Pesakit
buah pinggang yang kurang bernasib baik perlu diberi perhatian

Ada diantara
penerima datang dari Niah, Sibuti dan mereka yang tinggal dalam dearah Miri.
Kebanyakan mereka adalah mereka yang daif dan kurang berkemampuan. PAS Miri turut
menyumbangkan lebih daripada 400 bungkusan barangan yang disumbangkan kepada
golongan kurang bernasib baik di sekitar Miri dan Sibuti.
Salah seorang
pesakit buah pinggang yang juga Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji
Mohamad Taha bin Haji Bini memberitahu pihak kami, ramai pesakit yang
memerlukan bantuan terutama golongan miskin dan pesakit yang kurang
berkemampuan. Beliau juga meminta lebih banyak penderma untuk bersama-sama
memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan rawatan bulanan.

Dialisis sebenarnya
tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang, tetapi ia menggantikan fungsi buah
pinggang. Dalam sesetengah kes,
kegagalan buah pinggang mungkin masalah sementara dan dialisis boleh dihentikan
apabila buah pinggang sembuh. Ianya boleh disembuhkan dengan menjalankan
pemindahan buah pinggang dengan segera, jadi dialisis mungkin diperlukan
sehingga penderma buah pinggang sesuai tersedia. Mereka sepatutnya dianggap
sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana mereka hanya bergantung pada mesin
dialisis selagi mereka tidak dapat menggantikan buah pinggang baru.
Pesakit buah
pinggang yang menjalani hemodialisis harus menjalani dialisis tiga kali
seminggu (12 kali sebulan). Setiap dialysis mengambil masa kira-kira empat jam.
Jika tidak menjalani dialisis boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila
tubuh badan menjadi lemah.

PAS mengesa agar pihak
kerajaan terutama kementerian kesihatan perlu memberi perhatian serious
terhadap nasib pesakit buat pinggang ini dengan memberi bantuan bulanan kepada
yang kurang berkemampuan dan juga pihak Baitulmal boleh juga menyalurkan
bantuan kepada pesakit Muslim yang kurang berkemampuan.
Kerjasama dengan
semua pihak untuk mengatasi masalah ini amatlah dihargai kerana kehidupan
seorang pesakit buah pinggang adalah sangat berharga tanpa mengira kaum, agama
dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version
The
less fortunate kidney patients should be noted

Some of the recipients
came from Niah, Sibuti and those living in Miri. Most of them are poor and less
fortunate. Miri PAS also contributed more than 400 packs of donated goods to
the less fortunate around Miri and Sibuti.
One kidney patient
who is also Coordinator of Jariah Usrati Charity Project, Haji Mohamad Taha bin
Haji Bini informed us, many patients need help, especially the poor and less
fortunate patients. He also asked more donors to help provide assistance to
patients who need monthly treatment.

Dialysis does not
actually cure kidney disease, but it replaces kidney function. In some cases,
kidney failure may be a temporary problem and dialysis can be stopped when the
kidneys are healed. It can be cured by carrying the kidney transplant
immediately, so dialysis may be needed until the kidney donor is available.
They are supposed to be treated as persons with disabilities (PWDs) because
they only rely on dialysis machines as long as they cannot replace the new
kidneys.

Almost all kidney
patients choose hemodialysis as it is performed in a hospital or dialysis
center assisted by a trained nurse. The government should also provide more
dialysis centers especially for those who live far inland because they have to
commute to a dialysis center and take a long time and certainly can affect
their health.

Collaboration with
all parties to overcome this problem is greatly appreciated because the life of
a kidney patient is very valuable regardless of race, religion and political
affiliation.
0 Comments Received
Post a Comment