GST sudah dikenakan sebelum 1 April 2015

MIRI – GST (Cukai barangan dan perkhidmatan), yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat ke atas barangan dan perkhidmatan.

GST dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rangkaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncitan daripada pengagihan. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rangkaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GST yang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

Kita dapati ada sesetengah perkhidmatan sudah dikenakan cukai perkhidmatan atau GST sebelum masuk tahun baru 2015. Antara perkhidmatan yang sudah lama dikenakan cukai perkhidmatan ialah bil telefon dan juga beberapa francais makanan segera.

Kita juga dapati kawasan parkir di lapangan terbang Miri juga dikenakan GST seperti mengenakan cukai perkhidmatan bil telefon sebelum tiba masanya.

Kebanyakan pengguna terutama yang tinggal di luar bandar masih lagi keliru dan kurang faham dengan GST yang akan dikenakan pada 1 april 2015 nanti.

GST bukan saja membebankan pengguna tetapi ianya juga akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan kecil yang terpaksa menanggung kos barangan yang mereka gunakan.

Kebanyakan syarikat perniagaan sudah mengenakan GST atau cukai perkhidmatan kepada pengguna tanpa disedari. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menerangkan kepada pengguna apa sebenarnya GST dan kesannya kepada pengguna.

Kita mengesa pihak kerajaan menyenaraikan barangan yang sudah dikenakan GST dan juga yang akan dikenakan pada 1 april 2015 nanti supaya pengguna tidak keliru dengan GST yang sebenarnya.

Memandangkan banyak subsidi sudah dimansuhkan termasuk subsidi petrol, maka sewajarnya caj GST yang dikenakan kepada pengguna perlu dikaji semula agar ianya tidak membebankan pengguna kerana pengguna tidak dapat menuntut balik pembelanjaan mereka dari Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti para peniaga yang mendaftar dengan GST.

Kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengkaji semula GST dengan caj yang berpatutan supaya ianya tidak membebankan rakyat yang menghadapi inflasi sekarang amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

GST has been imposed before 1 April 2015

MIRI - GST (Goods & Services Tax), which is also known as VAT or the value added tax in many countries is a multi-stage consumption tax on goods and services.

GST is levied on the supply of goods and services at each stages of the supply chain from the supplier up to the retail stage of the distribution. Even though GST is imposed at each level of the supply chain, the tax element does not become part of the cost of the product because GST paid on the business inputs is claimable.

We find that there are some of the services are already subject to service tax or GST before entering the New Year 2015. Among the services that have long been subject to service tax is phone bill and also some fast food franchise.

We also found that a parking area at Miri airport also subject to GST such as imposing telephone billing services tax before they fall due.

Most consumers, especially those living in rural areas are still confused and do not understand the GST that will be charged on April 1, 2015 later.

GST is not only burdensome but it will also affect small-income consumers who have to bear the cost of the goods they use.

Most businesses already impose GST or services tax to consumers unnoticed. It is the responsibility of the government to explain to consumers what are actually GST and its impact on consumers.

We urge the government to list items that are already subject to GST and also that will be imposed on April 1, 2015 later so that the consumer is not confused with the actual GST.

As many subsidies were abolished, including subsidies for petrol, therefore it is duly the GST charges imposed on the consumers should be reviewed so that it does not burden the consumers because consumers are not able to claim back their spending from the Inland Revenue Board as dealers registered with the GST.
Cooperation with the government to review the GST with reasonable charges so that it not burdens the people that face of inflation now is greatly appreciated.