Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah pelarian 

Permulaan Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru untuk kalendar Hijrah. Namun, tahun Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah diambil sebagai permulaan pengiraan untuk kalendar Hijrah. 

Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari kota Makkah ke Madinah bukan kerana dia melarikan diri atau dianggap sebagai "pelarian" seperti yang dinyatakan oleh seorang pemimpin yang tidak memahami apa maksud sebenar Hijrah. 

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri. 

Kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu yang sangat dinantikan. Sebelum ini, mereka pernah mendengar kisah Nabi Akhir Zaman yang akan membawa obor Islam dan cahaya Iman yang akan menerangi tanah Madinah. Semua persiapan menyambut Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah disiapkan dengan perayaan yang paling meriah. 

Tema sambutan Ma'al Hijrah di Malaysia pada tahun 2020M / 1442H adalah "Ummah Rabbani, Negara Harmoni." Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pemupukan pengetahuan, dan pengukuhan pengurusan. Ini akan mewujudkan keadaan yang harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dipasang dan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih baik dan damai daripada sebelumnya. 

Semasa menyambut perayaan Maal Hijrah ini tahun ini, kita juga menghadapi wabak Covid-19, jadi kita juga harus mematuhi SOP dan menjaga kesihatan dan keselamatan agar kita dapat mencegah penyebaran wabak ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijriah, kali ini dapat membawa perubahan yang lebih baik dalam kehidupan seharian kita. 

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”  (Ar-Ra'd 13:11) 

PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua. Semoga tahun ini segala hajat dan doa kita diterima dan kita dapat hidup dengan penuh harmoni dan dapat memupuk perpaduan antara kaum dan agama dengan lebih baik lagi.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak


English version

The migration of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam is not a refugee

The beginning of Muharram or Maal Hijrah is an important day for Muslims because it marks an important event that took place in the history of Islam, namely commemorating the migration of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam from the city of Makkah to Medina in 622 AD. 

The historic event took place on 1 Muharram New Year for the Hijrah calendar. However, the Hijrah year of Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam from Mecca to Madinah was taken as the beginning of the calculation for the Hijrah calendar. 

The migration of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam from the city of Makkah to Medina was not because he fled or was considered a "refugee" as stated by a leader who did not understand what the real meaning of Hijrah was. 

On Monday, September 20, 622 AD the migration of the Prophet Muhammad from Makkah to Medina. Many Western orientalists consider this action to be an escape. But this migration took place not because the Muslims were afraid of the threat of the Quraish of Makkah but because of the invitation of the people of Madinah themselves. 

The arrival of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam is one that is eagerly awaited. Before this, they had heard the story of the Prophet of the End Times who will carry the torch of Islam and the light of Faith that will illuminate the land of Medina. All preparations to welcome the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam has been prepared with the liveliest celebration. 

The theme of the Ma'al Hijrah celebration in Malaysia in 2020M/1442H is "Ummah Rabbani, Negara Harmoni." The selection of this theme contains three main components namely human capital development, knowledge cultivation, and management strengthening. It will create a harmonious situation when these three components are installed and the lives of Malaysians are better and more peaceful than before. 

While celebrating this Maal Hijrah festival this year, we also face a COVID-19 epidemic, so we must also comply with the SOP and maintain health and safety so that we can prevent the spread of this epidemic. Hopefully, with the advent of the Hijri New Year, this time can bring better changes in our daily lives. 

“For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: They guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willets a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, and to protect.” (Ar-Ra'd 13:11) 

PAS Sarawak would like to wish a happy Maal Hijrah to all. May this year all our wishes and prayers are accepted and we can live in harmony and be able to foster unity between races and religions even better.

 

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief