PAS dan Pakatan Rakyat Tetap Bersama Meraikan Sambutan Tahun Baru Cina
MIRI – Lawatan singkat Timbalan Presiden
PAS Tuan Haji Mohammad Sabu ke Miri baru-baru ini telah digunakan sepenuhnya
untuk berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dari PKR,
DAP dan juga ke rumah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak En Yeo
Kian Leong.
Dalam kunjungan sempena Tahun Baru Cina,
Mat Sabu telah dibawa berkunjung ke rumah Ketua Pemuda PKR Miri Steve Teo Jia
Jun, Mdm Lim DAP, YB Alan Ling DAP Piasau.
Antara yang hadir ialah Tuan Haji Adam Ahid
Pesuruhjaya PAS Sarawak, YDP PAS Miri, pimpinan PAS kawasan serta ahli-ahli.
Walaupun ada sedikit perselisihan faham
dalam soal politik tetapi pada Tahun Kambing ini, ianya mengeratkan lagi
hubungan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat Sarawak dan ini menunjukkan
bahawa rakyat di Sarawak lebih suka hidup dalam harmoni tanpa mengira bangsa
dan agama.
PAS ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina walau
dimanapun mereka berada.
Tahun Kambing adalah tahun untuk kita
sama-sama bekerja keras untuk menyatukan masyarakat Sarawak yang berbilang kaum
agar dapat hidup dalam rukun dan damai.
Budaya dan adat resam yang baik perlu
dikekalkan walaupun berlainan bangsa, agama dan fahaman politik untuk kita
dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni.
Jofri
Jaraiee
PAS
Miri, Sarawak
English version
PAS and Pakatan Rakyat Stay Together Celebrate the Chinese New Year
Celebration
MIRI – A short visit of the PAS Deputy
President Tuan Haji Mohammad Sabu to Miri recently has been fully utilized for
visiting to the open house of the Pakatan Rakyat colleagues from PKR, DAP and
also to the house of Sarawak PAS supporters' congress chairman Mr Yeo Kian
Leong.
During the visit of the Chinese New Year, Mat Sabu has been taken to the house
of Miri PKR Youth chief Steve Teo Jia Jun, Mdm Lim DAP, YB Alan Ling DAP
Piasau.
Among those present were Tuan Haji Adam
Ahid Sarawak PAS commissioner, PAS Miri Chief, PAS leader as well as members.
Although there is some disagreement in
politics but in this Year of Goats, they strengthen the relationship between
the component parties in Pakatan Rakyat Sarawak and this shows that the people
in Sarawak prefer to live in harmony regardless of race and religion.
PAS would like to take this opportunity to
congratulate the Chinese New Year to all the Chinese community despite wherever they are.
Goats year is the year for us all to work
hard to unite people of all races in Sarawak in order to live in harmony and
peace.
The good culture and customs should be
maintained regardless of race, religion and political ideology for us to live
together in peace and harmony.
0 Comments Received
Post a Comment