PAS Semakin DiTerima Oleh Berbagai Bangsa Dan Agama
Bukan Islam dan berbilang bangsa menerima PAS sebagai wadah perjuangan
MIRI - Alhamdullillah, PAS Sarawak telah berjaya menarik orang ramai ke majlis "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di tapak kawasan perumahan di jalan Brighton Miri Sarawak. Miri telah diberi amanah sebagai mewakili PAS Sarawak sebagai tuan rumah pada majlis tersebut. Kedatangan Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama rombongan pimpinan PAS Pusat telah disambut hangat di lapangan terbang Miri pada hari ahad yang lalu.
Antara kejutan pada malam "Himpunan Hijau PAS Sarawak" seperti yang diwar-warkan sebelum ini oleh PAS adalah penerimaan borang keahlian DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dari beberapa buah rumah panjang dalam kawasan Sibuti. Ramba mewakili DHPP Sarawak telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada malam tersebut.
Sekarang masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima PAS sebagai wadah perjuangan sebab mereka yakin dengan dasar perjuangan PAS walaupun PAS sebagai parti Islam. Mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang membela semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Siapa sangka kalau dulu PAS dianggap sebagai sebuah parti yang ektrimis tetapi apabila rakyat yang bukan beragama Islam mendekati dan memahami perjuang Islam yang dibawa oleh PAS, mereka mulai sedar yang selama ini mereka mendapat gambaran yang salah tentang perjuangan PAS.
Tanpa ada perasaan ragu mereka terus memberi sokong kepada perjuangan PAS. Inilah perubahan yang sangat ditakuti oleh pihak musuh. Pihak musuh berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mencipta berbagai-bagai fitnah dan melaga-lagakan Pakatan supaya berpecah dan mudah bagi pihak musuh untuk terus berkuasa.
Kita yakin pihak musuh akan memainkan isu agama dan bangsa untuk menakutkan pengundi di Sarawak agar terus menyokong mereka. Walaubagaimana pun kita yakin rakyat Sarawak bukannya bodoh dan mudah dibeli dengan wang ringgit semata-mata untuk mendapat laba yang bersifat sementara.
Kalau rakyat Sarawak mudah dibeli dengan wang ringgit adalah malang sekali bagi rakyat Sarawak umpama tanah hilang, hidup merempat di tanah sendiri. Hanya mereka yang tidak mempunyai fikiran yang waras saja sanggup mengadai tanah air sendiri tanpa memikir akan nasib keturunan mereka pada masa akan datang.
Antara lain yang juga menyertai PAS adalah salah seorang motivator yang agak terkenal berasal dari Lundu, Kuching Sarawak ustaz Muhamad Rashidi Abdullah. Beliau berketurunan Bidayuh salah satu suku kaum yang terdapat di Sarawak. Sekarang masih menetap di Pengadang Baru, Kuala Terengganu di Terengganu dan sering kali datang ke Sarawak untuk mengajar dan memberi motivasi kepada pelajar di Sarawak. Beliau bersedia untuk memberi sepenuh tenaga beliau untuk PAS di Sarawak dan menyeru agar rakyat Sarawak bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik lagi.
Diantara pimpinan yang hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Presiden PAS, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak, DAP, PKR dan juga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.
Dalam majlis tersebut juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada memberi sedikit penerangan tentang hudud yang menjadi isu sekarang dimana katanya isu hudud hanya melibatkan orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam mahu menerima perundangan Islam ianya tidak menjadi masalah, kalau mereka tidak bersedia maka mereka boleh memilih perundangan yang ada sekarang mengikut kepercayaan masing-masing. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam sebab Islam adalah agama yang adil untuk semua.
Semoga dengan adanya kerjasama yang erat dalam Pakatan,impian rakyat untuk menuju dan menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan. Rakyat yang berhak untuk memilih kerajaan yang mereka yakini boleh memberi kesejahteraan dan keamanan kepada Negara.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Non-Muslims and multiracial accept PAS struggle
Among the surprises on the night of "Himpunan Hijau PAS Sarawak" as previously touted by PAS is receiving the membership form DHPP (PAS Supporters congress) from a number of longhouses in the Sibuti areas. Ramba represent Sarawak DHPP submit PAS membership form to Tuan Guru Haji Abdul Hadi on the night.
Now those non-Muslims are able to accept PAS unity of struggle because they believe PAS policy even as the Islamic party PAS. They see PAS as a party defend all levels of society regardless of race and religion.
Who would have thought that once PAS is considered as a party that extremists but when the people who are non Muslim approach and understand the struggle of Islam brought by PAS, they began to conscious which all this while they got the wrong picture about PAS struggle.
Without any sense of doubt they continue to give support to the PAS. This change was much feared by the opponents. The opponents will try to divide the coalition with creating various slanders and create antagonisms between alliance to split and easy for opponents to stay in power.
We are confident that opponents will play the race and religion issues to scare voters in Sarawak to continue to support them. However, we are confident that the people of Sarawak are not stupid and easily bought with money solely for temporary gain. If the people of Sarawak can be easily bought with money it is unfortunate for the people of Sarawak as land is lost, living homeless in their own land. Only those who do not have a sensible mind only are willing to mortgage their own land without rethink the fate of their descendants in the future.
Among others who also joined the PAS is one of a fairly well-known motivator comes from Lundu, Kuching Sarawak, ustad Mohammed Rashidi Abdullah. He was one of Bidayuh tribe in Sarawak.It now remains settling in Pengadang Baru, Kuala Terengganu, and Terengganu and often come to Sarawak to teach and motivate students in Sarawak. Now remain in Terengganu and often come to the state to teach and motivate students in the state. He was willing to give his full energy to PAS in Sarawak and called for the people of Sarawak ready to change towards the better.
Among the leaders present at the ceremony were Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi PAS president, Dr Hatta Ramli Kuala Krai MP, PAS Youth chief Ustad Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin former Deputy Minister of Education, Deputy Commissioner III Sarawak PAS, DAP, PKR and PAS Supporters congress representative (DHPP) Sarawak.
In the event also Tuan Guru Haji Abdul Hadi, gave a brief explanation about hudud that an issue now where he said hudud issue involving Muslims only and in the event of non-Muslims to accept Islamic law it is not a problem, if they are not ready so they can choose the existing legislation in accordance with their own beliefs. Islam does not force other religions to Islam because Islam is a religion of justice for all.
Hopefully, in close cooperation in alliances, dreams of people to lead and capture Putrajaya will become a reality. People are entitled to elect a government that they believe can provide prosperity and peace to the country.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
September
(10)
- Jam Besar Taman Bulatan Jadi Perhiasan
- Simpang Jalan Maut
- Tamu Daif Perlu Dinaik Taraf
- Kemana Perginya Peruntukan Jalan Lapok?
- Rumah Terbuka PAS Sarawak
- Selamat Hari Malaysia 2012
- Poliklinik Miri Semakin Sesak Dan Sempit
- Sudahkah Kerajaan Menunaikan Janji Ditepati Untuk ...
- Kuota Haji Untuk Sarawak Semakin Berkurangan
- PAS Semakin DiTerima Oleh Berbagai Bangsa Dan Agama
-
▼
September
(10)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.“
"JIKA PAS MEMERINTAH SARAWAK"
Berapa byk ADUN yg akan ditandingi PAS dan menang kesemuanya sehingga mampu memerintah Sarawak?
Demo ingat jumlah org Islam Sarawak sama ngan Malaya kah?
Pls jgn lah terlalu berangan2!!!