
Begitu juga longkang di Pujut 3 tidak jauh dari Tadika Sedidik Sg Adong juga menghadapi masalah yang sama dimana kawasan longkang penuh dengan semak menyebabkan air bertakung.
Kita tidak mahu kanak-kanak yang belajar di Tadika di situ terkena jangkitan demam denggi akibat pembiakan nyamuk dalam longkang yang tersumbat dan kawasan persekitarannya kotor dan tidak dibersihkan.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai, jumlah kes demam denggi dilaporkan antara Februari dan Mac tahun ini telah menurun. “Sebanyak 12 kes demam denggi dilaporkan di bandar raya ini pada Mac ini, menurun lima kes berbanding 17 kes dilaporkan sepanjang Februari lalu,” katanya pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis MBM seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan.
Walaupun kes demam denggi menurun, pihak berkenaan perlu juga terus memantau keadaan sekitar taman perumahan yang menghadapi masalah peparitan yang tersumbat dan juga masalah sampah yang tidak diselenggarakan dengan betul.
Kita mengesa agar pihak yang berkaitan segera melakukan penyelenggaraan longkang yang tersumbat di sepanjang jalan utama dalam kawasan perumahan itu.
Jangan biarkan perkara ini berlarutan kerana kesannya akan melibatkan orang ramai yang tinggal dalam kawasan perumahan tersebut dan juga sekitarnya. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Drains Blockage and stagnant water should be cleaned immediately at the Residential Area

Likewise drains in Pujut 3 not far from Kindergarten SeDidik Sg Adong also facing the same problem where the drain is full of bushes cause stagnant water.
We do not want the children who learned in Kindergarten there exposed of dengue fever infections caused by mosquitoes breeding in the drains that are clogged and the surrounding area are dirty and not cleaned.
Efforts to prevent and control dengue infection should be enhanced in collaboration with the residents to maintain cleanliness around their homes.

Although dengue cases decreased, the authorities should also continue to monitor the situation around the housing that facing problems of clogged drainage and garbage problems that are not properly maintained.
We urge the parties concerned to immediately doing maintenance of the clogged drains along the main street in the residential area.
Do not let this drag on because the effect would involve the people who live in the housing area and the surrounding area. Cooperation with relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment