Bubarkan Parlimen dapatkan mandat baru dari rakyat

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Ianya terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

Oleh sebab keadaan kegawatan ekonomi, isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) , isu derma 2.6 billion, GST, harga minyak pasaran dunia jatuh tapi harga minyak pengguna di Malaysia tidak setabil dan meningkat disebabkan nilai mata wang Malaysia merundum dan lain-lain isu yang menyusahkan kehidupan rakyat, maka rakyat Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang lebih baik dan stabil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dengan pemintaan rakyat dalam himpunan BERSIH baru-baru ini yang mahu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebaiknya PM membubarkan parlimen untuk mendapatkan semula mandat baru dari rakyat.
\
Walaupun secara umumnya parlimen dengan sendirinya terbubar setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, tetapi akibat masalah yang gawat yang berlaku dalam Malaysia sekarang ini maka sebaiknya PM Najib membubarkan parlimen selepas membentangkan bajet 2016 nanti. Sebaik-baiknya pilihan raya umum diadakan pada hujung tahun ini untuk memudahkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan baru yang boleh memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Tempoh DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak akan tamat pada 20 Jun 2016 tetapi ianya boleh dibubarkan lebih awal dari tarikh tersebut sekiranya kerajaan yang memerintah Sarawak ingin mendapatkan mandat baru dari rakyat. Masalahnya kebanyakan pemerintah di Malaysia jarang mengumumkan tarikh awal pilihan raya selalu penuh dengan teka teki dalam menentukan tarikh pilihan raya.

Di negara-negara maju atau negara ketiga yang mengamalkan sistem demokrasi masing-masing berani membuat pengumuman lebih awal tarikh awal pilihan raya sehingga ada yang mengambil tempoh setahun sebelum tarikh pilihan raya umum sebenar diadakan.

Di Malaysia ianya penuh dengan teka teki sehingga menyebabkan rakyat dan parti politik terus bermain politik sepanjang masa dari memberi tumpuan terhadap masalah kebajikan rakyat dan juga pembangunan negara. Kerajaan Malaysia boleh menetapkan tarikh pilihan raya sehingga tarikh tamat tempoh atau kalau mereka hendak menetapkan awal dari tarikh tamat tempoh, mereka boleh buat pengumuman lebih awal seperti 6 bulan dari tarikh pembubaran supaya parti politik bersedia dan rakyat dapat memilih pemimpin dan kerajaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Kami mencadangkan bahawa kerajaan Malaysia membubarkan parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sarawak serentak untuk memudahkan rakyat memilih pemimpin terbaik dan mengurangkan kos mengurus perbelanjaan dalam pilihan raya umum. Sistem pengurusan pilihan raya perlu dikaji semula agar ianya benar-benar telus, adil dan bebas dari sebarang bentuk penipuan yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap SPR.

Persempadanan semula yang berlaku di DUN Sarawak juga dipertikaikan kerana ianya lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah seperti kebanyakan DUN baru lebih tertumpu di kawasan luar bandar sedangkan dalam kawasan bandar yang padat penduduk tidak ada banyak perubahan atau penambahan kerusi DUN baru.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR dan pemerintah sekiranya mereka mahu rakyat menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka. Harap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak pemerintah dan bebaskan SPR dari sebarang pengaruh parti politik agar mereka bebas menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan dari pihak tertentu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Dissolve Parliament seek a new mandate from the people

Parliament is the highest legislative body in the country. It consists of His Majesty the King as Head of State, Senate and House of Representatives.

According to Article 55 of the Constitution, only the Yang di-Pertuan Agong may summon Parliament to convene. He also had absolute authority to stop or also dissolve parliament. Therefore, His Majesty the Yang di-Pertuan Agong provided by the Constitution to set parliamentary meeting within six (6) months between the last conference in the last term, and the date of the first meeting conference in the coming term.

Parliament will hold a session for five (5) years from the date of the first meeting was held after the general election unless it is dissolved earlier. After completing a period of five (5) years, Parliament dissolved by itself. Within sixty (60) days, the general elections to elect the representatives of the House of Representatives shall be held. After that the parliamentary meeting should be specified on a date not later than one hundred and twenty (120) days from the date of dissolution.

Since the economic downturn, 1MDB issue (1Malaysia Development Berhad), the issue of 2.6 billion donation, GST, world market oil prices dropped the user oil prices in Malaysia is not stable and increases due to the Malaysian currency weakens and other issues troublesome the lives of people, then Malaysians need a better government and a stable to resolve the issue.

With the demand of the people in ‘BERSIH’ assembly recently that wants Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to resign PM should dissolve the Parliament for a new mandate from the people.

Although in general the parliament dissolved by itself after completing a period of five (5) years, but because of the serious problems that occurred in Malaysia today then the PM Najib should dissolve the parliament after tabling 2016 budget. Ideally general elections held at the end of this year to facilitate the people choose leaders and a new government that can provide prosperity and justice for the people.

Period of DUN (State Legislative Assembly) Sarawak will expire on June 20, 2016 but it may be dissolved earlier than that date if the government of the state to seek a fresh mandate from the people.

In developed countries or a third country which practices democracy each one dared to make an early announcement of early elections date until some take a year before the actual date of the general election held.

In Malaysia it is full of puzzles, causing the people and political parties continue to play politics all the time from focusing on the problems of the people's welfare and national development. The Malaysian Government may fix the date of election until the expiration date or if they want to set earlier than the expiration date, they can make an announcement early as 6 months from the date of dissolution so that political parties are ready and the people can choose leaders and better government from the previous.

We suggest that the Malaysian government dissolve the parliament and Sarawak State Legislative Assembly simultaneously to facilitate the people to choose the best leaders and reduce the cost of managing expenses in the general election. Election management system should be reviewed so that it absolutely transparent, fair and free from any kind of fraud that could cause people to lose confidence in the EC.

Redlineation exercise is happening in the state assembly also disputed because it is more favorable to the ruling government as most a new DUN more concentrated in the rural areas while in densely populated urban areas there is not much a change or addition of new seats.

Things like this need to be addressed by the EC and the government if they want the people to accept the election results with an open heart. Hope that this matter receives due attention from the government and EC freed from any influence of political parties so that they are free to perform their duties without any pressure from certain quarters.