Pesakit buah pinggang yang kurang bernasib baik perlu diberi perhatian

PAS Miri telah memberi sumbangan kepada pesakit  buah pinggang di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri sempana bulan Ramadan yang mulia ini, seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut.

Ada diantara penerima datang dari Niah, Sibuti dan mereka yang tinggal dalam dearah Miri. Kebanyakan mereka adalah mereka yang daif dan kurang berkemampuan. PAS Miri turut menyumbangkan lebih daripada 400 bungkusan barangan yang disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Miri dan Sibuti.

Salah seorang pesakit buah pinggang yang juga Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji Mohamad Taha bin Haji Bini memberitahu pihak kami, ramai pesakit yang memerlukan bantuan terutama golongan miskin dan pesakit yang kurang berkemampuan. Beliau juga meminta lebih banyak penderma untuk bersama-sama memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan rawatan bulanan.

Kebanyakan pesakit dapat bantuan dari orang ramai dan mereka juga memerlukan perhatian dari pihak kerajaan terutama dalam kos perubatan yang mereka harus tanggung sendiri sekiranya tiada bantuan dari orang ramai.  Sekiranya tiada bantuan dari orang ramai mungkin terdapat ramai pesakit buah pinggang yang miskin tidak dapat meneruskan rawatan hemodialisis dan mungkin boleh membahayakan kesihatan mereka.

Dialisis sebenarnya tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang, tetapi ia menggantikan fungsi buah pinggang.  Dalam sesetengah kes, kegagalan buah pinggang mungkin masalah sementara dan dialisis boleh dihentikan apabila buah pinggang sembuh. Ianya boleh disembuhkan dengan menjalankan pemindahan buah pinggang dengan segera, jadi dialisis mungkin diperlukan sehingga penderma buah pinggang sesuai tersedia. Mereka sepatutnya dianggap sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana mereka hanya bergantung pada mesin dialisis selagi mereka tidak dapat menggantikan buah pinggang baru.

Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis harus menjalani dialisis tiga kali seminggu (12 kali sebulan). Setiap dialysis mengambil masa kira-kira empat jam. Jika tidak menjalani dialisis boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila tubuh badan menjadi lemah.

Hampir semua pesakit buah pinggang memilih hemodialisis kerana ia dilakukan di hospital atau pusat dialisis yang dibantu oleh jururawat terlatih. Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak pusat dialisis terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman kerana mereka perlu berulang-alik ke pusat dialisis dan mengambil masa yang lama dan sudah tentu boleh menjejaskan kesihatan mereka.

PAS mengesa agar pihak kerajaan terutama kementerian kesihatan perlu memberi perhatian serious terhadap nasib pesakit buat pinggang ini dengan memberi bantuan bulanan kepada yang kurang berkemampuan dan juga pihak Baitulmal boleh juga menyalurkan bantuan kepada pesakit Muslim yang kurang berkemampuan.

Kerjasama dengan semua pihak untuk mengatasi masalah ini amatlah dihargai kerana kehidupan seorang pesakit buah pinggang adalah sangat berharga tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak



English version

The less fortunate kidney patients should be noted

Miri PAS has giving contribution to kidney patients at the Miri Red Crescent Dialysis Center in conjunction with this noble Ramadan, a total of 50 patients have received the contribution.

Some of the recipients came from Niah, Sibuti and those living in Miri. Most of them are poor and less fortunate. Miri PAS also contributed more than 400 packs of donated goods to the less fortunate around Miri and Sibuti.

One kidney patient who is also Coordinator of Jariah Usrati Charity Project, Haji Mohamad Taha bin Haji Bini informed us, many patients need help, especially the poor and less fortunate patients. He also asked more donors to help provide assistance to patients who need monthly treatment.

Most patients get help from the public and they also need attention from the government, especially in the medical costs they have to bear with themselves if there is no help from the public. If there is no help from the public, there may be many poor kidney patients unable to continue hemodialysis treatment and may be harmful to their health.

Dialysis does not actually cure kidney disease, but it replaces kidney function. In some cases, kidney failure may be a temporary problem and dialysis can be stopped when the kidneys are healed. It can be cured by carrying the kidney transplant immediately, so dialysis may be needed until the kidney donor is available. They are supposed to be treated as persons with disabilities (PWDs) because they only rely on dialysis machines as long as they cannot replace the new kidneys.

Kidney patients undergoing hemodialysis should undergo dialysis three times a week (12 times a month). Each dialysis takes about four hours. If not undergoing dialysis can cause loss of life when the body becomes weak.

Almost all kidney patients choose hemodialysis as it is performed in a hospital or dialysis center assisted by a trained nurse. The government should also provide more dialysis centers especially for those who live far inland because they have to commute to a dialysis center and take a long time and certainly can affect their health.

PAS urged that the government, especially the health ministry, should pay serious attention to the patient's fate in this waist by providing monthly assistance to the less fortunate and the Baitulmal may also channel aid to less fortunate Muslim patients.

Collaboration with all parties to overcome this problem is greatly appreciated because the life of a kidney patient is very valuable regardless of race, religion and political affiliation.


Read more...