Hari Kemerdekaan Sarawak dan Hak Autonomi


Hari Kemerdekaan Sarawak adalah hari cuti yang telah ditetapkan pada 22 Julai setiap tahun oleh kerajaan Sarawak sebagai meraikan penubuhan kerajaan sendiri di Sarawak pada 22 Julai 1963 oleh
Alexander Waddell, Gabenor Koloni yang terakhir di Sarawak. Ia dinamakan demikian untuk meningkatkan kesedaran tentang masa lalu dan sumbangan pemimpin masa lalu Sarawak.

Terdapat juga mereka yang kurang menyedari kesahihannya, manakala ada yang mencadangkan bahawa ia tidak tepat pada masanya, memetik undang-undang British kepada pemerintahan sendiri di Sarawak dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya sebelum ia menyertai Persekutuan Malaysia.

Sarawak telah diberikan kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963, dengan syarat ia akan bergabung menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama.

Sebelum majlis kendiri pada 22 Julai 1963, Alexander Waddell, Gubernur Koloni terakhir,
meninggalkan Astana dan menaiki sampan putih untuk menyeberangi Sungai Sarawak, kemudian menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada rakyat Sarawak, dengan bendera kolonial diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan. Sebelum dia pergi, Gabenor melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.

Pada tahun 2016, Ketua Menteri Adenan Satem mengumumkan pada 22 Julai sebagai cuti umum di Sarawak bermula dari 2016.

20 Perkara telah ditulis bagi tujuan menjaga kepentingan, hak dan autonomi rakyat Borneo Utara semasa pembentukan Persekutuan Malaysia. Cadangan yang sama, dengan perbezaan kandungan tertentu, dibuat oleh Sarawak dan biasanya dirujuk sebagai perjanjian 18-perkara.

Ia telah dipertikaikan sebagai hipotesis seperti Memorandum 20 perkara Sabah yang dikemukakan secara bersama oleh para pemimpin politik pada tahun 1962, di mana dokumen sebenar wujud dan yang sedang mempersiapkan dan menandatangani memorandum 18 perkara masih belum lengkap.

Beberapa perkara telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia manakala selebihnya 18 perkara Sarawak yang digariskan seperti berikut:

Perkara 1: Agama
Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.

Perkara 2: Bahasa
a. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
b. Bahasa Inggeris boleh diteruskan dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
c. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Sarawak untuk pelbagai tujuan
negeri dan persekutuan tanpa had masa

Perkara 3 : Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali. Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.

Perkara 4 : Ketua Persekutuan
Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua persekutuan.

Perkara 5 : Nama Persekutuan
Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya.

Perkara 6 : Kuasa Imigresen
Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian Malaysia daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali kakitangan Kerajaan Persekutuan.

Perkara 7 : Hak Untuk Berpisah
Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.

Perkara 8 : Borneonisasi
Pegawai Borneo yang dilantik merupakan penduduk tempatan.

Perkara 9 : Pegawai-pegawai British
Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari kalangan rakyat negeri berkaitan.

Perkara 10 : Kewarganergaraan
Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah mentadbir hak-hak kewarganegaraan dalam negeri Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan berikut :
a) Sub-perenggan (i) hendaklah tidak mengandungi peruntukan sehinggalah pemastautin lima tahun.
b) Dalam usaha hendak menyelaraskan dengan undang-undang kita , sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca tujuh daripada sepuluh tahun dan bukannya lapan daripada dua belas tahun.
c) Sub-perenggan (iii) hendaklah tidak mengandungi sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa bagi yang lahir di Borneo utara selepas Malaysia, mesti menjadi rakyat persekutuan.

Perkara 11 : Tarif dan Kewangan
Sarawak hendaklah mengawal kewangan, tabung-tabung, pembangunan dan tarifnya sendiri.

Perkara 12 : Kerajaan Negeri
(a) Ketua menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Dewan Perundangan,
(b) Hendaklah diwujudkan satu sistem kementerian sebenar di Sarawak oleh kerajaan Persekutuan.

Perkara 13 : Tempoh Peralihan
Selama tujuh tahun kuasa perundangan hendaklah dipegang oleh kerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan (tempoh itu sudah tamat).

Perkara 14 : Pendidikan
Sistem pendidikan yang sedia ada di Sarawak hendaklah dikekalkan dan untuk tujuan itu hendaklah diletakkan di bawah kerajaan negeri (sistem pendidikan Sarawak , Dewan Undangan Negeri Sarawak telah mengintegrasikan pendidikan kedalam sistem kebangsaan pada 6 julai 1976).

Perkara 15 : Jaminan Perlembagaan
Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak oleh kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan.

Perkara 16 : Perwakilan di Parlimen
Ianya perlu mengambil kira populasi penduduk Sarawak, saiz dan potensinya. Dalam apa keadaan sekalipun ianya hendaklah tidak kurang daripada perwakilan Singapura.

Perkara 17 : Gelaran Ketua Negeri
Gelaran Ketua Negeri bagi Sarawak ialah yang Dipertuan Negara.

Perkara 18 : Tanah, Perhutanan, Kerajaan Tempatan dan lain-lain
Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna pakai di Sarawak.

Adakah masih relevan dengan tuntutan 18 perkara Sarawak hari ini, tidak semua tuntutan 18 perkara Sarawak masih diamalkan hari ini. Terdapat juga beberapa perkara yang telah berubah dengan ketara selepas 10 tahun Sarawak menyertai Malaysia.

Antara 18 tuntutan yang telah berubah dan diterima sebagai 20 perkara tuntutan ke atas Sabah, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi Sarawak selepas 10 tahun penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Tuntutan 18 perkara lain yang telah menerima perubahan ialah tuntutan dalam aspek  pendidikan
apabila Sarawak mahu mengekalkan pendidikan mesti diletakkan di bawah kuasa negeri itu pada mulanya. Tuntutan lain 18 perkara yang telah berubah adalah permintaan dari segi pendidikan apabila Sarawak mahu mengekalkan pendidikan mesti diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri pada mulanya.

Banyak lagi tuntutan dalam 18 Perkara Sarawak yang perlu dilaksanakan tanpa perlu ada perundingan kerana ianya sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan tuntutan dan memberi kuasa autonomi yang sudah termaktub dalam perlembagaan kalau ingin melihat Sarawak boleh berdikari dan maju ke hadapan.

Sarawak masih perlu kekal dalam Malaysia demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Apa yang perlu dilaksanakan ialah segala tuntutan yang termaktub dalam perlembagaan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa perlu ada campur tangan luar yang boleh menjejaskan ke harmonian dan keselamatan rakyat Sarawak.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Sarawak Independence Day and Autonomy Rights

Sarawak's Independence Day is a holiday that was established on July 22 of each year by the Sarawak government to mark the establishment of self-government in the state on July 22, 1963, by Alexander Waddell, the last governor of the Colony of Sarawak. It is so called for raising awareness about the past and the contribution of Sarawak's past leaders.

There are also people who are less aware of its authenticity, while some have suggested that it is not timely, citing the British legislation on self-government of Sarawak and do not provide full freedom before it joined the Federation of Malaysia.

Sarawak was granted self-government on July 22, 1963, on condition that he would join the Federation of Malaysia on September 16 the same year.

Before the self-government ceremony on July 22, 1963, Alexander Waddell, the last Governor of the Colonies, leave Astana and boarded a white sampan to cross the Sarawak River, then handed the administration to the people of Sarawak with the colonial flag was lowered and the flag of Sarawak raised. Before he left, the Governor appointed Stephen Kalong Ningkan as the first Sarawak Chief Minister.

In 2016, Chief Minister Adenan Satem announced on July 22 as a public holiday in Sarawak starting from 2016.

The 20 points were written for the purpose of safeguarding the interest, rights, and autonomy of the people of North Borneo upon the formation of the Federation of Malaysia. Similar proposals, with certain content differences, are made by Sarawak and are usually referred to as 18-point agreements.

It has been argued as a hypothesis such as 20-point Memorandum of Sabah submitted jointly by the political leaders in 1962, where the exact document exists and who is preparing and signing an 18-point memorandum still incomplete.

Some of the points were incorporated into the Constitution of Malaysia while the rest of Sarawak 18-point are outlined as follows:

Point 1: Religion
There is no protest against Islam as the national religion of Malaysia but Sarawak should have no official religion. All Malaya jurisdictions related to Islam should not be enforced in Sarawak.

Point 2: Languages
a. Bahasa Malaysia is the national language of the Federation
b. English can be continued within 10 years after Malaysia Day
c. English will be the official language of Sarawak for various purposes of State and federal with no time limit

Point 3: Constitution
The present Constitution of the Federation of Malaya is accepted as the basis of the Malaysian Constitution. Constitution of Malaysia shall constitute an entirely new document. A state constitution is necessary for Sarawak.

Point 4: Head of the Federation
The head of the state is not entitled or eligible to be elected as head of the Federation.

Point 5: Federal Name
The name is a federation of Malaysia, not Malay Raya.

Point 6: Immigration Authorities
Control over immigration to any part of Malaysia from outside should be in the power of the federal government but admission to Sarawak should also be obtained from the state government. The federal government cannot revoke the entry of any person to the state for the purpose of state government except on strong security. Sarawak shall have unrestricted control over the movement of persons, except for Federal Government employees.

Point 7: Right of Secession
Sarawak has no right to separate from Malaysia.

Point 8: Borneonization
The appointed Borneo Officer is a local resident.

Point 9: British officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their place is taken over by those who are eligible and fit from the relevant state citizen.

Point 10: Citizenship
The proposal in paragraph 148 (K) in the Cobbold Commission Report shall govern the rights of Sarawak's domestic citizenship subject to the following amendments:
a) The subparagraph (i) shall not contain provisions up to a five-year resident.
b) In order to align with our laws, sub-paragraph (ii) (a) should be read in seven out of ten years instead of eight out of twelve.
c) Subparagraph (iii) shall not contain restrictions bound by parental citizenship for those born in northern Borneo after Malaysia, must be federal citizens.

Point 11: Tariffs and Finance
Sarawak shall control its own finances, funds, development, and tariffs.

Point 12: State Government
(A) The head of the minister shall be elected by the unofficial members of the Legislative Council,
(B) Must establish a real ministry system in Sarawak by the federal government.

Point 13: Transition Period
For seven years the legislative power shall be held by the Sarawak government through a non-represented constitution to the state government by the federal government (the period has expired).

Point 14: Education
The existing education system in Sarawak must be maintained and for that purpose to be placed under the state government (Sarawak education system, the Sarawak State Legislative Assembly has integrated education into the national system on 6 July 1976).

Point 15: Constitutional safeguards
No amendment, alteration, withdrawal of any special assurances given to Sarawak by the Federal Government without the positive consent of the relevant state government.

Point 16: Representatives in Parliament
It should take into consideration the population of Sarawak, its size, and potential. In no event shall it be less than a Singaporean representative.

Point 17: Head of State Title
A title for Sarawak Head of State is the Yang di-Pertuan Negara.

Point 18: Land, Forestry, Local Government and others
The allocation in the Federal Government concerned with the Authority of the National Land Council shall not apply to Sarawak. Similarly, the National Local Government Council shall not be applicable in Sarawak.

Is there still relevance to Sarawak's 18-point claim today, not all Sarawak's 18-point claim is still being practiced today. There are also a number of things that have changed significantly after 10 years of Sarawak joining Malaysia.

Among the 18 claims that have been changed and accepted as the 20-point Sabah claim, Malay has been the official language of Sarawak after 10 years of English use as an official language. The claim of other 18 points that have been changed are the demands in terms of education when Sarawak wants to maintain education must be placed under the power of the state at first.

There are many other claims in Sarawak's 18 point which needs to be implemented without consultation as it has been enshrined in the Constitution. The Federal Government should implement the demands and empower autonomy that has been enshrined in the Constitution if it sees Sarawak to be independent and forward.

Sarawak still needs to remain in Malaysia to safeguard the security and well-being of the people. What needs to be done is that all the constitutional demands should be implemented as best as possible without the need for external intervention which may affect the harmony and security of the people of Sarawak.