PAS sokong mansuhkan dasar
kabotaj untuk Sarawak
Kabotaj
adalah pengangkutan barangan atau penumpang antara dua titik dalam negara yang
sama. Asalnya bermula dengan perkapalan, kabotaj kini juga meliputi
penerbangan, kereta api dan pengangkutan jalan. Kabotaj adalah
"perdagangan atau pelayaran di perairan pantai, atau, hak eksklusif negara
untuk menguruskan trafik udara di wilayah itu. Dari segi politik, kabotaj
adalah untuk mengawal had perdagangan dengan syarikat tempatan dikenali sebagai
perlindungan. Asas bagi peraturan kabotaj termasuk keselamatan negara dan
keperluan untuk melindungi keselamatan awam.
Menurut Ketua
Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg
setiap barang yang kita impot perlu melalui Pelabuhan Klang. Pada masa lalu,
mungkin ia boleh diterima kerana terdapat kekurangan volum tetapi sekarang,
kami telah mewujudkan perdagangan antarabangsa.
Jadi ia
adalah masa untuk menghapuskan kabotaj supaya kapal-kapal dari luar negara
boleh datang terus ke Sarawak.
PAS
menyokong penuh saranan Ketua Menteri Sarawak agar Sarawak diberi kebebasan
untuk mengimpot barangan dari luar tanpa perlu melalui Pelabuhan Klang. Jarak
perjalanan dan untuk kapal dagang dari luar berurusan dengan Pelabuhan Klang
menyebabkan barang dari China dan Jepun menjadi lebih mahal.
Kos
pengangkutan untuk berulang-alik untuk sampai ke pelabuhan yang terdapat di
Sarawak menjadi mahal disebabkan terpaksa melalui Pelabuhan Klang.
Dari
dulu lagi kita pernah sarankan pemansuhan dasar kabotaj di Sarawak kerana ianya
boleh mengurangkan kos harga barangan untuk rakyat Sarawak. Dengan pemansuhan
dasar kabotaj ini sekurang-kurangnya harga barangan di Sarawak akan setanding
atau kurang dari harga barangan dari Semenanjung Malaysia.
Dalam
keadaan ekonomi yang semakin gawat dan tidak stabil ini maka seharusnya
kerajaan persekutuan
memansuhkan
dasar kabotaj untuk Sarawak dan Sarawak berhak mendapatkan kuasa autonomi bagi
memudahkan urusan perdagangan di peringkat antarabangsa.
Mungkin
ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan beban penguna yang terpaksa bayar
lebih harga barangan dari luar negara. Kita mengesa kerajaan persekutuan dapat
menilai sendiri pemintaan kerajaan Sarawak ini kerana ianya melibatkan pengguna
serta keperluan rakyat tempatan.
Pemansuhan
dasar kabotaj juga boleh merangsangkan lagi pembangunan dan meringankan kos
pelan pembangunan infrastruktur asas di negeri ini seperti bahan-bahan binaan
yang murah dan pengguna juga boleh membeli barangan keperluan dengan harga yang
berpatutan. Kerajaan juga perlu memantau harga barangan keperluan agar ianya
tidak dijual dengan harga yang terlampau tinggi sehingga membebankan pengguna.
Mudah-mudahan
hasrat kerajaan dan rakyat Sarawak untuk melihat pemansuhan dasar kabotaj oleh
kerajaan persekutuan menjadi kenyataan dan boleh meringankan beban harga kos
barangan keperluan asas di Sarawak. Sarawak tidak memerlukan dasar kabotaj
kerana ia tidak adil bagi negeri ini.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
PAS support the abolition of the
cabotage policy for Sarawak
Cabotage
is the transport of goods or passengers between two points in the same country.
Originally starting with shipping, cabotage now also covers aviation, rail and
road transport. Cabotage is "trade or navigation in coastal waters, or,
the exclusive right of a state to manage air traffic in the territory.
Politically, cabotage control limit trade to the carrier is locally known as
protectionism. The basis for the rules of cabotage is including national
security and the need to protect public safety.
According
to the Chief Minister of Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin
Abang Haji Openg any goods that we import needs through Port Klang. In the
past, maybe it was acceptable because there was lack of volume but now, we have
established international trade. So it is time to abolish cabotage so that
ships from overseas can come straight to Sarawak.
PAS
fully supports the recommendations of the Chief Minister of Sarawak so that
Sarawak is given the freedom to import goods from outside without having to go
through Port Klang. Distance traveled and the merchant ship from the outside dealing
with Port Klang cause goods from China and Japan become more expensive. The
cost of transportation to commute to get to the port found in Sarawak became
expensive due to had to through Port Klang.
Before that
we’ve ever recommend the abolition of cabotage policy for Sarawak because it
can reduce the cost price of the goods for the people of Sarawak. With the
abolition of cabotage policy is at least the price of goods in the state would
be comparable to or less than the price of goods from Peninsular Malaysia.
In an
increasingly acute economic situation and unstable then the federal government
should abolish the cabotage policy for Sarawak and Sarawak are eligible for the
autonomy to facilitate dealings at the international level trade.
Maybe
this is one way to reduce the burden on users who must pay higher prices for
goods from abroad. We urge the federal government can evaluate the Sarawak
government's request because it involves the users and the needs of local
people.
The
abolition of cabotage policy can also stimulate development and reduce the cost
of basic infrastructure development plans in the country such as building
materials are cheap and users can also purchase necessities at reasonable
prices. The government should also monitor the prices of essential items so
that they are not sold at a price that is too high that burden consumers.
Hopefully
government's desire and the people of Sarawak to see the abolishment of
cabotage policy by the federal government became a reality and can ease the
burden of the cost price of basic necessities in Sarawak. Sarawak does not need
the cabotage policy because it is not fair for the state.
Jofri
Jaraiee
Sarawak
PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
Read more...