PAS Pilih Miri Sebagai Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2014

Miri telah diberi penghormatan oleh PAS pusat sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 2014. Antara program yang akan diadakan sepanjang sambutan Hari Malaysia adalah pertandingan mewarna 'UntukMu Sarawak' terbuka kepada semua, terutama kanak-kanak pra-sekolah dan juga dari tahap 1 hingga ke tahap 2.

Disamping itu, ada juga acara Larian ‘UntukMu Sarawak’ terbuka untuk semua golongan yang akan bermula dari MYY Mall Miri pada pagi ahad 14hb sept 2014.

Antara lain acara yang akan diadakan sepanjang Hari Malaysia adalah konvoi kembara bersama dengan pimpinan PAS, memberi sumbangan kebajikan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar bandaraya Miri serta pameran dan derma darah juga akan diadakan di MYY Mall Miri.

Kemuncak program sambutan Hari Malaysia adalah majlis makan malam Pakatan Rakyat Hari Malaysia pada 15hb September 2014 di Eastwood Valley Miri. Tuan guru Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang adalah antara tetamu jemputan khas untuk memberi ucapan pada malam tersebut.

Semua rakyat Sarawak dan penduduk Miri khasnya dijemput hadir bersama untuk meraikan majlis dan program sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

PAS akan terus bersama rakyat dan inilah masa untuk orang ramai mengenali PAS dengan lebih dekat lagi sepanjang sambutan Hari Malaysia. Kehadiran anda semua untuk meraikan program ini amat dihargai tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik.

Sebarang pertanyaan untuk penyertaan dalam aktiviti program sepanjang sambutan Hari Malaysia bersama PAS boleh hubungi nombor telefon dibawah:-

Hakimah: HP 0139705078 untuk Pertandingan Mewarna
Mohd Asrul: HP 0192669326 untuk acara Larian UntukMu Sarawak
Mohammad Arifiazul: HP 0138377505 untuk tempahan tiket makan malam sambutan Hari Malaysia

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS Choose Miri As a host of Malaysia Day Celebration 2014

Miri has been honored by the party's central leadership to host the Malaysia Day celebration in 2014.
Among the programs that will be held during the celebration of Malaysia Day is a coloring competition 'For You Sarawak' opens to all, especially children of pre-school and also from level 1 to level 2.

In addition, there are also running events ‘For You Sarawak’ open to all group that will be started from MYY Mall Miri on 14th sept 2014 Sunday morning.

Among other events will be held during the Malaysia Day is a convoy riding with PAS leaders, charitable contributions to the people who are less fortunate in Miri city and the exhibition and blood donation will also be held in MYY Mall Miri.

The highlight of the Malaysia Day celebration program is Pakatan Rakyat Malaysia Day dinner on 15th September 2014 at the Eastwood Valley Miri. Tuan Guru PAS president Haji Abdul Hadi Awang was among the special guests invited to give a speech on the night.

All the people of Sarawak and residents of Miri especially are invited to come together to celebrate the event and the program in conjunction with Malaysia Day that day.

PAS will remain with the people and it is time for the public to be familiar with PAS more closely during the Malaysia Day celebration. The presence of all of you to celebrate this program is greatly appreciated, regardless of race, religion and political affiliation.

Any inquiries for participation in program activities during the Malaysia Day celebration with PAS can call the phone number below: -

Hakimah: HP 0139705078 for Coloring Contest
Mohd Asrul: HP 0192669326 Running Event for You Sarawak
Mohammad Arifiazul: HP 0138377505 for booking tickets of the Malaysia Day celebration dinner