Penduduk Kampung Subak kesal wakil rakyat tidak tunaikan janji 


MIRI - Penduduk Kampung Subak, Bekenu yang kebanyakan bekerja sebagai petani telah beberapa kali memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan untuk membaik pulih serta menurap jalan batu ke kebun mereka. Mereka juga pernah memohon bantuan dengan wakil rakyat tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut penduduk kampung, keadaan jalan masuk ke kebun mereka mengalami kerosakan teruk terutama musim hujan dan mereka telah berusaha meminta bantuan dengan berbagai cara tetapi permohonan mereka tidak mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.

Walaupun ada wakil rakyat berjanji untuk membantu dan membaik pulih jalan kebun mereka setiap kali musim Pilihanraya namum sehingga kini janji tinggal janji.

Mereka sudah bosan dengan janji dan amat kecewa dengan sikap wakil rakyat di kawasan tersebut yang tidak mengambil peduli akan nasib yang mereka hadapi selama ini. Mereka telah memohon bantuan pihak PAS Miri agar dapat membantu mereka meringankan sedikit masalah yang mereka hadapi selama ini.

Baru-baru pihak PAS telah menyumbangkan pembentung@culvert  dan batu 3 inci untuk menutup jalan berlobang yang rosak teruk di kebun penduduk kampung Subak. Mereka menghargai usaha PAS walaupun sepatutnya pihak pemerintah yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk menunaikan amanah rakyat.

Kita mengesa pihak kerajaan agar dapat menggunakan peruntukan bajet yang lalu harus diguna sepenuhnya untuk kemudahan penduduk kampung.

Penduduk kampung berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana jalan kebun ini adalah untuk kegunaan penduduk kampung membawa hasil ladang mereka keluar dan ianya bukannya jalan persendirian. Penduduk kampung berhak untuk mendapat peruntukan bajet jalan kampung seperti yang telah dijanji oleh pihak pemerintah.

Kemana perginya peruntukan yang sedia ada? Sepatutnya masalah penduduk kampung ini sudah lama dapat diatasi sekiranya peruntukan yang sedia ada digunakan sepenuhnya kepada penduduk kampung yang memerlukannya.

Kita memohon kerjasama dengan pihak kerajaan agar masalah penduduk kampung ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak agensi kerajaan yang berkaitan dan masalah ini dapat diatasi dengan segera.


Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version
Residents of Kampung Subak upset the elected representatives not fulfill its promise

MIRI - Residents of Kampung Subak, Bekenu mostly farmers has several times sought assistance from relevant government agencies to refurbish and resurfacing gravel roads to their farms. They had also sought assistance with the elected representatives, but so far no action has been taken.
According to the villagers, the access road conditions to their farm were badly damaged, especially during rainy season and they have tried to ask for help in various ways but their application is not getting the attention of the parties concerned.



Although there are the elected representatives pledged to assist and refurbishing roads in their farm whenever Election season but until now remain as promises.

They are tired of promises and very disappointed with the attitude of the elected representatives in the area who do not take care of the fate that they face all this while. They requested the assistance of the PAS Miri to help them relieve some of the problems they faced over the years.

Recently the PAS has contributed culverts and gravel 3 inches to cover the holes in the badly damaged road in the farm villagers of Subak. They appreciated the efforts of PAS although the government should carry out its duties and responsibilities to fulfill the mandate of the people.

We urge the government to use previous budget allocations should be fully utilized for the villager’s facilities.

The villagers hope that this problem can be resolved  immediately as the farms road are usability for villagers bring their farm produce out and it's not a private road. The villagers are eligible for budget allocation of the village roads as promised by the government.

Where does the existing provisions? Supposed a problem of the villagers has long can be solved if the existing provision applies solely to residents who need it.

We are asking cooperation with the government so that the problems of the villagers receive appropriate attention from the relevant government agencies and this problem can be resolved promptly.