Warga emas sukar untuk mendapatkan bantuan perumahan (PBR) dan kebajikan


MIRI – Nasib golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terus hidup dalam kesempitan dalam bandaraya Miri. Dengan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat dengan GST dan harga petrol yang tidak menentu menyebabkan kehidupan harian mereka terus tertekan.

Harga rumah dalam kawasan bandaraya memang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki oleh golongan yang kurang berkemampuan.  Walaupun kerajaan mempunyai Program Bantuan Rumah (PBR) untuk menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar yang tinggal di
perumahan yang lebih baik dan selamat berbanding sebelum ini, tetapi tujuan program ini masih belum mencapai sasaran.

Salah seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah tempat tinggal mereka yang usang dan hampir roboh. En Maru Timin 61 tahun dan isterinya Pn Maliah Dris 63 tahun amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah mereka yang usang itu. Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil dan tidak dapat bersekolah. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian keluarganya dan kadang-kadang mereka terputus bekalan makanan disebabkan tiada wang untuk membeli makanan dan terpaksa meminjam wang dari rakan-rakan.

Maru pernah memohon bantuan dengan pihak yang berwajib tahun lepas untuk membina semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari pihak yang berkenaan. Menurut isterinya Maliah terdapat pihak yang berkenaan datang ke rumah mereka untuk tujuan kaji selidik tetapi tiada bantuan diberikan seperti yang sepatutnya. Beliau merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal boleh memberikan bantuan bulanan kepada keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu mereka yang berusia 9 tahun yang masih tidak bersekolah.

PAS amat simpati akan nasib yang ditanggung oleh keluarga ini dan memberi sedikit sumbangan untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung. Pihak berkuasa, Jabatan kebajikan Masyarakat serta Baitulmal yang sepatutnya mampu memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini. Cucu mereka yang masih belum bersekolah sepatutnya diberi peluang untuk belajar di sekolah kerajaan.

PAS mengesa pihak kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk bantuan rakyat termiskin dan mereka yang kurang berkemampuan ini dapat memberi perhatian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka yang amat memerlukan bantuan ini.

Kita mengesa pihak yang berkenaan seharusnya turun padang dan apabila ada aduan yang dihadapi oleh golongan ini perlu diberi perhatian dan tindakan segera. Berilah bantuan sewajarnya kerana kami telah menerima aduan daripada kumpulan sasaran ini mereka sukar untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya kerana mereka perlu mengisi borang tertentu dan akan dirujuk dengan pelbagai istilah sehingga mereka merasa sukar untuk mendapatkan bantuan.

Kita harap masalah rakyat yang sukar untuk mendapatkan bantuan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan. Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak 


English version

Senior citizens difficult to get housing assistance (PBR) and welfare

MIRI – The fate of the elderly and the less fortunate continue to live in hardship in Miri city. With prices of essential items rising by GST and volatile in petrol price is led to continued pressure of their daily lives.

House prices in the city are too expensive and difficult to be owned by the less fortunate. Although the government has the Housing Assistance Programmed (PBR) to provide financial assistance and management to enable the target groups living in better housing and secure than ever before, but the goal of this program has not yet reached the target.

One of the residents in Tudan Phase 5 Jalan Lutong, Kuala Baram Miri complained of problems of their homes that dilapidated and ramshackle. Mr Maru Timin 61 years old and his wife Mrs. Maliah Dris 63 years old in dire need of immediate assistance repair their dilapidated home. Maru worked as a security guard and his wife Maliah is not working just take care of their grandchildren who is still small and cannot attend school. His income is insufficient to cover his family's daily expenses and sometimes they cut off the food supply because there is no money to buy food and had to borrow money from friends.

Maru had applied for help with the authorities last year to rebuild their dilapidated house, but to date, no answer is received from the parties concerned. According to his wife Maliah there are parties concerned came to their home for the purpose of the survey but no help was given as it should. She appealed to the Social Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to their families because they also take care of their grandson who was 9 years old that are still not in school.

PAS was very sympathetic to the plight suffered by these families and give a little contribution to reduce the burden that they bear. The authorities, the Social Welfare Department and the Baitulmal should be able to provide monthly assistance to these families. Their grandchildren is still not attend school should be given the opportunity to study in government schools.

PAS urged the government which has a provision for the poor and the less fortunate can pay attention to the problems faced by those who need the aid.

Give appropriate assistance because we have received complaints from these target groups they are difficult to get proper assistance as they need to complete a specific form and will be referred with various terms until they find it difficult to get help.

We hope that the people's problems that difficult to obtain this assistance should be given appropriate attention from the authorities and parties concerned. Cooperation with the authorities and those concerned to resolve the people's problems is greatly appreciated.