Rumah Roboh akibat Hakisan Tanah di Kampung Sungai Dalam

Miri - Sebuah keluarga yang tinggal di pinggiran Sungai Dalam B, Lambir di Miri, merayu agar pihak kerajaan segera menyelesaikan masalah hakisan tanah dihadapan rumah mereka. Sebahagian rumah mereka telah roboh akibat hakisan tanah pada tahun yang lalu.

Keluarga tersebut bernasib baik, kerana hanya sebahagian saja rumah mereka yang roboh , kalau tidak sudah tentu perkara yang lebih buruk berlaku keatas mereka.

Penduduk kampung, menasihatkan keluarga tersebut agar meminta bantuan dari pejabat Tanah dan Ukur untuk mengatasi masalah tanah mereka.

Puan Minah Binti Sulong, dan suaminya Aban bin Juhai pernah mengadu kepada pejabat tanah dan ukur di Miri mengenai masalah tempat tinggal mereka tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Mereka pernah juga memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi tiada sebarang bantuan yang dihulurkan.

Si suami yang agak berumur tapi masih lagi bekerja di supermarket berdekatan dan terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membina semula bahagian rumah mereka yang runtuh akibat tiada bantuan atau peruntukan dari pihak yang berwajib.

Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan segera memperbaiki dan membina benteng pertahanan di pinggir sungai tersebut untuk mengelak berlaku hakisan tanah yang lebih teruk lagi akibat hujan lebat. Jabatan Perparitan dan saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya sepatutnya, membina parit dan juga jalan untuk kemudahan penduduk di kampung Sungai Dalam tersebut, agar mereka tidak dilanda oleh masalah tanah hakisan dan banjir di kawasan tersebut.

Kita mendesak pihak berwajib segera datang ke kampung Sungai Dalam dan meninjau keadaan sungai di kawasan tersebut, agar tidak berlaku hakisan tanah lagi. Jangan sampai berlaku kecelakaan barulah pihak yang berwajib mahu bertindak.

Kita harap mereka yang diamanah oleh rakyat dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

English version

Houses collapsed due to Soil Erosion in Kampung Sungai Dalam

Miri - A family who lived in the suburb of Sungai Dalam B, Lambir in Miri, pleading the government to immediately resolve the problem of soil erosion in front of their house. Parts of their homes were damaged by soil erosion last year.

The family was lucky, because only part of their house collapsed if not certainly worse things would happen on them.

The villagers advised the family to request help from the Land and Survey office to solve the problem on their land.

Mrs. Minah Binti Sulong, and her husband Aban bin Juhai complained to the land and survey office in Miri on the problems where they live, but no action was taken. They also have applied for support from Social Welfare Department, but no assistance render.

The husband is quite old but still working in a supermarket nearby and had to use his own money to rebuild the collapsed portion of their home due to no support or funding from the authorities.

The relevant authorities should take immediate action to improve and put up barricades at the edge of the river to prevent soil erosion occurs even worse due to heavy rain.

The Department of Irrigation and drainage (DID) and the Public Works Department should, build trenches and roads for the convenience of the villagers of Sungai Dalam, so they are not affected by soil erosion and flooding problems in the area.

We urge the relevant authorities come to the village and explore the river at the Sungai Dalam area, so that soil erosion does not occur again. Do not wait until an accident occurs then the authorities want to act.

We hope those who are entrusted by the people can carry out their responsibilities honestly and fairly regardless of race, religion and political belief.