Pengagihan BR1M Sepatutnya Lebih Sistematik

MIRI – Masih terdapat masalah dari segi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia yang layak baru-baru ini terutama bagi mereka yang tidak mempunyai akaun dalam bank. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ada yang berebut-rebut sampai ada yang pengsan dan ada juga yang kecewa kerena tidak dapat menerima BR1M pada hari itu dan terdapat ramai penerima yang menerima BR1M kurang dari sepatutnya.

Ada penerima yang kurang puas hati kerana janji kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa PRU13 dulu akan diberi RM1,200 tetapi sekarang hanya diberi RM650 bahkan ada yang menerima hanya RM450. Pihak kerajaan harus memberi penjelasan mengapa ada sesetengah penerima BR1M tidak mendapat jumlah seperti yang sepatutnya. Mengapa ada pencukaian dalam pemberian BR1M?

Walaupun ada diantara mereka yang layak untuk mendapat BR1M tetapi disebabkan cara pengagihan yang tidak sistematik menyebabkan nama mereka tercicir atau hilang dalam senarai penerima yang layak.

Ada diantara mereka yang mengadu terpaksa berulang alik kerana nama mereka tidak ada dalam senarai penerima dalam sesuatu kawasan. Mereka diarah supaya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi  bila sampai ke sana, mereka pula disuruh pulang ke tempat pejabat daerah kerana nama mereka tidak ada dalam senarai penerima.

Kebanyakan mereka ini datang dari luar bandar dan kos pembelanjaan untuk mendapatkan BR1M memang tidak berbaloi kalau dibandingkan kesukaran dan kos ulang alik mereka yang terpaksa menyewa kenderaan untuk sampai ke bandar.

Kita sarankan kepada pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan agar pengagihan BR1M dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan berkesan dengan menggunakan kaedah  seperti mengumpul data-data penerima mengikut umur dan juga susunan abjad. Contohnya, golongan warga emas yang berumur 60 tahun keatas diberi keutamaan dan disusuli oleh golongan ibu tunggal dan seterusnya golongan yang layak menerimanya dalam satu garisan mengikut kumpulan yang tersebut.

Buka kaunter berasingan antara wanita dan lelaki agar ianya berjalan dengan lancar semasa pengagihan BR1M. Perkara diatas boleh diatasi dengan mengunakan sistem data yang lebih kemas dan ini boleh mengelak kesesakan dan perebutan semasa pengagihan BR1M.

Bagi yang tinggal di pedalaman sepatutnya pengagihan boleh dibuat di rumah panjang atau di balai raya yang berdekatan untuk memudahkan penerima BR1M yang kurang berkemampuan untuk datang ke bandar.

Kita harap pengagihan BR1M berjalan lancar dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. BR1M adalah hasil dari wang pembayar cukai maka semestinya mereka yang layak sahaja yang patut menerimanya. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

BR1M distribution Supposed to be More Systematic

MIRI – There is a problems in terms of the distribution of 1Malaysia People's Aid (BR1M) to eligible Malaysians recently especially for those who do not have a bank accounts. As reported in the press, there is a scramble until some are fainted and some are frustrated because they could not receive BR1M on that day and there are many BR1M recipients who receive less than they should.

Some recipients upset, as the promise of the ruling Barisan Nasional (BN) during the last 13GE will be given RM1, 200 but now only given RM650 and some even received only RM450. The government should explain why there is some BR1M recipients do not get the amount as it should. Why is there a tax on the provision of BR1M?

While some of them are eligible to receive BR1M but caused no systematic way of distribution resulting in their names dropped or missing in the list of eligible recipients.

Some of them are complaining having to commute because their names were not on the list of recipients in the area.  They were told to go to the Inland Revenue Board (IRB) but when they got there, they were told to return to the district office because their names were not on the list of recipients

Most of them come from rural areas and the cost of spending for BR1M is not worth when it compared to the difficulty and cost of traveling to those who have to rent a vehicle to get to the city.

We suggest to the government and those concerned that the distribution of BR1M can be done more systematically and effectively by using methods like collecting data of recipients according to age and also alphabetically. For example, senior citizens aged 60 years and above are given priority, followed by single parents and subsequently those who are eligible in a line according to the group.

Open a separate counter between women and men so that they run smoothly during BR1M distribution. The above can be overcome by using a more streamlined system data and can avoid congestion and scramble during BR1M distribution.

For those who live in rural, distribution should be made in the longhouse or a community hall nearby to facilitate BR1M recipients who cannot afford to come to town.

We hope BR1M distribution went smoothly and fairly without regard to race, religion and political affiliation. BR1M is the result of taxpayer money so it necessarily only those who qualify who deserve it.
Cooperation with relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.

Perjelas sebab pengurangan bayaran BR1M

by Reno Benjamin. Posted on February 26, 2014, Wednesday
SIBU: Kerajaan perlu memberi penjelasan sewajarnya berhubung pengurangan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada sepatutnya kepada sesetengah penerima.
Ini kerana, pengurangan jumlah bayaran daripada dijangkakan oleh penerima bantuan itu dikhuatiri boleh memberi salah faham terhadap usaha murni kerajaan.
Seorang penerima BR1M 3.0, Tinggi Besh memberitahu, dia agak kecewa kerana menerima bayaran yang kurang daripada yang dijangkakannya pada tahun ini.
“Pada BR1M tahun lalu, saya menerima bayaran RM500. Oleh itu, pada BR1M 3.0 ini saya menjangkakan akan menerima bantuan sebanyak RM650.
“Namun apa yang berlaku, saya diberitahu hanya akan menerima bantuan sebanyak RM450,” katanya di sini semalam.
Menurut Tinggi, dia tidak pasti mengapa bayaran BR1M itu dikurangkan tahun ini kerana dia menjangkakan menerima bantuan sebanyak RM650 secara automatik.
Dia memberitahu, pendapatan bulanannya sebagai seorang mekanik di sebuah syarikat swasta di sini juga tidak mencecah RM2,000 sebulan termasuk upah kerja lebih masa.
“Saya telah pergi ke pejabat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) di sini kelmarin dan pagi semalam bagi mendapatkan penjelasan,” ujarnya yang kurang berpuas hati dengan sebab yang diberikan.
Tinggi berkata, tiga rakannya turut mengalami nasib yang sama iaitu menerima bantuan BR1M yang kurang daripada apa yang mereka jangkakan.
Sementara itu, Tuai Rumah Unjah Besh berkata kerajaan seharusnya memaklumkan kepada penerima bantuan berhubung pengurangan bayaran itu terlebih dahulu.
“Sepatutnya penerima bantuan harus dimaklumkan sebelum ini mengenai perkara itu, terutama bagi yang jumlah bantuannya dikurangkan.
“Jangan menunggu saat-saat akhir kerana ia hanya akan mengecewa dan mengejutkan ramai penerima bantuan,” katanya sambil menambah penerima bantuan sebanyak RM500 sebelum ini pasti menjangkakan akan menerima RM650 secara automatik.
Sekiranya bayaran BR1M itu dikurangkan, kerajaan melalui LHDN harus memaklumkan atau memberi sebab yang munasabah kepada penerima agar penerima berasa tidak tertipu.
“Apabila perkara seperti itu berlaku, akan memberi implikasi negatif kepada kerajaan walaupun usaha kerajaan memberikan BR1M itu sesuatu yang baik,” jelas Unjah.
Keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara mereka pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan menerima bantuan sebanyak RM450.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM300.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/02/26/perjelas-sebab-pengurangan-bayaran-br1m/#ixzz2ucqEO6Lh