Mengapa kerajaan memberi
keutamaan kepada syarikat asing?
Baru-baru
ini Datuk Amar Abang Johari Abang Openg
menjadikan China destinasi pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri,13
Januari lalu. Beliau menyaksikan majlis
menandatangani perjanjian (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
(SEDC) bersama syarikat pembangunan pelancongan antarabangsa China, Beijing
Glory International Culture Development Co Ltd di Nou Hotel, Beijing. Beijing Glory akan mengambil alih pengurusan
beberapa destinasi pelancongan seperti Bako dan Taman Negara Mulu; akan ada
penjenamaan semula SEDC Sarawak Plaza.
Mengapa
kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat dari luar untuk mengambil
alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan tempatan kepada syarikat asing? Adakah
rakyat Sarawak tidak mampu untuk menguruskan syarikat pelancongan tempatan yang
sedia ada?
Sarawak
terlalu bergantung dengan syarikat asing dan pelabur dari luar untuk memenuhi
keperluan tenaga pekerja untuk membangunkan Sarawak. Sepatutnya rakyat tempatan
diberi keutamaan dulu dalam mana-mana projek kerajaan.
Bila
timbul isu kekurangan guru atau tenaga pengajar di Sarawak ada pihak yang tidak
puas hati dan buat bising kerana tidak mahu orang luar datang ke Sarawak kononya
mereka ini membawa budaya yang tidak sesuai dengan budaya orang Sarawak.
Mengapa
kerajaan Sarawak tidak menyediakan pusat latihan atau tempat keperluan yang
secukupnya untuk rakyat Sarawak supaya masalah kekurangan ini dapat diatasi
sebelum menyalahkan pihak lain.
Mereka
yang diambil bekerja itu bukannya orang asing tetapi rakyat Malaysia yang
memberi khidmat kepada rakyat Sarawak yang memerlukan tenaga pengajar. Mereka
bukannya tinggal lama di Sarawak selepas mereka tamat perkhidmatan mereka akan
balik semula ke negeri masing-masing.
Bila isu
syarikat asing dan pekerja asing tanpa permit yang datang ke Malaysia yang
membawa budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat tempatan, mengapa pihak ini membisu.
Adakah mereka ada kepentingan sehingga mereka tidak berani bersuara?
Isu
seperti China Doll yang bekerja di pusat Reflexi dan pusat hiburan yang
melalaikan dan merosakkan remaja tempatan perlu diberi perhatian. Mereka inilah
sebenarnya yang merosakkan cara pemikiran dan budaya kehidupan masyarakat
tempatan.
Kalau
kerajaan Sarawak lebih memberi keutamaan kepada syarikat asing untuk menguasai
beberapa syarikat tempatan akhirnya syarikat tempatan sukar untuk menjalankan
urusan perniagaan mereka. Syarikat multi-bilion dolar dari luar mampu menguasai
syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing dengan syarikat gergasi dari luar.
PAS
mengesa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dan mereka
yang mampu untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Sarawak. Seperti "Projek keajaiban" di Johor,
dengan banglo dan rumah berkembar berharga di bawah RM100,000, menyebabkan
heboh di sini. Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar telah
mengumumkan satu projek perumahan untuk rakyat Johor.
Kalau
Johor mampu memberi projek perumahan mampu milik untuk rakyatnya mengapa
kerajaan Sarawak yang mempunyai keluasan tanah dan punca pendapatan yang banyak
tidak mampu memberi kemudahan untuk rakyat Sarawak.
Projek
ini perlu diberi kepada syarikat tempatan yang layak dan dapat memberi manfaat
kepada rakyat bukan kepada syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungan
semata. Utamakan rakyat Sarawak dan jangan gadaikan tanah Sarawak kepada
pelabur asing demi mencari keuntungan yang akhirnya rakyat Sarawak akan terus
hidup dalam kemiskinan dan terpinggir dari arus pembangunan.
Kita
harap perkara ini mendapat perhatian serius dari kerajaan Sarawak demi masa
depan rakyat Sarawak sendiri. Jangan beri keutamaan pada pelabur asing dan berilah
keutamaan kepada rakyat Sarawak sebelum orang lain menguasai tanahair kita.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
Why the government is given
priority to foreign companies?
Recently
Datuk Amar Abang Johari Abang Openg makes China the first destination since his
appointment as Chief Minister, January 13 ago. He witnessed the signing of an
agreement (MoU) between the Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)
with international tourism development company China, Beijing Glory International
Culture Development Co Ltd at the Nou Hotel, Beijing. Beijing Glory will take
over the management of several tourist destinations such as Bako and the Mulu
National Park; there will be rebranding of SEDC’s Sarawak Plaza.
Why the
state government gives priority to companies from outside to take over the
management of several local tourist destinations to foreign companies? Are the
people of Sarawak are not able to manage the local existing tourism company?
Sarawak
is too dependent on foreign companies and investors from outside to meet the
needs of labor to develop Sarawak. Local citizens should be given first
priority in any government projects.
When the
issue of lack of teachers or instructors in Sarawak there are those who are not
satisfied and make noise because it does not want an outsider to come to
Sarawak supposedly they bring culture that does not fit with the culture of the
state.
Why the
Sarawak government is not provide a training center or adequate public needs for
the people of Sarawak so that the shortage would be overcome before blaming
others.
Those
employed was not a foreigner but Malaysian citizens who are serve the people of
Sarawak that require instructors. They do not stay long in Sarawak after
completing their service; they will come back to their respective states.
When the
issue of foreign companies and foreign workers without permits who came to
Malaysia and bring culture that does not comply with the local community why
this party is speechless. Do they have any interest until they do not dare to
speak out?
Issues
like China Doll who work in Reflexology center and an amusement center and
damaging local teenagers should be noted. Those are actually destructive way of
thinking and culture of the local community.
If the
state government is given priority to foreign companies to dominate several
local companies ultimately difficult for local companies to run their business.
Multi-billion dollar company from the outside is able dominate local companies
that were unable to compete with giant companies from outside.
PAS
urged the state government to give preference to local companies and those who
are able to provide services to the people of Sarawak. Such as "miracle
project" in Johor, with bungalows and detached houses priced below RM100,
000, causing a stir here. Ibni Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has announced a
housing project for the people of Johor.
If Johor
is able provide affordable housing projects to its citizens why the Sarawak government
that land area and abundant sources of income is not able to provide facilities
for the people of Sarawak.
This
project should be given to local companies that qualify and can benefit the
people not to foreign companies who only concerned with profit. Prioritize the
people of Sarawak and do not gamble away the land of Sarawak to foreign
investors in order to find of profits that ultimately the people of Sarawak
will continue to live in poverty and marginalized from the mainstream of
development.
0 Comments Received
Post a Comment