Mangsa Rumah Terbakar Mohon Bantuan
Segera
MIRI
– PAS Miri telah melawat ke rumah mangsa kebakaran di Pengkalan Lutong
baru-baru ini. Menurut mangsa kejadian berlaku lebih dari setahun yang lalu
iaitu pada bulan November 2013.
Pemilik
rumah En Abdul Malik Bin Keri yang beralamat di Lot 132 Kampung Pengkalan
Lutong memohon bantuan kepada pihak PAS agar dapat membantu beliau membina
semula rumah baru mereka yang masih belum dapat disiapkan sepenuhnya.
Sehingga
kini beliau masih menyewa di kuarters tempat dia bekerja sementara menunggu
rumahnya siap sepenuhnya

Mereka
pernah pergi ke pejabat residen Miri untuk mengetahui status permohonan mereka
yang disampaikan kepada YB (Yang Berhormat) tersebut tetapi mereka amat
terkejut apabila pihak pejabat residen memberitahu mereka tidak ada menerima
sebarang aduan dari YB tersebut.

Mereka
perlu tempat tinggal baru walaupun tidak sebesar rumah dulu tetapi
sekurang-kurangnya mereka lebih selesa tinggal di rumah sendiri dari terus
menumpang di rumah orang lain. Pihak PAS datang menghulur bantuan untuk
meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Abdul Malik
sekeluarga.

Rumah
baru mereka dibina adalah hasil sumbangan dari orang ramai, saudara-mara dan
ahli keluarga selepas kejadian kebakaran dulu. Kebanyakan bahan-bahan binaan
diambil dari kayu bahan binaan yang terbuang yang masih boleh digunakan dan
juga sumbangan dari sahabat handai.
Antara
perkara yang diperlukan dana untuk melengkapkan rumah tersebut adalah bilik
tidur, dapur serta tandas.

Kita
mengesa pihak agensi kerajaan seperti BaitulMal, Badan Kebajikan Kemasyarakatan
dan lain-lain perlu segera membantu keluarga ini agar mereka dapat menyiapkan
rumah baru mereka secepat mungkin.
Kerjasama
dengan semua pihak untuk membantu keluarga Abdul Malik untuk menyiapkan
pembinaan semula rumah baru mereka amat dihargai dan setiap sumbangan boleh
disalur melalui program untukMu Sarawak.
Untuk
keterangan lanjut, sila layari laman web kami di www.untukmusarawak.com atau
LIKE Facebook Page kami: Untukmu Sarawak - PAS Sarawak Official.
Jofri
Jaraiee
PAS
Miri Sarawak
English
version
Victims of House Fires needs immediate
help

House
owner Mr. Abdul Malik Bin Keri whose address at Lot 132 Kampung Pengkalan
Lutong apply for assistance to the PAS in order to help him prepare their new
home which has still not been fully completed.
Until
now he still rents in company quarters where he worked while waiting for his
house to be fully completed.

They
ever went to Miri Resident Office to find out the status of their application
will be submitted to the YB (Honorable) but they are shocked when the resident
office tell them have not received any complaints from the YB.
They
are very annoyed with the attitude that only knows the YB promised but not
fulfilled until they had to staying with their relatives.

According
to Abdul Malik, he had to bear the costs of his child who is studying at higher
education institutions. So much money is needed to sustain his family causing
him forced to seek assistance from others who are willing to help to complete their
homes that still abandoned.

Among
the things that need funds to complete the house are the bedroom, kitchen and
toilet.
Government
agencies such as the Public Housing Projects implemented by the National
Housing Department may be able to help this family.

Cooperation
with all parties to help the family of Abdul Malik to complete the
reconstruction of their new home is very much appreciated and each contribution
can be channeled through programs For You Sarawak.
For
more information, please visit our website at www.untukmusarawak.com or LIKE
our Facebook Page: For you Sarawak - Official Sarawak PAS.
0 Comments Received
Post a Comment