Projek jalan
kampung Usaha Jaya Tukau terbengkalai
MIRI – Masalah jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau (Tukau Tengah),
Sungai Beluboh Miri sehingga kini masih lagi tidak berturap sepenuhnya.
Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau mengadu masalah ini kepada pihak kerajaan
tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Walaupun ada jalan
diturap tetapi hanya separuh jalan.
Kebanyakan penduduknya
bekerja sebagai pekebun / nelayan dan terdapat juga diantara mereka
bekerja di Bandaraya Miri secara berulang alik. Masalah yang dihadapi oleh
penduduk kampung tersebut adalah jalan masuk ke kampung mereka penuh dengan
lopak dan berlumpur ketika musim hujan kerana sistem perparitan tidak dirancang
dengan baik.
Setiap kali musim pilihan raya ada wakil-wakil rakyat datang berjanji
untuk mengatasi masalah jalan kampung tersebut tetapi selepas pilihan raya berakhir
muka mereka pun susah hendak nampak.
Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak yang baru Datuk Amar Abang
Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pernah berkata yang setiap wakil
rakyat diberi peruntukan sebanyak 5 juta ringgit untuk projek kampung tetapi
kemana perginya projek jalan kampung tersebut.
Penduduk kampung Usaha Jaya, Tukau tidak mudah lupa dengan
janji-janji pihak yang berwajib untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan
menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang
selama ini tertangguh dan terbengkalai. Janji pihak yang berwajib adalah hendak
membina sistem perparitan yang terancang sekaligus dengan menaikkan taraf jalan.
Memang terdapat papan tanda menaik taraf jalan kampung tetapi jalan masih tidak
diturap sepenuhnya.
Hanya sebahagian kecil saja yang diturap dengan tar dan jalan
kerikil tapi sebahagian besar lagi masih jalan tanah dan berlumpur terutama
sekali jalan masuk ke dalam kampung tersebut.
Keadaan jalan ini agak
teruk dan berlubang dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan apabila
musim hujan dan lebih sukar lagi apabila hujan berterusan. Jalanraya yang
baik amat penting bagi penduduk di
kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil
tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.
PAS mendesak agar pihak yang berkenaan dapat mengunakan
peruntukan yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur
kampung tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu PRU14 nanti.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi
amanah oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat, seharusnya keperluan rakyat
perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Kita harap masalah jalan kampung ini diberi perhatian sewajarnya
oleh pihak berkuasa. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi
masalah rakyat ini amat dihargai.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English version
Village road
project Usaha Jaya Tukau abandoned
MIRI – The problem of road to Kampung Usaha Jaya Tukau (Middle
Tukau), Sungai Beluboh Miri until now is still not fully tarred. The villagers
of Kampung Usaha Jaya Tukau complained this issue to the government but to date
no action has been taken. Although there are road is paved but only halfway.
Most residents work as farmers / fishermen and there are also
among those working in Miri for commuting. The problems faced by the residents
of the village are the entrance to their village full of puddles and muddy
during the rainy season because the drainage system is not well designed.
Every election season there are representatives of the people
came promised to address the issue of the village road but after the election
is over their faces it was difficult to see.
Recently, the new Chief Minister of Sarawak Datuk Amar Abang
Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg once said that every elected
representative was given an allocation of 5 million ringgit is for the village
project but where it goes the village road projects.
The villagers of Usaha Jaya, Tukau not easily forget the
promises of the authorities to upgrade village roads and demanded the
authorities to fulfill their promises that had been delayed and abandoned. The
promise of the authorities is to build a well-planned drainage system as well
as the upgrading of the road.
Indeed, there are a sign board upgrading of rural roads but the
road is still not fully tarred.
Only a small portion is paved with tar and gravel roads but most
of the others are still muddy dirt road and especially the way into the
village.
The road condition is quite severe and perforated and is not
suitable for light vehicles when the rainy season and harder still if the rain
continues. Roads are crucial for the people in the village to facilitate their
daily journey and to bring their produce for sale in Tamu nearby.
PAS urged the parties concerned to use the provision that has
been provided to solve the problem of roads and infrastructure of the village
immediately without having to wait for GE14.
As a responsible government and has been given the mandate by
the people to look after the welfare of the people, should be given priority
needs of the people regardless of race, religion and political affiliation.
We hope this issue of village roads given due attention by the
authorities. Cooperation with the relevant authorities to address the problems
of the people is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment