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Di dalam ucapannya juga menegaskan, jika benar-benar kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN benar-benar ikhlas membantu rakyat
Majlis juga melibatkan pemberian sumbangan pada Ibu Tunggal;Warga Miskin disamping AngPow padak anak kanak kecil. Majlis Perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri dan Majis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Miri membuktikan kesatuan PAS, DAP, PKR dan SNAP di Sarawak sudah benar-benar bersedia bagi menggempur kubu-kubu BN di dalam Pilihanaraya DUN Sarawak yang dijangkakan berlaku dalam tahun ini.
Read more...
Sekitar Perasmian Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Miri
Sesi Liqa' Bersama YB Drs Khalil Idham Lim
Adalah dimaklumkan Liqa' bersama YB Khalil Idham Lim;ADUN Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak adalah seperti berikut :
Lokasi : Pejabat PAS Miri;Lot 779 ;Pusat Komersial Bintang.
Tarikh: Sabtu;27 Februari 2010
Agenda:
930 Pagi : Ketibaan Ahli
950 Pagi : Bacaan Doa oleh Ketua Dewan Ulama Miri
1000 Pagi : Kata Aluan YDP Kawasan Miri
1015 Pagi : Sesi Dialog bersama & Perasmian Pejabat PAS Miri YB Drs Khalil Idham
1230 Tengahari : Zohor dan Ziarah Mahabbah di Surau Sekitar Permyjaya
700 - 1030 Malam : Program Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri
Semua Ahli PAS Miri Dijemput Hadir
Read more...
Maulidur Rasul 1431H
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS
Read more...
PAS selaku Gerakan ISLAM
Dalam menghadapi suasana (waqi') dakwah di Bumi Kenyalang;tuntas dalam meneruskan kerja Dakwah para Nabi dan Rasul;selaku ahli PAS ;kita harus memahami PAS selaku Gerakan ISLAM . Ayuh tekadkan Iltizam untuk memenangkan ISLAM.
1. Parti Islam se Malaysia (PAS) adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia.
2. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini.
3. Siasah (politik) PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan. Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota ahli PAS.
4. Tugas dan tanggungjawab ahli PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, ahli PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiyyah (peribadi) dan ruuhiyyah (spiritual) masyarakat.
5. Ahli PAS harus memberikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah.
6. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam.
7. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah ahli PAS yang telah mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah, Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, Ego nya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt. Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara.
8. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan saingan politiknya kerana ia tidak sependapat dengannya(atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi "demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku .......")
9. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak. Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang! Bagaimana nak dapatkan undi Melayu dan Non-Malay! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non-muslim akan menjauhi kita.
10. Sebagai anggota Gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.
11. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal.
12. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka. Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar.
13. Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuang lah jangan tidak berjuang ....
14. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik.
Platform PAS adalah untuk gerakerja Dakwah Islam ; PAS bukan sekadar untuk berParti Politik sahaja.
Read more...
GONG XI FA CAI dari Mursyidul Am PAS
Saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 14 Febuari 2010. Selamat Tahun Baru.
Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun harimau.
Harimau melambangkan keberanian, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan di dalam apa jua bidang.
Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India.
Kita telah bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.
Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.
Semua pihak mendapat hak di sisi Islam. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain melainkan dengan takwa.
Lantaran itu, mewakili pimpinan kerajaan Kelantan, saya sentiasa ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Islam yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan tidak akan sama sekali menjadi penyebab berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi, bahkan akan sentiasa menjadi penyelesai kepada masalah dengan dasar yang adil dan saksama.
Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan khususnya terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.
Akhir kata, Gong Xi Fa Cai kepada semua.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/Mursyidul Am PAS
Read more...
Kerajaan BN Alami Masalah Kewangan Serius
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.
Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatan.
Tahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan wang saguhati RM 500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.
Kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi dibeberapa Kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa. Pada waktu ini Kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan budget pengurusan telah dikurangkan.
Kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan Profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama 2 atau tiga tahun.
Semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini
PAS melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak Kerajaan ditamatkan kontrak.
PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada Kakitangan Kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik Kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing. PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.
PAS juga mahu Kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.
Beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan Kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini. Pada waktu inflasi sebegini, bantuan Kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna dipasaran tidak boleh dihalang. Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna.
PAS juga hairan, kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Pak Lah, tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika. Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai.
PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China ASEAN.
Negara akan bankrap jika Kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.
Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Read more...
PRESS STATEMENT: RM3.4 Billion Merely a BN Political Bait
السلام علیكم ورحمة الله وبكاتھ
PRESS STATEMENT
The statement made by Datuk Shafie about the RM3.4billion provision for infrastructure development is clearly a political bait by the BN since the disolvement of the DUN of Sarawak shall be done anytime soon. Many political analysts opine that the disolvement could done soonest by April 2010. This matter is strengthen with the currently frequent visits by the Federal Governement leaders to this country, as well as the entry of PPP, one of BN component party, into Sarawak recently.
PAS and its PR counterparts request that any monetary provision approved must be utilised for the real benefits of the Rakyat as a whole. The many prolonged issues be it, the pot-holed roads, traffic congestions or the forever unresolved prolem of municipal waste dumping ground in Miri, show that any statement by Barisan Nasional is only lip service to attract voters. The recent shocking report by MACC that about 60% of the infrastructure allocations for Sarawak have been siphoned off or the projects did not materialise but payments were made. Hence, PAS rejects this announcement of RM3.4b if the money is used for BN political interests or to enrich the cronies of BN. This huge allocation could be divided among the BN quarters as per Seniman P.Ramlee put it nicely in one of his film, "One for you and 9 for me”.
The MACC investigation report about the leakage has not been made public. PAS is hereby urge the government to publices the report and prosecute culprits to face the music. We do not want the BN government to threaten and linger only on petty matters of the PR state governement like the RN2,400 cheque and the sacrificial cattle issues. PAS is also urging the allocation announced by Shafie Apdal to be used for the betterment of the people and to ensure among the society. The recent attack of a school boy Winstien Balang in Kuching; and DAP State Chief's spouse and the vandalism attack on a church in Miri necessitate the government seriousness in tackling the issue in order to ensure safety to all quarters.
PAS and other PR members will continue to render their commitment to sanctify and enhance the principt of the Rukunegara and harmony to all, which were resoluted in the recent Pakatan Rakyat Convention.PAS like to wish Happy Chinese New Year to all Chinese communities all over the country especially in Miri and Sarawak. We pray that the new year will bring greater and continous success and improvement.
To all Muslims, PAS ask them to continue propogating goodness towards the realisation of the Welfare State as in line with the rememberance of the birth of the Great Prophet Muhammad SAW on 12 Rabi'ul Awal 1431H/ 26 February 2010.
GONG XI FA CHAI and Salam Maulidur Rasul.
Read more...
KENYATAAN MEDIA: PAS tolak gula-gula politik BN
السلام علیكم ورحمة الله وبكاتھ
KENYATAAN MEDIA
‘PAS UNTUK SEMUA’
PAS KAWASAN MIRI
Read more...
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
February
(12)
- Lagi Sekitar Perasmian Pejabat PAS Miri dan Rumah ...
- Pelancaran Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbuka Paka...
- Sekitar Perasmian Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbu...
- Sesi Liqa' Bersama YB Drs Khalil Idham Lim
- Maulidur Rasul 1431H
- PAS selaku Gerakan ISLAM
- GONG XI FA CAI dari Mursyidul Am PAS
- Kerajaan BN Alami Masalah Kewangan Serius
- Kamek orang disitok untuk rakyat
- PAS UNTUK SEMUA, PAS 4 ALL
- PRESS STATEMENT: RM3.4 Billion Merely a BN Politi...
- KENYATAAN MEDIA: PAS tolak gula-gula politik BN
-
▼
February
(12)