Perkhidmatan akses Internet tanpa wayar di kampung terpilih tidak berfungsi sepenuhnya
Usaha kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar di kalangan penduduk luar bandar dengan bandar adalah usaha yang baik untuk rakyat, namun pelaksanaannya kurang memuaskan kerana ianya tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dengan baik.
Bukan semua penduduk kampung dapat menggunakan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar walaupun terteranya papan tanda di kawasan itu seolah-olah menunjukkan penduduk di sana tidak terlepas pandang oleh kerajaan dari menerima kemudahan secara percuma ini, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat sepenuhnya.
Papan tanda Kampung Tanpa Wayar itu seolah-olah memberi gambaran yang seluruh penduduk kampung boleh mendapat kemudahan itu tetapi sebenarnya isyarat gelombang Wi-Fi hanya boleh diterima kira-kira seluas 250 meter dari pusat pemancar yang di pasang dalam kawasan tersebut.
Kawasan Kampung Luak yang agar luas itu mana mungkin semua penduduk dapat menerima isyarat gelombang Wi-Fi yang terletak jauh dari tempat kediaman mereka.
Isyarat gelombang Wi-Fi juga lemah dan tidak begitu kuat. Kebiasaannya, jarak liputan KTW1M (Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia) adalah terhad kepada 250 meter dari ‘hotspot’. Mungkin ramai pengguna tidak dapat menikmati perkhidmatan KTW1M dan mereka lebih selesa menggunakan internet persendirian secara talian yang lebih baik dari menggunakan KTW1M yang tidak begitu berfungsi sepenuhnya.
Hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pengguna secara percuma atau dengan kos yang minimum terutama kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar tidak mencapai tujuan sebenar serta ianya hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang mendapat projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tersebut.
Kami mengesa pihak kerajaan agar meluaskan lagi isyarat gelombang Wi-Fi dalam kampung itu supaya ianya boleh dinikmati oleh seluruh penduduk kampung yang telah dipilih sebagai KTW1M. Tiada gunanya ada papan tanda KTW1M tetapi ianya tidak berfungsi sepenuhnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaiktaraf serta meningkatkan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan yang terbabit amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Wireless Internet access services in selected villages not fully functional
MIRI - Wireless Village initiative, which began in 2010, developed by the government to provide facilities of wireless Internet access services collectively to the community in the village, especially the recipient of 1Malaysia netbook in some underserved areas selected services.
The government efforts to provide facilities of wireless Internet access services among rural and urban population is a good effort for the people, but the implementation is not satisfactory because it unable to carry out with good facilities. Among the villages selected in the Wireless Village project is Kampung Luak, but the problem of wireless Internet access services are limited and unsatisfactory.
Not all villagers can use the wireless Internet access service despite signboard shown in the area seem to indicate the people there are not overlooked by the government from receiving these free facilities, while the facility could not fully enjoy by the people.
Kampung Luak area is so wide it is possible that all residents can receive Wi-Fi signal wave which is located far from their homes.
The government's intention to provide convenience to the user free of charge or at a minimal cost, especially to the people who need the services of wireless Internet access does not reach the real purpose and it only gives an advantage to certain parties who got the project which is cost about millions of Ringgit.
We urge the government to expand the Wi-Fi wave signals in the village so that it can be enjoyed by all residents who have been selected as KTW1M. It is pointless there is signboard of KTW1M but it is not fully functional. Cooperation with the relevant authorities to upgrade and improve the service of Wi-Fi in affected areas is greatly appreciated.
....
(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??
Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??
Sumber Berita
>> Klik Di Sini <<
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..
Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...
Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )
Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )
1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..
2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..
3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...
Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...
Tolong ye :-)
Sumber Berita
>> Klik Di Sini <<
Assalamulaikum,
Maaf ye tapi saudara ni dah salah kerana awak menggunakan signboard Pusat internet 1Malaysia. PI1M dan KTW ada perbezaannya. Harap saudara jelas tentang perkara ini. Ini melibatkan nama baik Pusat internet 1Malaysia yang baru sahaja dibuka beberapa hari lepas.
Terima Kasih.
Feedback from agency :
Ruj. Tuan: TALIKHIDMAT Case - 20141113-0016
1. Pihak kami mengambil maklum serta mengucapkan terima kasih atas komen serta cadangan bagi penambahbaikan kemudahan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) di Kampung Luak, Miri.
2. Untuk makluman, kemudahan KTW1M di Kampung Luak adalah sebahagian daripada pakej projek Pusat Internet 1Malaysia yang disediakan di Kampung Luak yang merangkumi penyediaan pusat akses internet serta pembelajaran ICT bagi penduduk setempat.
3. Kemudahan KTW1M yang dimaksudkan pengadu sebenarnya belum beroperasi secara optimum. Ianya masih di peringkat percubaan dan belum melalui proses pentauliahan atau “Site Acceptance Test” di mana kemudahan tersebut perlu melalui ujian kelajuan muat turun dan jarak liputan. Untuk makluman, proses pentauliahan dijadualkan sebelum 31 Disember 2014.
4. KTW1M secara asasnya memang dilaksanakan melalui konsep WiFi hotspot dengan jarak liputan terhad sehingga 250 meter. Jarak tersebut sebenarnya melebihi jarak liputan WiFi hotspot percuma di mana kebiasaannya jarak ideal isyarat penerimaan hanya sekitar 100 meter optimum.
5. Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menjawab persoalan yang telah diutarakan.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Wilayah Sarawak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia