Masih ada lagi rakyat yang tidak layak terima BR1M
MIRI - Isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang sepatutnya diterima oleh mereka yang layak masih lagi dipertikaikan. Kita mendapat aduan dari orang ramai yang mengatakan cara pengagihan wang tersebut seolah-olah ada unsur-unsur politik dimana mereka yang sepatutnya layak tidak dapat menerima bantuan tersebut dengan berbagai-bagai alasan diberi.
Salah seorang yang jadi mangsa yang mengadu pada kita, berkata mengapa pemohonannya ditolak yang sepatutnya dia layak untuk mendapat bantuan BR1M sebab beliau mempunyai ramai anak dan bekerja sendiri dengan tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil.
En Zainal Tar sudah 2 kali pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk semak pemohonan BR1M tetapi telah ditolak dengan alasan anak pemohon sudah berkahwin dan pernah memohon BR1M bagi pihak keluarganya.
Menurut En Zainal beliau telah diberitahu oleh pegawai yang bertugas di LHDN, kononnya anak perempuan beliau sudah mendapat pemohonan tersebut jadi beliau tidak layak untuk mendapatkannya lagi.
Apa yang pelik, apabila beliau pergi ke pejabat LHDN ternyata nama pemohon tidak sama dengan nama anak perempuannya tetapi memiliki nombor kad pengenalan/MyKad yang sama.
Satu hal lagi, anak perempuannya belum berkahwin dan masih bersekolah tetapi nama pemohon yang mempunyai nombor MyKad yang sama dengan anaknya.
Macamana perkara ini boleh berlaku? Nama yang berlainan tetapi mempunyai nombor MyKad yang sama. Kita mendesak agar pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan juga LHDN menyiasat perkara ini agar mereka yang sepatutnya layak menerima sumbangan BR1M tidak terpinggir kerana ada kesilapan dalam nombor MyKad.
Begitu juga kita amat simpati akan nasib penduduk yang tidak memiliki MyKad yang sudah pasti tidak layak untuk menerima sumbangan tersebut. Apa tindakan kerajaan lakukan terhadap
mereka ini?
Kita harap parti yang memerintah, jangan menggunakan BR1M ini sebagai umpan untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong mereka dalam pilihanraya umum ke13 nanti. Mereka hendaklah ikhlas dalam memberi BR1M ini kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Semua ini adalah wang hasil dari pembayar cukai maka seharusnya parti pemerintah jangan mengatakan bahawa wang BR1M ini hak mereka tetapi semua ini adalah sumbangan dari pembayar cukai kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
There are still people who are not eligible for BR1M
MIRI - 1Malaysia People's Aid issues (BR1M) worth RM500 to be received by those eligible still disputed.
We get complaints from people who say how the distribution of the money seems to have elements of politics, where those who should be eligible cannot receive assistance with the various reasons given.
So one of the victims who complained to us, saying that why his application for 1Malaysia People's Aid was rejected which he should be eligible because he had many children and self-employment has no regular income and stable.
Mr. Zainal Tar has 2 times gone to the IRB (Inland Revenue Board) to review the application of BR1M, but was rejected with reason; the child applicant is married and has applied BR1M on behalf of her family.
According to Mr. Zainal he was told by the officer on duty at the IRB, alleged his daughter had received the application so he is not entitled to get it again.
Oddly, when he went to the IRB office, it appears the name of the applicant not the same as the name of his daughter, but has a sama number of IC / MyKad. One more thing, her daughter is not married and still in school but the name of the applicant has the same identification card number with her daughter.
How can this happen? Different name but with the same identification card number. We urges the NRD (National Registration Department) and the IRB to investigate this matter so that those who should be eligible to receive contributions BR1M not isolated because of the error in the identification card number.
Similarly, we are very sympathetic to the fate of the people who do not have the MyKad, which is certainly not entitled to receive such a contribution. What do the government's action against these people?
We hope that the ruling party, do not use this BR1M a carrot to entice people to support them later in the 13th general election. They should be honest in giving this BR1M to all regardless of race, religion and political belief.
All of this is a result of the taxpayer money, then the ruling party should not say that money of BR1M as their rights, but these are the contributions from tax payers to Malaysians less fortunate.
Betulkah BR1M Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Layak?
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
January
(15)
- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Masih Diperlukan M...
- Tengok Cermin Kitak Dolok Sebelum Suruh Orang Lain...
- Betulkah BR1M Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Layak?
- Semakin Ramai Penduduk Asal Sarawak Tidak Memiliki...
- Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak di Miri
- PAS Mendekati Semua Kaum Dan Agama
- PAS Sarawak ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua ma...
- Jangan Sekat Pekerja Islam dari Solat Jumaat
- Apa Kemajuan Yang Terdapat Di Sibuti?
- Wakil Rakyat Kena Telus dan Semua Wakil Harus dibe...
- Nasib Anak Tanpa Kerakyatan
- Apalah Nasib Penduduk Asal Sarawak!!!
- Sarawak Patut Diperintah Oleh Pemimpin Berjiwa Rakyat
- Balai Polis Bandaraya Miri Perlu Dinaiktaraf
- Tahun Baru 2012 Kpg Sealine Masih Jauh Ketinggalan
-
▼
January
(15)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment