SPR Perlu Keadah Baru Untuk Memantau Peti Undi
CCTV Cara Terbaik Mengawasi Peti Undi Dalam Lokap
Merujuk kepada kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Datu Takun Sunggah dalam Utusan Borneo yang pengundian akan dibuat tiga hari lebih awal bagi pasukan beruniform serta isteri dan kotak undi akan ditutup dan disimpan di lokap polis bagi mengelakkan penyalahgunaan dan hanya dibuka pada waktu pengiraan undi.
Dalam kenyataan tersebut, Takun turut memberitahu memandangkan akan ada risiko atau perbuatan khianat, akan ada permintaan daripada ejen parti untuk bermalam di lokap selama tiga hari. “Polis akan memutuskan sama ada ejen parti dapat tidur di lokap,” katanya.
Kita ingin bertanya kepada mereka yang bercadang untuk agen parti tidur di lokap. Mengapa perlu tidur di lokap, adalah lebih baik pasang CCTV untuk mengawasi peti undi tersebut daripada menyuruh agen parti tidur di lokap. Dengan menggunakan CCTV semua pihak boleh mengawasi terus serta dapat mengesan dengan mudah sebarang penyelewengan berlaku.
Pastikan CCTV itu ada “backup system” atau sistem sokongan yang boleh menyimpan segala data-data yang dirakam agar tidak hilang sekiranya berlaku bekalan elektrik terputus.
Sekali lagi kita mengesa kepada pihak SPR agar menggunakan CCTV untuk mengawasi segala pergerakan dan proses pemilihan agar ianya berjalan dengan baik dari awal sehingga akhir proses pengiraan undi.
Sepatutnya kita sudah lama menggunakan keadah yang lebih canggih dan moden dalam proses pengundian bukannya dengan cara lama yang tidak cekap dan mundur.
Semoga perkara ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak SPR agar semua pihak berpuas hati dengan sistem dan proses pengundian yang dijalankan dalam negara ini. Sekurang-sekurangnya masalah penyelewengan dan penipuan semasa proses pengundian dapat dielakkan atau pun dapat dikawal semaksima mungkin.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
CCTV The Best Way Overseeing Ballot Box In Lockup
Referring to the statement of the Election Commission (EC) of the State Datu Takun Sunggah in Utusan Borneo that voting will be made three days in advance for the uniformed personnel and wife and the ballot box will be closed and kept in a police lock-up to avoid abuses and is only open during the counting of votes.
In the statement, Takun also told as there will be a risk or foul play, there will be demand from party agents to stay in the cell for three days. "The police will decide whether party agents can sleep in the lock-up, "he said.
We would like to ask those who plan for the party agents sleep in lock-up. Why should sleep in the lock-up, it is better install CCTV to monitor the ballot box than to ask party agents sleep in the lock-up. By using CCTV all parties can monitor directly and can easily detect any irregularities occur. Ensure that the CCTV should have a "backup system" or support system that can store all the recorded data from loss in the event of a power failure.
Once again we urge to the EC to use CCTV for monitoring of the movements and selection process so that it runs smoothly from beginning to end of the counting of votes.
We should have long been using more sophisticated methods and modern in the voting process instead of the old way an inefficient and backward.
Hopefully this matter gets the appropriate attention from the EC so that all parties are satisfied with the system and the electoral process conducted in this country. Minimum of irregularities and fraud problems during the voting process can be avoided or can be controlled.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
March
(7)
- Pemimpin PBB/BN Sukar Menerima Pandangan Orang Lain
- Masalah Air Dalam Kawasan Ketua Menteri Sarawak?
- SPR Perlu Keadah Baru Untuk Memantau Peti Undi
- Bila Lebuhraya Sarawak Boleh Siap Sepenuhnya?
- Mana Janji DiTepati Untuk Penduduk RH Jupiter?
- PAS Dan Pakatan Mendapat Sambutan Luar Biasa Di Ka...
- Ada Orang Mengambil Kesempatan Atas Nama Parti Unt...
-
▼
March
(7)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Salam,
Cara yang baik dan lebih efektif adalah dengan cara bilang 'counting' selepas selesai mengundi pada pengundian awal dan jumlah angka tu diketahui oleh kedua dua pihak. Tak perlu tidur dlm lokap @ CCTV, kerana kedua cara tersebut adalah tak logik dan boleh di manipulasi oleh pihak yg berkepentingan.
waAllhualam..
Dari
Insan perihatin.
Betul sepatutnya macam itulah kena kira terus dipusat pengundian mengapa mesti disimpan dlm lokap...inilah yg peliknya sistem pengundian di negara ini...