Projek jalan kampung Usaha Jaya Tukau terbengkalai               


MIRI – Masalah jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau (Tukau Tengah), Sungai Beluboh Miri sehingga kini masih lagi tidak berturap sepenuhnya. Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau mengadu masalah ini kepada pihak kerajaan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Walaupun ada jalan diturap tetapi hanya separuh jalan.

Kebanyakan penduduknya  bekerja sebagai pekebun / nelayan dan terdapat juga diantara mereka bekerja di Bandaraya Miri secara berulang alik. Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut adalah jalan masuk ke kampung mereka penuh dengan lopak dan berlumpur ketika musim hujan kerana sistem perparitan tidak dirancang dengan baik.

Setiap kali musim pilihan raya ada wakil-wakil rakyat datang berjanji untuk mengatasi masalah jalan kampung tersebut tetapi selepas pilihan raya berakhir muka mereka pun susah hendak nampak.

Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak yang baru Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pernah berkata yang setiap wakil rakyat diberi peruntukan sebanyak 5 juta ringgit untuk projek kampung tetapi kemana perginya projek jalan kampung tersebut.

Penduduk kampung Usaha Jaya, Tukau tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh dan terbengkalai. Janji pihak yang berwajib adalah hendak membina sistem perparitan yang terancang sekaligus dengan menaikkan taraf jalan. Memang terdapat papan tanda menaik taraf jalan kampung tetapi jalan masih tidak diturap sepenuhnya.

Hanya sebahagian kecil saja yang diturap dengan tar dan jalan kerikil tapi sebahagian besar lagi masih jalan tanah dan berlumpur terutama sekali jalan masuk ke dalam kampung tersebut.

Keadaan jalan ini agak  teruk dan berlubang dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan apabila musim hujan dan lebih sukar lagi apabila hujan berterusan. Jalanraya yang baik  amat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.

PAS mendesak agar pihak yang berkenaan dapat mengunakan peruntukan yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur kampung tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu PRU14 nanti.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat, seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kita harap masalah jalan kampung ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak



English version

Village road project Usaha Jaya Tukau abandoned 


MIRI – The problem of road to Kampung Usaha Jaya Tukau (Middle Tukau), Sungai Beluboh Miri until now is still not fully tarred. The villagers of Kampung Usaha Jaya Tukau complained this issue to the government but to date no action has been taken. Although there are road is paved but only halfway.

Most residents work as farmers / fishermen and there are also among those working in Miri for commuting. The problems faced by the residents of the village are the entrance to their village full of puddles and muddy during the rainy season because the drainage system is not well designed.

Every election season there are representatives of the people came promised to address the issue of the village road but after the election is over their faces it was difficult to see.

Recently, the new Chief Minister of Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg once said that every elected representative was given an allocation of 5 million ringgit is for the village project but where it goes the village road projects.

The villagers of Usaha Jaya, Tukau not easily forget the promises of the authorities to upgrade village roads and demanded the authorities to fulfill their promises that had been delayed and abandoned. The promise of the authorities is to build a well-planned drainage system as well as the upgrading of the road.
Indeed, there are a sign board upgrading of rural roads but the road is still not fully tarred.

Only a small portion is paved with tar and gravel roads but most of the others are still muddy dirt road and especially the way into the village.

The road condition is quite severe and perforated and is not suitable for light vehicles when the rainy season and harder still if the rain continues. Roads are crucial for the people in the village to facilitate their daily journey and to bring their produce for sale in Tamu nearby.

PAS urged the parties concerned to use the provision that has been provided to solve the problem of roads and infrastructure of the village immediately without having to wait for GE14.

As a responsible government and has been given the mandate by the people to look after the welfare of the people, should be given priority needs of the people regardless of race, religion and political affiliation.

We hope this issue of village roads given due attention by the authorities. Cooperation with the relevant authorities to address the problems of the people is greatly appreciated.