Miri akan menjadi ibu negeri baru Sarawak pada masa hadapan?
MIRI – Pembangunan pesat Miri sejak ianya dinaikkan status kepada bandaraya pada tahun 2005 memungkin ianya akan menggantikan Kuching sebagai ibu negeri baru bagi Sarawak, begitulah pandangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem. Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem berkata memandangkan banyak projek pembangunan di Bandaraya Miri, ia tidak akan menjadi kejutan jika Miri mengatasi Kuching dalam populariti pada masa akan datang.
Pada dasarnya kita warga Miri amat setuju dengan pandangan Ketua Menteri Adenan Satem untuk menaikkan taraf Miri sebagai ibu negeri Sarawak Baru pada masa akan datang sekiranya beberapa perkara penting dapat diatasi dengan segera.
Antara beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum Miri diangkat menjadi sebuah ibu negeri ialah:
- Menaikkan taraf lapangan terbang Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa,
- Menaikkan taraf pelabuhan Miri menjadi pusat pelabuhan bertaraf antarabangsa dan perlu mematuhi Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa,
- Membina lebih banyak perumahan mampu milik untuk rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri dan ini akan dapat mengurangkan masalah perumahan setinggan,
- Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab (atau Institut Pendidikan Guru), perpustakaan dan universiti yang bertaraf antarabangsa,
- Menaikkan taraf pusat rawatan dan hospital yang lebih canggih untuk rakyat tempatan dan luar negara
- Menjadikan Miri sebagai pusat pelancongan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah dan pusat aktiviti kebudayaan berbagai suku kaum di Sarawak,
- Membina stadium sukan yang canggih serta moden tempat melatih anak-anak tempatan supaya setaraf dengan atlet luar negara,
- Menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisen seperti Transit Aliran Ringan (LRT) untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
Itu hanya beberapa cadangan yang perlu diambil kira sebelum Miri boleh dinaikkan taraf sebagai sebuah ibu negeri Sarawak yang baru agar ianya lebih teratur dan tersusun dalam plan pembangunan masa hadapan.
Dengan menaikkan taraf infrastruktur serta memberi kemudahan asas kepada penduduk Miri maka ianya akan mempercepatkan proses Miri menjadi ibu negeri yang baru bagi zon utara Sarawak. Kuching boleh dinaik setaraf dengan ibu Negara Sarawak.
Perkara ini mungkin akan berlaku sekiranya kerajaan Sarawak serius untuk membangunkan Miri yang telah banyak menyumbangkan sumber hasil kepada negara ini, maka selayaknya Miri diangkat menjadi sebuah bandaraya serta ibu negeri untuk Sarawak pada masa akan datang.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak
English version
Miri will become new capital state of Sarawak in the future?
MIRI - The rapid development of Miri since it elevated to city status in 2005, it possible that it will replace Kuching as the capital of the new state of Sarawak, the view of Sarawak Chief Minister Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem. Chief Minister of Sarawak, Adenan Satem said that since many development projects in the city of Miri, it would be no surprise if Kuching Miri overtakes in popularity in the future.
In principle we Miri residents is strongly agree with the view of the Chief Minister Adenan Satem to upgrade the status of Miri as New State capital in the future if a few important things can be resolved quickly.
Some important things should be taken into account before Miri turned into a state capital is:
- Upgrading of Miri airport into an international airport,
- Upgrading of Miri port became the center of an international port and must comply with
Security Code Ship facility and International Port,
- Build more affordable housing for people who do not own their own homes and this will help reduce the squatter settlements,
- To build more complete high school with a teacher (or teacher training institutes), libraries and universities of international standards,
- Upgrading treatment centers and hospitals that is more sophisticated for local and foreign,
- Making Miri as a tourist center that has special features in terms of historical and cultural activity centers of various ethnic groups in Sarawak,
- Build sophisticated sports stadium and modern place to train locals to be on par with foreign athletes,
- Provide a more efficient public transport such as the Light Rail Transit (LRT) to reduce traffic congestion.
That's just a few suggestions that should be considered before Miri to be upgraded as a new State capital so that they are more organized and structured in future development plans.
With the upgrading of infrastructure and providing basic facilities to the people of Miri then it will accelerate the process of Miri became the new state capital of the northern zone of Sarawak. Kuching can be upgraded equivalent with the capital of Sarawak.
0 Comments Received
Post a Comment