Nasib Si Ibu Tunggal Yang Tersisih
Ibu Tunggal Perlu Bantuan Segera
BEKENU - Baru-baru ini PAS Miri telah membuat lawatan dan memberi sumbangan Ramadhan di kampung Dagang Bekenu dalam kawasan parlimen Sibuti. Semasa lawatan tersebut PAS Miri telah berkunjung ke sebuah rumah yang agak usang dalam kampung tersebut.
Pemilik rumah tersebut Puan Zaida bt Tuah seorang ibu tunggal yang telah membeli rumah tersebut lebih 10 tahun yang lalu dengan harga RM8000. Puan Zaida tinggal bersama dengan anak dan cucunya, mereka hanya memunggut dan berjual hasil dari hutan ke pekan Bekenu. Beliau juga mempunyai seorang anak yang kurang upaya atau OKU (Orang Kurang Upaya).
Beliau pernah memohon bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) lebih dari 4 kali namun sampai ke hari ini masih belum berhasil walaupun ada pihak tertentu yang pernah datang membuat pengukuran di tapak kediaman beliau. Beliau juga mengadu yang pihak Bantuan Kebajikan Masyarakat atau pun Baitulmal tidak pernah datang menjengok atau memberi bantuan kepada nasib keluarga beliau yang kurang bernasib baik ini.
Yang peliknya, walaupun beliau seorang yang setia dengan BN, sehingga rumah beliau dipasang dengan bendera BN, payung BN, namun pihak kerajaan BN yang memerintah sekarang mengabaikan nasib beliau sekeluarga.
Pihak PAS amat simpati dengan nasib keluarga tersebut dengan melakukan inisiatif awal dengan memberi bantuan keperluan harian kepada beliau sekeluarga dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini agar beliau sekeluarga dapat menyambut Aidil fitri dengan perasaan gembira seperti kebanyakan keluarga lain yang hidup disekitar kampung tersebut.
Kita berharap pihak yang berwajib serta badan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal dapat datang membantu meringankan bebanan kelurga tersebut bukan saja semasa menyambut Aidil fitri bahkan terus memberi bantuan keperluan harian mereka secara bulanan.
Kita mendesak agar pihak Bantuan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal turun padang dengan memberi bantuan segera dan menyalurkan keperluan harian kepada keluarga tersebut.
Semoga dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini dapat menyedarkan kita betapa masih ramai lagi orang yang amat memerlukan bantuan akibat dari tekanan hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.
Kepada pihak yang berkenaan, marilah kita sama-sama membantu meringankan bebanan mereka ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar Allah memberkati usaha kita.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Single Mothers need immediate Help
The owner Mrs. Zaida bt Tuah is a single mother who had bought the house more than 10 years ago with the price of RM8000. Mrs. Zaida living with her children and grandchildren, they only collect and sell produce from the forest to the Bekenu town. She also has a disabled child or OKU (Persons with Disabilities).
She has seeking assistance for the Housing Project for Poor Hardcore (PPRT) more than 4 times, but until today still not successful although there were certain party that has come make surveying at her home site. She also complained that the Social Welfare Assistance or the Baitulmal did not come to look or give assistance to the plight of her family that was less fortunate.
Curiously, although she is a loyal to the BN, up to her house fitted with BN flags, BN umbrella, but the ruling BN government now ignore the fate of her family.
The PAS is sympathy with the family plight by taking the early initiative by helping with daily needs of her family in this most blessed Ramadan so that her family able to celebrate Eid Fitr happily like many other families who live around the village.
We hope the authorities and bodies of Social Welfare and the Baitulmal can come to help ease the burden of the family not only while celebrating Eid Fitr but also continue to provide assistance in giving their daily needs on a monthly basis.
We urge the Social Welfare Assistance and the Baitulmal down to the ground to provide immediate assistance and providing daily necessities to these families.
Hopefully in the month of Ramadan full of blessings can be a lesson to us that there are still many more people in need of help due to the stress of living in poverty and hardship.
To the parties concerned, let us all help reduce their burden regardless of race, religion and political belief that God will bless our efforts.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
August
(7)
- Sampah Bertimbun Akibat Kutipan Tidak Teratur
- Selamat Hari Raya Idul-Fitri Untuk Semua
- Polis Trafik Memilih Kenderaan Tertentu Untuk Disa...
- Saman Pesalah Ringan Terlalu Mahal
- Pembakaran Terbuka Syarikat Perladangan Punca Jere...
- Nasib Si Ibu Tunggal Yang Tersisih
- Sistem Giliran Tabung Haji Perlu Dikaji Semula
-
▼
August
(7)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Just ajak alamat penuh rumah org iya.xiboh nak desak2 org.WHO ARE YOU???
Nak tolong,tapi dipolitik n nganu org....mcam itukah pejuang Islam????
Bila nya MINTA bantuan Baitulmal???
Mengikut sumber dr TBS Miri,makcik ya xpernah pun minta bantuan, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pada 8 Ogos yang lalu Pegawai TBS Miri datang sendiri memantau ke rumahnya.
Maklumat yg TIDAK TEPAT boleh menghakis kepercayaan org, apatah lagi kalau yg mengaku berjuang atas landasan Islam kununnya.
Janganlah semua perkara nak dipolitkkan.
Dah muflis isu...agaknya?
kenapa TBS x terus dtg membantu makcik ya buat apa TBS dtg sekadar memantau rumah makcik ya... kmk rasa sidak Pas cuma highlite masalah makcik ya ... semua maklumat dari makcik ya bukannya rekaan Pas...jadi sapa nganok sapa dalam hal tok? kalo nk komen pasti ktk tau cerita sebenarnya... mengikut maklumat yg kmk dgr sidak TBS dh diberitahu masalah makcik ...jadi setelah perkara tok dikeluarkan dlm media baru sidak TBS dtg setelah mendapat maklumat dari sidak Pas....
kenapa ktk sakit ati dgn PAS???
kalo ada sidak PAs buat kesilapan apa salahnya ktk tegur secara baik...jumpa pimpinan sidak...jgn hanya berani komen dlm tok sbb org x tau sapa ktk sebenarnya....
Penduduk Miri Perihatin
Kalau nak tolong org xpayah nak publisiti...
Kalau nak tolong baitumal,mudah ajak pergi ke opis sidaknya beri alamat dan nyatakan masalah yang berkenaan..abis cerita!
Tok komen macam2,bila org serang balik dikatakan ngano....n sakit ati ngan Pas...
Sebenar nya PAS yg cari musuh n cari pasal....sebab d pala nya dah gian politk!!!
PAS NAK BERDAKWAHKAH ATAU BERDALIH???
Semoga PAS terus berjuang untk mmbela nasib IBU TUNGGAL yg tersisih di seluruh Malaysia.Hanya Pas sahaja yg mampu lakukan. Dan kalau janda/balu yg masih nak nikah..ambil sahaja sbg isteri semoga anak2nya terbela..mudah2an iya menajdi ibadah....amin
Bagaimana nak jumpa ketua pas???Nak tau apa sebenarnya 'nak memimpin perubahan di Srawak???
Kalau di kedah n klate dah jd pemerintah pun xdpt tunjuk jd memimpin perubahan, apatah lagi di Sarawak???
Mimpi di siang hari kot!!!
udah agik jgn kelahi sama sendiri...tok pun nk bising2 biarlah sidak polah kerja sidak...selamat berpuasa..maaf zahir batin
Ada kh nmbr tlfn mkck ya