Kekalkan Kampung Wireless Sebagai Tapak Bersejarah

MIRI: Sebuah perkampungan Melayu / Melanau yang masih kekal di Miri yang dikenali sebagai Kampung Wireless adalah antara kampung tertua di bandaraya Miri. Terletak di tengah bandaraya Miri, kampung yang terbina sejak tahun 1949 itu tidak banyak perubahan meskipun pembangunan pesat giat membangun di sekitarnya.

Kampung Wireless dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan. Kampung Wireless mendapat nama daripada sebuah menara Telekomunikasi Jabatan Pos dan Telegraph yang dibina ditengah-tengah kampung ini oleh kerajaan British Coloni sekitar tahun 1950an.

Kebanyakan penduduk asal kawasan penempatan ini adalah nelayan Melayu dan Melanau. Disebabkan pembangunan semakin pesat membangun di bandaraya Miri, sebahagian daripada mereka telah dipindahkan ke satu tempat yang lebih ke hulu Sungai Miri yang dikenali sebagai Piasau Utara. Tetapi perpindahan itu tidak melibatkan seluruh penduduk kampung, ada sebahagian yang masih tinggal di situ sehingga sekarang.

Kampung Wireless wajar diberi nafas baru sebagai daya tarikan pelancong. Antara cadangan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa ialah mengekalkan ciri-ciri perumahan kampung tradisional Melayu / Melanau yang asal, dimana penduduk di situ seharusnya diberi lot tanah agar mereka dapat terus tinggal di situ tanpa sebarangan gangguan akibat pembangunan yang semakin pesat sedang berlaku di bandaraya Miri. Mereka yang tinggal di situ perlu diberikan kemudahan asas yang lebih sempurna agar kehidupan mereka lebih baik dari dulu.

Kita mengesa pihak berkuasa agar membina lebih banyak jeti dan kemudahan untuk pelancong melawat kawasan peranginan yang menarik di dalam kawasan kampung tersebut. Dengan membina lebih banyak jeti serta kawasan memancing secara tidak langsung ianya akan menarik lebih ramai pelancong dari luar dan dalam serta penduduk di situ juga dapat menambah rezeki dengan menjual barangan dagangan mereka. Oleh kerana kampung tersebut berada di tepian sungai Miri adalah disarankan ianya menjadi kawasan peranginan dan daya tarikan pelancong ke Miri sesuai dengan gelaran Miri Bandaraya Peranginan.
.
Jadikan Kampung Wireless sebuah perkampungan yang indah di tengah-tengah bandaraya Miri serta daya tarikan pelancong kerana Kampung Wireless adalah antara kampung asal Melayu / Melanau yang mula-mula dibina di Miri. Banyak kesan sejarah di bandaraya Miri perlu dikekalkan agar ianya tidak pupus begitu saja disebabkan pembangunan yang semakin pesat membangun.

Harap masalah ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkuasa agar khazanah silam di Miri tidak pupus begitu saja kerana tanpa ada kesan sejarah sukar bagi generasi akan datang mengenal asal usul mereka.  Pihak berkuasa boleh jadikan Kampung Wireless sebagai kampung budaya di tengah-tengah bandaraya Miri agar kesan sejarah perkampungan nelayan di Miri tidak pupus ditelan zaman.

Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekalkan kawasan bersejarah di Miri perlu diberi perhatian yang sewajarnya, agar generasi akan datang masih dapat melihat kesan sejarah Miri pada masa akan datang.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Maintain a Kampung Wireless as Historic Site

A Malay / Melanau village which remains in Miri known as Kampung Wireless is one of the oldest village in Miri city. Located in the heart of Miri city, the village was built since 1949 were not many changes despite the rapid development actively developing around it.

A Kampung Wireless is formerly known as a fishing village. Kampung Wireless gets the name of a Telecommunication tower of Post and Telegraph Department, built in the middle of the village by the British colony circa 1950 '.

Most of the original inhabitants of these settlements are Malay and Melanau fishermen. Because of development is booming in Miri city, some of them have moved to a place further upstream of Miri River known as North Piasau or Piasau Utara. But the move did not involve the entire population of the village; there are some who still reside there until now.

Kampung Wireless should be given a new lease of life as a tourist attraction. Among the proposals that need to be addressed by the authorities is maintaining its original characteristics of Malay / Melanau traditional housing village, where the residents should be given a plot of land so that they can continue to live there without arbitrary interference due to the increasingly rapid development taking place in Miri city.
Those who live there should be given a basic facility that is more ideal so that their life is better than before.

We urge the authorities to building more jetties and facilities for tourists visiting the area as an attractive resort in the village. By building more jetties and fishing areas indirectly it will attract more tourists from inside and outside as well as residents can also increase their income by selling their merchandise.  As the village is located on Miri river banks is recommended that it be a resort area and tourist attractions to suit Miri as a Miri City Resort title.

Make a Kampung Wireless as a picturesque village in the heart of Miri city and tourist attractions as a Kampung Wireless is the original village of Malay / Melanau that first built in Miri. Many traces the history of the city of Miri should be maintained so that it will not disappear simply because of development are booming.

Hope this problem will be given due consideration by the authorities so that the treasures of the past in Miri not disappear just because without it historical traces it difficult for future generations to know their origins.
The authorities can make the Kampung Wireless site as cultural village in the heart of Miri city so that historical traces the fishing village of Miri does not extinct posterity.

Cooperation with the authorities to maintain the historic heart of Miri should be given appropriate attention, so that future generations can still see traces the history of Miri in the future.