Adakah Sijil Halal JAKIM Menjamin Semua Makanan Jadi Halal?
Merujuk kepada kenyataan Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dalam Utusan Borneo yang mengatakan “Jika restoran atau kedai makan ini diusahakan pengusaha Islam, tidak semestinya makanan yang mereka jual adalah halal. Kita mahu tahu dari mana mereka mendapatkan bahan-bahan bagi masakan.”
Kita sangat kesal dengan kenyataan Datuk Daud seolah-olah menuduh restoran atau kedai makan pengusaha Islam tidak mengambil berat langsung soal halal haram dan kebersihan semasa menyaji makanan untuk umat Islam.
Persoalan bagaimana pengusaha Islam mendapat bahan-bahan bagi masakan tersebut adalah dari logo halal atau sijil halal yang dikeluarkan oleh pengusaha bahan makanan Islam dari kilang-kilang yang mendapat sijil halal dari JAKIM, bukannya salah pengusaha Islam yang menggunakan bahan tersebut.
Ramai pengguna Islam yakin, semua bahan makanan yang digunakan oleh restoran atau kedai makan yang diusahakan oleh orang Islam,dari kilang yang mengeluarkan bahan makanan yang halal, bukannya mereka sengaja menggunakan bahan bukan halal untuk dihidangkan kepada pelangan Islam.
Adalah tidak adil untuk menyalahkan pengusaha Islam yang menggunakan bahan tersebut, sebab semuanya berpunca dari kilang yang memproses bahan masakan yang disahkan halal oleh JAKIM.
Sekiranya terbukti bahan-bahan tersebut tidak halal pihak JAKIM seharusnya menarik balik sijil halal dari pengeluar bahan makanan tersebut. Ramai pengguna Islam yakin bahan tersebut halal, setelah melihat logo halal, yang dikeluarkan oleh JAKIM pada bahan masakan tersebut.
JAKIM akan bertanggungjawab di akhirat kelak sekiranya pengguna Islam termakan bahan yang tidak halal dari pengeluar makanan Islam yang disahkan halal oleh JAKIM.
Apa yang penting, JAKIM lakukan adalah memeriksa semua kilang yang memproses bahan makanan yang disahkan halal, agar pengguna Islam tidak keliru dengan logo halal yang digunakan oleh pihak pengeluar bahan makanan untuk umat Islam.
Isu sebenarnya disini adalah kesahihan sijil halal yang digunakan oleh kilang yang memproses makanan halal, bukannya soal pengusaha Islam mesti memohon sijil halal atau tidak kerana belum tentu setelah mereka mendapat sijil halal semua makanan akan menjadi halal.
Umpamanya di Sarawak, memang sukar untuk mendapat mee basah yang diusahakan oleh umat Islam dan ada sesetengah pembuat mee basah dari pengusaha bukan Islam yang menjual mee basah tersebut bercampur dengan mee yang memiliki logo halal. Ini menyebabkan pengguna keliru atau dengan tidak sengaja membeli mee tersebut.
Masalah untuk mendapat sijil halal bagi pengusaha Islam memang sukar seperti apa yang berlaku kepada penghibur tersohor negara, Datuk Khadijah Ibrahim yang mengusahakan restoran, Khadijah’s Kitchen, sudah lebih dari dua tahun menunggu logo halal untuk dipamerkan di premisnya. Namun, hingga hari ini beliau masih belum menerima maklum balas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai permohonan itu.
Menurut kenyataan Datuk Khadijah Ibrahim,yang dipetik dari akhbar harian online katanya “Seperti yang saya nyatakan tadi, setiap permohonan untuk mendapatkan sijil atau logo halal perlu dibuat secara online. Bayangkan, jika di premis berkenaan ada 30 menu makanan, kita perlu memasukkan setiap data dalam komputer satu persatu.“
Itu baru penghibur tersohor negara pun susah untuk mendapat sijil atau logo halal, inikan pula pengusaha kecil Islam, sudah tentu sukar serta kos untuk mendapatkannya pun agak mahal. Ini bukan berpunca dari sikap sambil lewa pengusaha Islam seperti kata Datuk Daud.
Bagi pengusaha makanan bukan Islam, sudah tentu mereka berusaha untuk mendapatkan sijil halal tersebut sebab mereka mahu produk makanan mereka dapat dijual kepada semua golongan masyarakat.
Kita mendesak pihak berwajib, jangan terlalu menyusahkan pengusaha makanan Islam dengan syarat-syarat yang keterlaluan sehingga mereka sulit untuk mendapatkannya.
Kita mencadangkan kepada pihak JAKIM agar memberi sedikit kelongaran terhadap pengusaha Islam yang kurang berkemampuan untuk mendapat sijil halal dengan memberi mereka kursus latihan penjagaan kebersihan makanan. Semoga pengusaha Islam tidak ketinggalan dalam perusahaan makanan halal diperingkat antarabangsa.
Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak
English version
Will, JAKIM Halal Certification to ensure all food, Be Halal ?
Referring to the statement of Datuk Daud Abdul Rahman, Minister in the Chief Minister (Islamic Affairs) in the "Utusan Borneo" who says “If a restaurant or eateries are operated by Muslim entrepreneurs, not necessarily the food they sell is halal. We want to know where they get ingredients for cooking.”
We are very disappointed with the statement of Datuk Daud as if accuse the restaurants or eatery of Muslim entrepreneurs is not concerned at all the question of halal and clean while serving food to the Muslims.
The question of how entrepreneurs get ingredients for these dishes are from the logo halal or halal certificate issued by the operators of Muslim food from factories that get the halal certification from Jakim, not the fault of Muslim entrepreneurs who use them.
Many Muslim consumers believe, that all food used by restaurants or food outlets operated by the Muslims are from factories that produce halal food, they are not intentionally using non-halal, to serve, to the Muslim customers.
It is unfair to blame the Muslim entrepreneurs who use of such material, because all sources of food ingredients processing factories are certified halal by Jakim.
If proven the ingredients are not halal, JAKIM should withdraw the halal certification from the manufacturer of the food. Many Muslim consumers are confident the material is halal, after seeing the halal logo issued by Jakim on the ingredients.
JAKIM will be responsible in the hereafter if Muslim consumers eating non-halal ingredients from Muslim food producers by Jakim halal certified.
What is important JAKIM do is, inspect all food processing factories that are certified halal, so that Muslim consumers are not confused with the halal logo used by the producers of food for Muslims.
The real issue here is the authenticity of the halal certificate used by the halal food processing factories, not the question of Muslim entrepreneurs must apply for a certificate of halal or not, because not necessarily after they get the halal certification means that all food will be halal.
For example, in Sarawak, it is difficult to get wet noodle initiated by Muslims and some wet noodle makers from non-Muslim entrepreneurs who sell the wet noodles mixed with the noodles have a halal logo. This causes consumer confused or deliberately buy these noodles.
Problem to get the halal certification are very difficult for Muslim entrepreneurs, as what happened to the country's foremost entertainers, Datuk Khadijah Ibrahim, who runs the restaurant, Khadijah's Kitchen, already more than two years of waiting for the halal logo displayed on the premises. However, until today she has yet to receive feedback from the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) on the application.
According to the statement of Datuk Khadijah Ibrahim quoted from the daily newspaper online said "As I mentioned earlier, each application for a certificate or halal logo should be made online. Imagine, if the premises have 30 food menus, we need to enter each data in the computer one by one."
That is just the country's foremost entertainers, even cannot get certificates or halal logo, much of the small Muslim entrepreneurs, it will be difficult and the cost to get it was quite expensive. This is not due to complacency of Muslim entrepreneurs, such as Datuk Daud said.
For non-Muslim food operators, of course, they sought to obtain halal certification because they want their food products to be sold to all groups of society.
We urge the authorities do not burden Muslim food operators with excessive conditions until they were difficult to get it.
We propose to JAKIM to give a little flexibility for Muslims entrepreneur who cannot afford to get their halal certificates by giving food hygiene training courses. Hopefully Muslims entrepreneurs are not left behind in the halal food industry at international level.
Datuk Daud Tuduh Pengusaha Islam Jual Makanan Tidak Halal !!!
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
February
(9)
- Datuk Daud Tuduh Pengusaha Islam Jual Makanan Tida...
- Penduduk Sungai Dalam Terancam Akibat Hakisan Tanah
- Penduduk Islam DI Hulu Baram Terpinggir
- Penduduk Kampung Sungai Dalam Menutut Janji YB BN
- Kos Hidup Di luar Bandar Lebih Tinggi Dari Di Ban...
- Haram Umat Islam Sambut Valentines Day
- Perniaga Islam Pun Kena Ada Sijil Halal?
- Rasullullah Penyatu Ummah
- Kerana Pemimpin BN Takut Sanggup Halang PR Bersama...
-
▼
February
(9)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Jangan percaya sangat Sijil yang dikeluarkan olih JAKIM.Syarikat yang memohon Sijil Halal JAKIM, hanya main wayang kulit pada hari pemeriksaan Pegawai JAKIM untuk mendapatkan Sijil Halal. Bagi mendapat makanan HALAL,perlu membeli daripada Penguasa / Syarikat Islam sepenohnya.JAKIM memberi keutamaan kepada Syarikat bukan Islam dengan MUDAH bagi mendapat Sijil Halal.GUA TOLONG LU , LU TOLONG GUA. Pahamlah maksud tersebut.