Miri, 2/1/2010 – Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa mengurniakan rahmatNYA, Parti ISLAM Se-Malaysia (PAS) Kawasan Miri melangkah maju kehadapan dengan penuh tawaduk dan rasa syukur kepadaNYA di atas penubuhan PASTI kedua di Miri, PASTi Al-Amalu Lillah. Serta pembukaan Pejabat PAS Kawasan Miri. PASTI AL-AMALU LILLAH, Pujut
Pejabat PAS Kawasan Miri yang ditubuhkan ini merupakan Pejabat PAS yang kedua di negeri Sarawak selepas Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak di Kuching. Namun, pejabat ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian dan pembaikan, dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya dalam bulan Febuari 2010 insyaALLAH.Untuk pengetahuan semua, pihak PAS kawasan Miri telah membuka beberapa lot infak untuk sewaan pejabat serta kos pengubahsiannya. Setakat ini masih banyak lagi lot infak untuk diinfakkan. Kepada yang berminat untuk melabur dalam saham akhirat ini bolehlah berhubung dengan Bendahari Kawasan di talian 012-4657256.
Sukarelawan-sukarelawan sedang sibuk membersih dan mengecat Pejabat baru PAS Kawasan Miri
Alhamdulillah pada 2hb Januari 2010 yang lalu beberapa sukarelawan PAS Kawasan Miri telah sama-sama bergotong-royong membersih serta mengecat pejabat tersebut. Moga dengan pembukaan rasmi Pejabat PAS Kawasan Miri ini nanti akan memberi impak kepada lanskap politik khususnya di Miri ini insyaALLAH. Takbir!!!
PAS Untuk Semua

Tahun Baru PAS Miri Melangkah Maju!
Search


Followers
Kalender Hijrah

Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
Episode Sebuah Perjuangan
Local Previews:
National Previews:
Malaysiakini (Bahasa Melayu)
Error loading feed.
Malaysiakini (English)
Error loading feed.
Malaysiakini (Chinese)
Error loading feed.
tahniah..teruskan berjuang demi islam dan keadilan
Alhamdulillah ada juga pejabat PAS di Miri..