PAS Sarawak Mahu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Terus Memimpin PAS Untuk Semua
Assalamualaikum wbt

Kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dihormati dan dikasihi, PAS Sarawak dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak (DHPP) ingin menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Presiden agar terus memimpin dan berada dalam parlimen Malaysia selagi nyawa masih dikandung badan.

Tuan Guru Presiden harus tetap memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana keilmuan yang meluas dalam bidang agama Islam serta pengalaman Tuan Guru dalam politik di Malaysia sangat dikagumi oleh rakan dan pihak lawan.



Tuan Guru memiliki sifat akhlak yang baik, serta tidak pernah melakukan penyelewengan dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang memimpin PAS dan juga memerintah Terengganu satu ketika dulu. Sifat yang mulia inilah yang menyebabkan orang Islam dan bukan Islam menerima Tuan Guru sebagai pemimpin yang adil untuk semua.

Tuan Guru telah berjaya bersama-sama menyatukan ketiga-tiga parti (PKR,DAP dan PAS) dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), maka inilah masanya Tuan Guru sama-sama menikmati hasil perjuangan Pakatan dalam Pilihanraya Umum ke13 nanti.

Dalam keadaan PR menghampiri laluan ke Putrajaya paling tidak, Tuan Guru diperlukan untuk menjadi antara pemimpin paling atas dalam pucuk pimpinan Malaysia jika PR berjaya membentuk kerajaan nanti, Insya-Allah.

Kita tahu ada pihak musuh dalam politik menggunakan isu pengunduran Tuan Guru sebagai alasan mereka mengatakan ada krisis kepimpinan dalam PAS dan Pakatan. Sekarang pihak musuh akan menggunakan apa saja cara untuk mengadu domba dan memecahbelahkan pimpinan Pakatan agar hasrat Pakatan untuk menawan Putrajaya gagal dan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah Malaysia.

Khidmat dan sumbangan ilmu pengetahuan Tuan Guru sangat diperlukan, kami akan merasa suatu kehilangan yang besar kiranya Tuan Guru mengundur diri pada waktu ini, lebih-lebih lagi perjuangan PAS di Sarawak masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari Tuan Guru.

Sekarang PAS Sarawak telah berjaya menyakinkan rakyat Sarawak agar sama-sama berjuang menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sokongan rakyat terhadap PAS Sarawak tengah meningkat naik dan mereka yakin PAS bersama dengan PR dapat menawan hati rakyat yang berbilang bangsa di Sarawak.

Kami sekali lagi merayu kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dihormati dan kasihi, agar memikirkan semula hasrat Tuan Guru untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Kita berdoa kepada Allah, semoga Tuan Guru Presiden sentiasa dalam kesihatan yang baik dan terus berjuang bersama menegakkan Negara kebajikan yang bercirikan Islam untuk semua.

Salam perjuangan dari PAS Sarawak

Berjuang kerana Allah

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri, merangkap Timbalan Pesuruhanjaya iii PAS Sarawak

English version

PAS Sarawak want Tuan Guru Haji Abdul Hadi continues to lead PAS for All
Assalamualaikum wbt

To our respected and beloved Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, President of party Islam Se-Malaysia (PAS), PAS Sarawak and Sarawak PAS Supporters Congress, would like to state support to the Tuan Guru President to continue to lead and be in Malaysian parliament as long as life remains conceived by body.

Tuan Guru President should remain lead the Islamic Party of Malaysia (PAS) as a broad knowledge in the field of Islamic religion and experience of Tuan Guru in Malaysian political are admired by friends and opponents.


Tuan Guru has a good moral character, and never did abuse and not misuse of power during lead PAS and once ruled Terengganu. The character of this noble cause Muslims and non-Muslims accept Tuan Guru as a leader who just for all.



Tuan Guru was successful, integrate together with the three parties (PKR, DAP and PAS) in the combination of Pakatan Rakyat (PR), then this is the time, Tuan Guru together enjoy the fruits of the PR struggle in this coming 13th General Election.

In PR approaching the route to Putrajaya, Tuan Guru needed most to be among the top leaders in Malaysia if the PR leadership succeeded in forming the government soon, God willing.

We know there are political opponents using the issue of withdrawal of Tuan Guru as the reason they say is a crisis of leadership in PAS and Pakatan. Now the enemy will use whatever means to compete the sheep and divide the Alliance leadership so that the Alliance's intention to capture Putrajaya failed and the Barisan Nasional (BN) will continue ruled Malaysia.

Services and the knowledge contribution of Tuan Guru is indispensable, we will feel a great loss if Tuan Guru stepped down in this period, especially the struggle of PAS in Sarawak still need guidance and direction from the Tuan Guru.

Now PAS Sarawak has successfully convinced the people of Sarawak to jointly fight justice for all regardless of race, religion and political belief. The supports from the people against PAS Sarawak are increase and they are confident, PAS together with Pakatan can win the hearts of the people of different races in Sarawak.

Once again, we request to our respected and beloved Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang to rethink the desire of Tuan Guru to step down in this coming 13th general election.

We pray to Allah, May the Tuan Guru President is always in good health and continues to struggle together to uphold the welfare state which features, Islam is for all.

Struggles greeting from the PAS Sarawak

Fighting for Allah

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii