Lampu jalan tidak berfungsi kawasan perumahan Tudan hendaklah dihidupkan segera
MIRI - Penduduk perumahan Desaras di Tudan sudah lama menanti sampai bila lampu jalan di kawasan perumahan mereka dapat digunakan sepenuhnya kerana masalah lampu jalan itu tidak menyala sejak ianya di pasang tahun lalu sehingga kini tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Antara kawasan lampu jalan yang tidak berfungsi ialah Jalan Perdana.
Penduduk perumahan juga mengadu banyak berlaku kemalangan di kawasan tersebut terutama pada waktu malam yang gelap, para pemandu yang tidak berhati-hati mudah tergelincir ke dalam parit berdekatan ketika waktu hujan lebat.
Tanpa lampu jalan kawasan perumahan mereka jadi gelap dan ini akan memudahkan akitiviti yang tidak sihat berlaku seperti remaja lepak, kecurian, pecah rumah mudah berlaku. Pihak berkuasa seperti polis juga perlu sentiasa memantau di kawasan perumahan Tudan kerana banyak kes seperti kecurian serta pecah rumah berlaku di kawasan itu.
Penduduk perumahan merasa takut akan keselamatan mereka terutama sekali suri rumahtangga dan pelajar perempuan yang tinggal berseorangan di kawasan perumahan tersebut ketika waktu malam. Dengan adanya lampu jalan dan juga kereta peronda polis yang sentiasa memantau ke kawasan perumahan mereka sekurang-kurangnya keselamatan mereka akan terjaga dari sebarang aktiviti jenayah yang semakin menular sekarang ini dalam kawasan perumahan.
Kami mengesa pihak yang berkaitan segera memasang dan menghidupkan lampu jalan di perumahan Desaras Tudan demi keselamatan dan keselesaan penduduk perumahan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Street lights not functioning in Tudan residential areas should be turned on immediately
MIRI - Desaras housing residents in Tudan had been waiting for so long until when the street lighting in their residential area can be fully utilized because the problem of street lighting that did not on since it was installed last year until now is not functioning as expected. Among the areas of street lighting that are not functioning is Jalan Perdana.
Housing residents also complain that many accidents occurs in the area especially at night when it is dark, the driver is not careful easily slip into a nearby ditch during heavy rain.
Without street lighting their residential area so dark and this will make it easier for unhealthy activities such as loitering teenagers, theft, burglary easily occurs. Authorities such as the police must also monitor in Tudan residential area because many of the cases of theft and burglary occurred in the area.
Housing residents feared for their safety, especially housewives and female students who live alone in a residential area during night time. With the streetlight and also a police patrol car to monitor their housing area at least their safety will be protected from any criminal activity that is becoming more common today in a residential area.
We urge the relevant authorities immediately install and turn on street lighting in residential of Desaras Tudan for the safety and comfort of the residential population. Cooperation with relevant parties to resolve this issue as soon as possible is greatly appreciated.
berubah lah rakyat Sarawak dengan memilih pemimpin yang lebih prihatin kemajuan ....
Pihak SESCO telah pun menyalakkan lampu jalan itu setelah menerima aduan dari penduduk Tudan.
Terima kasih semua